Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 27 February 2014

RAKYAT MALAYSIA TAK MAHU APRIL FOOL! SEBAB TU TAK PUAS HATI (VIDEO)

MENGAPA MASA BUDAK PANDAI, MASUK UMNO JADI BODOH?

Tolak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), susah. Terima lagi susah. Cikgu-cikgu yang dulu syok undi BN, baik fikior balik. Berbaloi ke?


ORANG MINTA MANSUH, BUKAN TANGGUH!

Prestasi kerja memang perlu penilaian. Ia juga harus adil. Bukan hanya judgement selepas penilaian perlu adil. Tetapi proses penilaian itu sendiri perlu adil. Metrik yang digunakan perlu sesuai.

Buat sistem penilaian untuk mudahkan kerja. Bukan menyusahkan.




Di IPT ada satu sistem penilaian yang namanya Outcome-Based Education (OBE). Ia satu sistem yang nyata gagal di seluruh dunia. Kenapa gagal? Kerana ia sistem penilaian yang mudah tapi dilaksanakan secara tak cerdik. Kerana itu ia menjadi rumit dan menyusahkan. Tapi KPT buat juga cara yang susah ini.

Sekarang timbul PBS yang menyusahkan guru-guru.

Sebab tu mutu pendidikan di Malaysia hancur, baik di peringkat rendah, menengah mahupun universiti.

Tidakkah penasihat-penasihat KPT itu IQ masing-masing tinggi? Tapi kenapa hasil pemikiran hampeh? Adakah terlalu banyak makan kangkung?

Pendidik bukan tidak mahu dinilai hasil kerjanya. Tetapi carilah kaedah yang diterima oleh pendidik itu sendiri.

ENDLESS POSSIBILITIES.

3 comments:

  1. Pelaksanaan dan kelangsungan SPBS menyebabkan:
    Guru2 dibebankan dgn sistem yg nyata gagal berfungsi
    Murid/pelajar pula menjadi mangsa keadaan disebabkan oleh kementerian
    Mutu pencapaian pendidikan pelajar tidak menjulang, ini merugikan negara secara umumnya.

    ReplyDelete
  2. Akhirnya ada juga guru yg berani dan gagal dibonsaikan otaknya oleh 'political master' serta pencacai di KPM. Seharusnya guru yang lebih senior patut malu kerana urusan menegur dan membantah PBS yang membebankan guru di inisiatifksn oleh guru muda ini.... mana pergi guru guru tua ni? Adakah cukup sekadar membanyakan 'santan' tapi tidak di manfaatkan dan last last jadi kelapa ' komeng'... bangkitlah para guru jangan biarkan anda menjadi 'alat' dan 'tong sampah' ujikaji pendidikan!

    ReplyDelete
  3. inilah akibat bila rege kangkong dah murah

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.