Tanyalah penduduk orang Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur: Sudah berapa banyak cukai pintu yang penduduk bayar kepada DBKL (Kerajaan)? Sudah berapa banyak pula pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan khusus untuk penduduk Kampung Baru?
Adakah penduduk Kampung mendapat semula nilai yang telah dibayar kepada Kerajaan?
Akhirnya Kerajaan hanya hendak menggadaikan Kampung Baru.
Mana wira-wira PERKASA, JATI dan ISMA?
Cukailah! Tapi pulangan dari cukai itu hendaklah dikembalikan kepada rakyat yang berhak. Jangan cukai kerana mahu memulihkan syarikat NFC yang gagal, atau PKFZ yang bermasalah atau MAS atau GLC yang digenggam oleh macai UMNO.
Kamulah (BN) yang membawa negara ke dalam keadaan yang sukar ini:
Inikah hadiah kamu buat warga kota Melayu yang mengundi kamu?Kamulah (BN) yang membawa negara ke dalam keadaan yang sukar ini:
KAMU YANG BUAT HUTANG, RAKYAT YANG TANGGUNG |
Ahad November 17, 2013
Cadangan Naik Kadar Cukai Pintu Ikut Nilai Hartanah Wajar - Ku Nan
PUTRAJAYA: Cadangan untuk menaikkan kadar cukai taksiran pintu sekitar ibu kota mengikut nilai hartanah semasa adalah wajar dan bukan bertujuan membebankan rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata ini kerana sudah 21 tahun cukai itu tidak dinaikkan.
"Harga rumah di situ lebih sejuta, dua juta tetapi mereka bayar harga lama (kadar cukai pintu lama)," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan 2013 di sini, Sabtu.
Bagaimanaoun, Tengku Adnan berkata kementerian itu hanya akan membuat keputusan muktamad berhubung kadar cukai baharu selepas mendapat maklum balas penduduk sebelum 17 Dis ini.Beliau berkata perkara itu juga akan dibincang dengan kesemua 13 wakil rakyat Wilayah Persekutuan pada 21 November ini.
Katanya, notis penyelarasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja. BERNAMA
Setelah menghabiskan bilion ringgit dalam PRU13 kerana ingin mendapat kemenangan yang penuh tipu; setelah menghabiskan bilion ringgit untuk konsultan membina imej BN yang palsu; dan setelah menghabiskan bilion ringgit membiayai/menyelamatkan syarikat GLC dari menjadi beku; BN menghadiahkan pengundinya dengan keperitan dalam menjalani kehidupan penuh ranjau, duri dan lorong-lorong rezeki yang sempit dan berliku-liku.
Alahai...
Panggil lagi berjuta-juta warga Bangla, Indon, Nepal, Myanmar, Kemboja, Vietnam, India etc.etc.etc... untuk merampas perniagaan orang Melayu di ibu kota.
ENDLESS POSSIBILITIES
Alahai...
Panggil lagi berjuta-juta warga Bangla, Indon, Nepal, Myanmar, Kemboja, Vietnam, India etc.etc.etc... untuk merampas perniagaan orang Melayu di ibu kota.
ENDLESS POSSIBILITIES
Salam Kak Yong.
ReplyDeleteAs winner takes all ...deme akan buat ikut suka deme aje le... PRU14 lambat lagi, so it's about time to do so.. kenakan cukai itu ini in all sorts of names e.g.GST, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan raya untuk kenderaan bermotor, cukai pendapatan, cukai tol lebuh raya, else. Tu belum cukai wajib bayar yang Islamik seperti zakat fitrah, zakat simpanan, emas, dsb.
Negara kita among others yang gila banyak impose beban cukai kat rakyat.
Rasional subsidi hanya membebankan orang terbanyak. Orang kaya masih boleh senyum sebab income deme belambak, makan 7 keturunan pun tak habih-habih pun.Cukai korporat 28% ke 25% pun bukan semua yang kaye bayor pun... Deme tahu mana nak cilok, larikan duit deme drp kena cukai. Black money ni kita patut panggil Sivaji The Boss uruskan...hehe
Salam Hanz
DeleteSedih.Tapi nak buat canme? Demer juga yang bagi menang BN dulu. Sekarang tanggunglah akibatnya.
Sekarang rasa marah. Nanti dekat PRU14 lupa...
sokong 1000000% ku nan...janji ditepati
ReplyDeleteSalam opisboi
DeleteHahaha...Miker ni bukan orang KL?
selagi tak dapat kg baru tu mrk akan usahakan dgn cara ini agar melayu tak tahan dan buat keputusan jual tanah... balon tanah melayu mmg banyak berlaku dah..
ReplyDeleteSalam GeloraHatiMuda
DeleteBetui...cukai dah naik. Tak mampu bayar terpaksa jual. Alahai...