Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 16 November 2013

APA KHABAR TAN SRI DR IBRAHIM ABU SHAH?

Apa khabar Tan Sri?
Masih suka bergurau macam dulu lagikah?
Masih cuba buat muka garang macam dulu lagikah?
Masih lebat misai macam dulu lagikah?
Masih sedap menyanyi lagu P. Ramlee macam dulu lagikah?
Masih aktif untuk menyatukan Melayu di Malaysia lagikah?

GAMBAR TAHUN 2009

Entah kenapa tiba-tiba Yong teringat Ibrahim Abu Shah.

Kali terakhir Yong bertemu dengannya dalam satu majlis tidak rasmi, dia sembang:

"Kalau aku beli banyak rumah di Shah Alam masa aku mula kerja dulu, tentu sekarang aku sudah jadi jutawan."

Masa itu sudah beberapa tahun yang lalu.

Yong percaya Tan Sri Ibrahim Abu Shah belum jadi jutawan kerana dia tak beli banyak rumah di Shah Alam. Masa dia mula kerja harga rumah murah. Tapi pinjaman bank pun sukar didapati.

Kenapa pulak Yong teringat Mamat yang pegang keris karat UMNO ni? Yong takde kena-mengena dengan dia dan bukan kawan diapun.

Yong teringat dia sebab Yong teringat UiTM. 

Dulu Ibrahim Abu Shah Naib Canselor UiTM. Masa itu ramai yang marah kepadanya kerana sikapnya yang dilihat "ultra-Malay."

Yong teringat Ibrahim Abu Shah kerana sekarang Yong melihat UiTM menjadi pusat mengkayakan puak-puak yang menjalin perjanjian dalam projek Private Finance Initiative (PFI) cum Alibaba.

Seorang sahabat yang kerja dalam bahagian pentadbiran, tetapi pencen awal (kerana tidak tahan tekanan) dari UiTM berkata:

"Sekurang-kurang Berahim tu dulu tak pernah mohon apa-apa dari UiTM untuk anak-anaknya. Dia nak renovate rumah dia guna duit sendiri, walaupun ada kontraktor yang buat tawaran FOC."

Apa yang tersirat dengan kata-kata Mamat yang pencen awal ni? 

"Dia dengan Cik Seha Bendahari memang team yang bagus. UiTM dapat sijil audit bersih pada setiap tahun."

Adakah sekarang UiTM sudah tidak dapat sijil audit bersih? Entahlah. Yong tidak bekerja di UiTM. Mungkin ada yang masih bertugas di UiTM dapat memberi pencerahan.

"Sekarang UiTM sudah jadi caca-marba. Kampus-kampus yang dibina mengikut projek PFI tu kononnya boleh muat 5,000 orang pelajar. Tapi bila nak masuk, asrama cuma muat 3,000 pelajar. Selebihnya 2,000 kena cari rumah. Mana nak cari rumah di tempat jin bertendang tu?" Dakwa Mamat pencen awal itu lagi. 

Benarkah?

Mohon pencerahan dari pihak pengurusan UiTM. 

Anak-anak yang akan menduduki SPM dan STPM sekejap lagi nak masuk UiTM. Bagaimana? Adakah asrama untuk budak-budak ini?

Ketika sembang-sembang, isteri sahabat pun sampai memegang erat tangan seorang budak kecil. Cucu dia. Sahabat ini kahwin awal. Anak sulungnya perempun, juga kahwin awal. 

"Lega," Kata sahabat ini, "dah pencen takde anak sekolah. Inipun, tolong ambikkan cucu sebab van sekolah tadika dah rosak. Anak menantu kerja."

Isterinya senyum jer. 

Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah menghabiskan segala kudratnya sejak muda hingga ke usia emas di UiTM. Tentu dia tak gembira baca blog Yong.

MENUNGGU POKOK BERBUAH TENTULAH LAMA, TETAPI MEMBUNUHNYA SEKEJAP SAHAJA. 

Rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera telah terlepas peluang untuk melakar perubahan kerana menangkan UMNO pada PRU13 yang lalu.

Jangan komplen kalau kualiti pendidikan terus menjunam, sektor pekerjaan/industri malap dan anak-anak jadi penganggur.

Entahlah...Ibu-bapa yang tua kena jaga cucu...Di mana Islam?

4 comments:

  1. itu lah tanda-tanda akhir zaman namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam remy

      Kita jangan putus asa selagi Allah belum gulung langit dan segala cakrawala ini.

      Delete
  2. Tahniah Tan Sri...terima anugerah Tokoh Maal Hijrah. Bersyukor masih sehat dan boleh aktif dalam menyumbang kepada pembangunan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shiffa

      Tahniah from me, too. I appreciate what he has done for UiTM.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.