Tuan-tuan, puan-puan dan ibu-bapa sekelian!
Kejadian luar biasa sedang berlaku di UiTM!
Tidak pernah terjadi dalam sejarah UiTM sejak bernama Institut Teknologi MARA, warga UiTM solat hajat dan bermunajat kerana ingin kepimpinan ditukar segera.
Itulah yang disebut dalam SMS yang telah di-forward oleh seorang hamba Allah kepada hamba Allah lain dan akhirnya sampai kepada Yong:
Benarkah berita ini? Kenapa sampai jadi begini?
Yong bertanya kepada beberapa orang yang dikenali tentang kandungan SMS ini. Ada yang bercakap panjang lebar. Ada yang mengelak dari bercakap. Tetapi, yang nampak jelas dan nyata adalah kerisauan di wajah dan keletihan pada nada suara.
Letih seperti tentera yang dihinggapi keletihan pertempuran.
Letih seperti sudah hilang harapan.
Kenapa sampai jadi begini? Bukankah UiTM baru dinobatkan sebagai Univeristi Di Raja?
Ternyata apa yang di dalam tidak cantik seperti yang kita lihat di luar!
Tuan-tuan, puan-puan dan ibu-bapa sekelian!
Warga UiTM memerlukan tenaga kepimpinan baru dengan kadar yang segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Tuan-tuan, puan-puan dan ibu-bapa sekelian!
Warga UiTM memerlukan tenaga kepimpinan baru dengan kadar yang segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Menurut warga UiTM, tidak perlu pemimpin yang sarat dengan bintang-bintang kebesaran. Apa yang diperlukan hanyalah dua perkara:
- Naib-Canselor hendaklah seorang yang lurus.
- Naib-Canselor hendaklah seorang yang mempunyai pencapaian yang cemerlang.
Tetapi kenapa sampai solat hajat dan munajat?
Pemimpin sekarang tidak cukup luruskah?
Atau sudah bengkok?
Pemimpin sekarang tidak cemerlangkah?
Atau pemimpin sekarang ada rekod buruk?
Atau pemimpin sekarang ada rekod buruk?
Mohon Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pengajian Tinggi peka mengenai masa depan anak bangsa di UiTM.
Universiti ini memerlukan perubahan kepimpinan kepada yang dinamik, bukan persolekan yang cuba menutup kehodohan!
Universiti ini memerlukan perubahan kepimpinan kepada yang dinamik, bukan persolekan yang cuba menutup kehodohan!
Salam Yong,
ReplyDeleteSaya tahu ramai warga UiTM yang resah dengan keadaan sekarang. Saya juga pernah berbual dengan beberapa orang dari mereka dan memang mereka berharap sangat top management bertukar. Antara sebab yang mereka lontarkan ialah:
1. Kekalutan dalam organisation direction sehingga kualiti graduan menurun
2. Peminggiran otai dalam idea pembangunan
3. Akademik yang lebih menjurus kepada teori
4. Nafsu nafsi oleh pihak yang mempunyai jawatan seperti dekan
5. Arahan dari top management untuk memperbanyakkan kursus untuk dijadikan benchmark betapa hebatnya UiTM
6. Tekanan politik dalaman berdasarkan top down management approach
7. Pensyarah-pensyarah yang tidak peka dengan keperluan industri
Mereka yang berharap agar UiTM dapat dipulihkan ialah dari kalangan mereka yang begitu lama dengan UiTM. Mereka ini yang bermula dari bawah. Mereka berkhidmat dari zaman ITM dan melihat kepincangan mula bertapak apabila ITM diberi taraf Universiti.
Salam Metaphysics
DeleteTerima kasih kerana memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku di UiTM. Kita di luar nampak semua indah belaka. Tapi bila datang email, sms dan facebook yang kata itu ini, kita jadi keliru.
Apapun, sama-samalah kita mohon kepada pucuk pimpinan negara (termasuk YDP Agong yang menjadi Canselor UiTM) supaya UiTM dipulihkan kepada its former glory.
Retorik, gelaran dan mekap itu tidak akan dapat memulihkan imej UiTM jika kudis-kudisnya tidak diubati.
yer ker?? saya duk shah alam & UiTM dihatiku juga tapi x der dengar cerita pun... Cer cite, cer cite...
ReplyDeleteTuan Din
DeleteMetaphysics di atas menjawab pertanyaan tuan.