Masa kerja dengan kerajaan dulu (zaman Pak Lah) Yong pernah diarah bos untuk pergi ke JPM. Ada "round table discussion" untuk "reinvent development administration."
Demi negara Malaysia, Yong pergi tanpa soal jawab.
Sampai di sana Yong nampak yang turut serta semua orang yang hebat dari Universiti awam negara. Orang hebat tu maksud Yong, termasuk Timbalan Naib Canselor.
Masa tu ranking Universiti kita masih okay lagi.
Kami pun menunggu ketibaan 3 Mat Salleh dari US. Mat Salleh ni konsultan.
Rupanya kami dipanggil kerana Mat Salleh ni perlu input dari pihak Universiti, yang menjadi "training ground" untuk penjawat awam di pejabat penguasa/kerajaan tempatan dan pejabat daerah. Ringkasnya kami ler yang mengajar bakal pegawai-pegawai yang akan menjadi pemacu pembangunan bandar dan luar bandar itu...
Tiga Mat Saleh ni nak tahu sama ada kurikulum kami sesuai atau tidak untuk diaplikasi bagi tadbir-urus pembangunan di kerajaan tempatan/pejabat daerah di masa hadapan.
Sebelum ini demer dah jumpa beberapa DO dan pegawai kerajaan tempatan.
Tapi bab kurikulum mana boleh cerita dengan orang luar. Ia harta universiti. Copyright, beb!
Lepas bincang lebih kurang jer, seorang TNC bisik pada Yong. Katanya, dia difahamkan konsultan ni tiap seorang dapat RM1juta x 3 = RM3juta, tidak termasuk tambang kapal terbang business class dan penginapan. Kata TNC itu, kalau bagi kat profesor universitinya, RM300,000 dah cukup. Maklumat lagi lengkap. Konsultan ini jumpa stakeholder pun tidak, macam mana nak buat "blueprint" untuk pentadbiran pembanguan negara?
Iyalah, macam mana nak jumpa stakeholder. Bukan reti cakap Melayu. Tempoh duduk kat Malaysia pun terhad. Entah berapa hari, ada demer kabor. Tapi Yong lupa dah.
Masa berjalan. Tahun berlalu...
Kelmarin meletup berita dari portal The Malaysia Insider yang membuat kita tertanya-tanya - Di bahagian mana kita merdeka?
Sudah lebih setengah abad, tapi masih mencari konsultan asing untuk mendapat formula bagi mentadbir negara. Adakah kita tidak tahu mentadbir negara sediri? Adakah kita perlu konsultan luar negara untuk memberi tahu bagaimana nak buat kurikulum?
Tahukah kenapa universiti kita tercorot dalam QS World University Rankings (di sini) dan tidak masuk senarai Times Higher Education World University Rankings? (di sini).
Tahu kenapa?
Kerana perlantikan CEO, tak kira CEO sektor apapun, asalkan kerajaan adalah mengikut kriteria ISA = Ikut Suka Aku, bukan pencapaian. Bukan prestasi. Tak kira berapa banyak model KPI yang dilakar.
Contohnya: Tan Sri Mohd Sidek Hassan - Jasa besarnya (kepada sektor awam) ialah cuba melaksanakan SPBA, tetapi dibantah oleh Cuepacs kerana ia penuh dengan lubang ketidakadilan. Akhirnya SPBA ditangguh. Penjawat Awam masuk angin keluar asap.
Tapi Sidek Hassan dilantik jadi Pengerusi Petronas.
Hari ini kita sedang menunggu - Adakah Naib Canselor UiTM akan disambung kontraknya sedangkan UiTM telah jatuh menjadi Universiti tercorot? (di sini).
Boleh kita tak kisah? Boleh pemimpin tak kisah?
Gaji penjawat awam akan diselaraskan, kabornya. Tapi siapa yang akan dapat durian runtuh?
ADEGAN YANG TAK MASUK DALAM FILEM TANDAS PUTERA |
Apa jadi dengan hasil pelaburan RM3 juta menggunakan konsultan dari US tu? Mungkin dah masuk tong sampah sebab Pak Lah dah jadi sejarah.
Rakyat diminta berhemah berbelanja. Kononnya wasatiyyah. Pemimpin dibiarkan boros.
Tak heran kalau tadbir urus di Malaysia tiris di sana sini.
ENDLESS POSSIBILITIES
Biasalah Yong, anak didik penjajah barat tetap berkiblat ke barat juga.Puar-pura bencikan barat tapi masih lagi terus menghambakan diri kepada barat ...
ReplyDeleteSemuanya kiblat ke barat. Sampai makan kat rumah sendiripun tak reti guna tangan lagi...
Delete