Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 4 December 2013

UCAPAN TAHNIAH KEPADA TAN SRI DR IBRAHIM ABU SHAH

Ramai sangat orang yang dapat jawatan sejak mutakhir ini. Jadi sukar nak sebut nama satu persatu. Cukuplah Yong sebut satu nama sebagai kepala N3 kali ini.

Kenapa disebut Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pula?

Kenapa bukan Nik Amar? Bukankah Nik Amar juga dapat jawatan walaupun telah kalah dalam perebutan awal untuk menjadi Timbalan Presiden?

Jawapannya:

Kerana Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah duduk dalam parti yang menguasai Kerajaan;

Kerana Nik Amar walaupun memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, tidak akan mempengaruhi dasar kerajaan yang dikuasai UMNO.

Okay. Yong takmo melalut-lalut tentang siapa yang harus diberi tahniah...

Yang penting Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah sudah berada di dalam.

Oleh kerana itu Yong ingin mengirim satu warkah buat Tan Sri. Harap Tan Sri baca dan fikirkan sendiri apa tindakan yang harus dilakukan:

********************

Assalamualaikum W.R.T.

Yg. Bhg. Tan Sri Ibrahim Abu Shah 

Terlebih dahulu kami ingin menyampaikan setinggi tahniah kepada Tan Sri kerana telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Ucapan ikhlas ini datang dari kami jutaan rakyat marhaen di Malaysia.

Kamilah stakeholder sebenar yang akan terkesan dengan apa-apa saja keputusan yang akan diambil oleh pihak kerajaan.

Tan Sri,

Kami sedia maklum Tan Sri adalah seorang ahli akademik yang mementingkan kualiti akademik dan kebajikan pelajar dan staff. Tan Sri pernah menerajui kepimpinan UiTM, universiti terbesar di negara ini.

Oleh hal yang demikian, Tan Sri adalah seorang yang paling memahami selok-belok tadbir-urus sebuah universiti.

Mohon, Tan Sri cadangkan kepada kepimpinan Kerajaan supaya memilih Naib-Canselor UiTM dan pengurusan tertinggi yang memenuhi ciri-ciri berikut:
  1. Dia hendaklah seorang yang ikhlas, berintegriti dan amanah dalam menjalankan tugasnya
  2. Dia hendaklah seorang yang mempunyai vision yang dikongsi bersama keseluruhan warga UiTM demi kelestarian jaminan kualiti akademik. 
  3. Dia hendaklah seorang yang mementingkan ketelusan dan kualiti dalam pengurusan dan tanggungjawabnya;
  4. Dia hendaklah bersifat tawadduk, people-friendly dan sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam pencapaian. 
  5. Dia hendaklah bersifat adil dan saksama dalam tindakan, termasuk perlantikan ke jawatan tertentu dan kenaikan pangkat;
  6. Dia hendaklah bersifat inklusif dan memberi ruang kepada penyertaan warga UiTM dalam proses pengambilan keputusan yang berkaitan;
  7. Dia hendaklah seorang yang mempunyai track-record yang cemerlang sepanjang perkhidmatan di UiTM;
  8. Dia hendaklah mempunyai jaringan yang baik dengan universiti-universiti terkenal di luar negara untuk menjana kolaborasi dalam penyelidikan dan konsultansi; dan
  9. Dia hendaklah seorang yang bersih, berpendirian teguh dan berani menentang segala nafsu-nafsu jahat/korap/ dan dengki khianat yang sentiasa menghasut/merosakkan hati-hati pejuang.
Tan Sri,

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita sama-sama bertanggungjawab membanteras segala penyakit tadbir-urus yang sedang melanda menara gading di negara ini, khususnya di UiTM. Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana tadbir-urus di UiTM telah dijalankan secara cara-marba, sehingga ranking universiti ini telah menjunam dan amat memalukan.

Kita sama-sama peduli, bahawa UiTM bertanggungjawab mendidik anak bangsa demi menyediakan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan, bukan hanya untuk kehidupan di dunia ini, tetapi juga sebagai bekalan di akhirat kelak.


Oleh kerana itu kami mahu pengurusan tertinggi UiTM dilantik daripada kalangan professional yang mampu menjamin kelestarian kualiti akademik di UiTM.

Janganlah kita bersikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Ingatlah, kita sedang meminjam harta anak-cucu kita. Jangan biarkan harta ini tergadai kepada syarikat-syarikat   konsesi dalam projek PFI yang rakus. Sedangkan anak-anak kami pula sedang dikotak-katekkan, dihantar ke sana-sini tanpa penyelarasan yang cukup dan munasabah. 

Tan Sri,

Kami percaya, individu yang berbakat besar ada di UiTM. Individu-individu ini bersedia untuk memerah akal dan menggembeling tenaga demi memajukan UiTM. Individu-individu ini boleh memegang jawatan Naib-Canselor, Timbalan Naib-Canselor, Penolong Naib-Canselor, Bendahari, Pendaftar, Rektor, Pengarah mauhupun Dekan fakulti. 

Kami bimbang jika tersalah pilih nakhoda, bahtera UiTM akan terus hanyut tanpa haluan menuju kehancuran. 

Oleh hal yang demikian, sampaikanlah hasrat kami ini, supaya universiti ini kelak akan sentiasa membawa khabar gembira kepada warganya (staf dan pelajar), industri dan rakyat Malaysia.

Yang ikhlas

Yong Suka Kuning

4 comments:

  1. Maksud Yong, NC yang ada sekarang kurang mantop laaa? Memang pun!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pok amid littor

      Kalau mantop, takle kes 2,500 budak-budak dihantar ke Seremban 3 tanpa tempat tinggal.

      Seremban 3 itu pula tempat yang baru...Bukan sebuah bandar yang dah lengkap!

      Delete
  2. Apa matlamat NC sekarang? Dalam tempoh yang singkat dah dapat Tan Sri? Hebat dan pandai sungguh!!!! Hebat dan pandai apa??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jane Duncan

      Matlamatnya ialah untuk gemilang.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.