Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 1 November 2013

IDRIS JALA PUN KUDA TROJAN ANWAR IBRAHIM? (UPDATE)


Sebelum PRU13, kedengaran riuh rendah kononnya Khalid Nordin itu kuda trojan Anwar Ibrahim.

Kenapa ada tuduhan seperti itu?

Khalid Nordin Menteri Pengajian Tinggi. Ranking universiti di Malaysia merudum. Maknanya prestasi Khalid tidak memuaskan. Oleh kerana PM mengamalkan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" (Khikihkih), maka Khalid dianggap gagal. Kerana Khalid tak pandai mengurus orang pandai dalam universiti, dia dituduh kuda trojan Anwar Ibrahim!

Tapi Khalid Nordin menang di DUN 43, Permas dengan memperolehi undi sebanyak 23,952 (Majoriti 5,752 Undi). Adakah ini bermakna 23,952 pengundi yang mengundi Khalid ini semuanya kuda trojan Anwar Ibrahim?

Segerombolan kaum Sulu menceroboh Lahat Datu. Kejadian ini berlaku kerana sepupu tak pandai urus bab keselamatan di Kementerian Dalam Negeri. Zahid Hamidi pula tak pandai urus Kementerian Pertahanan. Demi menutup ketidakpandaian itu, riuh 1Malaysia, dikatakan pencerohonan itu angkara Anwar Ibrahim. Adakah ini bermakna sepupu dan partnernya Zahid juga kuda trojan Anwar Ibrahim? Kahkahkah!
********************

Sekarang tiba giliran satu agensi yang namanya PEMANDU (Performance Management Delivery Unit) yang tidak pandai memandu.

Kisah ketidakpandaian PEMANDU ini didedahkan sendiri oleh blogger pro-BN:

AHLI PEMANDU PENYOKONG BERSIH?

Antara isunya ialah perangai minah ini, bekas mahasiswa UIA yang tak senonoh. Minah ini memegang jawatan yang tinggi dalam PEMANDU walaupun kredibilitinya dikatakan bermasalah:

MINAH BERAGAMA ISLAM YANG TIADA PENAMPILAN ISLAM

Minah ini juga pernah dikenakan tindakan disiplin oleh The Malaysian Bar Council (Badan Peguam Malaysia). Sudah ada sejarah kena tindakan disiplin maknanya betullah tuduhan blogger pro-BN itu:

ADUH! RAMAINYA GENG LOYAR BURUK...

Tapi semua orang tahu, ketua PEMANDU yang tidak pandai memandu ini ialah Idris Jala yang telah menghabiskan puluhan juta duit rakyat untuk menubuhkan PEMANDU. Idris Jala ni entah apa kelebihannya tiba-tiba jadi orang penting yang menguruskan hidup mati 28 juta rakyat Malaysia!


UMNO PEJUANG MELAYU?

Sedor sikit PERKASA dan JATI oi! Idris Jala ni kaum Kelabit, Sarawak yang beragama Kristian. Dia bukannya orang Melayu yang beragama Islam!

Kita bukannya rasis, tapi kalau ketua PEMANDU yang BN lantik untuk kawal dan pantau sana sini tu bukan Islam, UMNO nak bercakap lagi pasal mendaulatkan Islam?

Baik Lim Guan Eng lagi...

Sekarang PEMANDU sudah dikritik GAGAL bukan hanya di kalangan pembangkang dan penyokongnya, tetapi juga oleh blog pro-BN termasuk RockyBru, Outsyed the Box, Benchmark, etc.

Tapi bila dah hancur, dikatanya pula, ahli PEMANDU itu pro-pembangkang.

Idris Jala ni kuda trojan Anwar Ibrahim kah?

Apakah UMNO lupa kata-kata khidmat pemimpin agong sendiri?

SUDAH TAK PANDAI, MANA TAHU MENCARI ORANG PANDAI?
Kata pepatah orang putih:

You make the bed you lie in!


Maknanya, apa-apa yang berlaku sekarang, adalah akibat dari perbuatan sendiri.

Orang Melayu kata:

Mati semut kerana gula. Eh!...terkeluar pulak peribahasa gula yang sensitif ni...

Lagi posting tentang PEMANDU di sini

2 comments:

  1. Salam Yong,

    Teman harap ngomen Yong ni dipandang positif oleh orang-orang gomen. Sebagai mana yang kita semua tahu, Gomen Malaysialah yang mempunyai banyak 'kaki tangan'nya di dunia. Ada Pak Uda kampung teman bertanya, salahkah kalau kita ada kompeni dan kompeni kita amik staf yang ramai? Kan itu baik kerana kita berkongsi rezeki dengan orang lain. Fuh, jem jugak teman nak jawab.

    Tapi teman rasa macam ada yang tak kena sekarang ini dengan sistem 'Malayan Civil Service' yang kita warisi daripada penjajah British dulu-dulu. Sebagai contoh, kenapa JKKK yang dilantik oleh parti pemerintah buat keputusan siapa yang kat kampung patut terima bantuan 'welfare'. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat pi mana???

    Lagi satu, kalau dah ada JKKK, kenapa pula nak buat JKKKP?? Kat Kampung perlu ada ka pembahagian kuasa ikut Fasal 74 Perlembagaan Persekutuan ka?

    Kesimpulannya, teman rasa orang dulu-dulu cakap seperti tikus membaiki labu tu dah betul dah. Tapi pasai apa la ada orang sekarang ni yang dok jadi macam tikus jugak. Tak kira la kalau dia tikus yang membaiki labu ataupun menikus......

    ReplyDelete
  2. Salam Mohd Daud Sulaiman

    Untuk Pak Uda, Yong jawab: tak salah, asalkan gaji staf itu duit kompeni, bukan duit rakyat.

    Tapi kalau JPA, ia bukan kompeni. Ia dibiayai oleh duit cukai dari rakyat. I tiada motif mengambil untung. Maknanya, ada elemen kebajikan dalam JPA. Kebajikan bukan untuk pegawai JPA, tapi untuk stakeholders yang ada kepentingan, atau menerima kesan dari tindakan JPA.

    Kenapa ada JKKKP?

    JKKK = Jaga kambing-kambing kampung.
    JKKKP = Jaga kontraktor-kontraktor korap & parasit

    Buat apa ada JKKK = Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.