Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 27 February 2014

YANG LUCU DALAM KES SAMAN 2 JUTA

Apa pulak yang lucu bila ada general sebuah parti disaman oleh koporal dari parti sekutunya?

Tentu tak lucu, sebab masing-masing terkejut! Ada yang terus bersilat dan tuduh menuduh. Ramai yang masuk gelanggang. Tak kira lawyer atau bukan lawyer, termasuk menantu general yang disaman.

Dalam keadaan yang haru-biru itu, tiba-tiba muncul seorang yang menggelarkan dirinya "Lawyer Swasta"- tampil dengan hujah-hujah bertaburan, entah apa tujuan. "Lawyer Swasta" ini memakai nama Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi.

Tulisannya dalam bahasa Melayu Malaysia telah dijawab oleh peguam PAS Zulhazmi. Tak payah Yong perkenalkan siapa Zulhazmi ni. Yang tak kenal, google jer lah...

Malangnya nama Badiuzzaman tidak dikenali oleh pakcik google dan rakan-rakan. Yang ada nama Badiuzzaman Said Nursi, seorang aktivis-reformist Kurdish di Turki.

Yang faham tu faham le...kenapa dia memilih nama pejuang ini. 

Kebetulan???

Terus nama Badiuzzaman meniti dalam blog macai...fuyooh! Dari entah siapa, tetiba terkenal satu dunia. 

Bagi yang takde facebook, Yong terbitkan apa yang dia tulis bersama jawapan Zulhazmi. Tiada editing. Yong hanya boldkan tajuk dan buat justified (sebab itu my style). Tulisan Lawyer Swasta warna biru. Tulisan Zulhazmi warna hijau.

Zul Hazmi
Yesterday near Kuala Lumpur

Aku nak jawab & ulas tulisan "Lawyer Swasta Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi" pada setiap perenggan. Untuk rekod, aku bukan AJK LUHAM, bukan AJK JUHAM.... aku hanya Zulhazmi.

Haji Hadi dianiaya
Oleh : Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi

LUHAM adalah Lajnah Undang2 PAS tapi macam tak penah ambik kes saman. Setelah mereka mengaku ada menerima writ saman dari pihak plaintif maka selayaknya LUHAM sudah tahu tarikh sepatutnya mereka failkan dokumen memorundum kehadhiran di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. ( iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima serahan writ )

***

Betul LUHAM tak pernah ambik kes saman. Tak pernah ambik kes saman yang mcm ni. Tulisan Lawyer Swasta ni amat jauh fitnahnya. LUHAM tak pernah keluarkan kenyataan pada bila2 masa mengaku menerima writ saman. Ini jelas. LUHAM tak pernah terima. Bukan saja LUHAM malah Presiden sendiri tidak pernah terima. Sila tanya sendiri dengan Presiden. Kalau yang menulis sbg Lawyer Swasta ini rapat dgn Presiden, sila tanya Presiden, bila presiden terima writ saman. Aku percaya 100% Presiden akan kata dia tak pernah terima Writ saman kerana aku sendiri tanya Presiden & Presiden nafikan menerima writ saman sehingga semalam aku uruskan affidavit presiden, Presiden dengan jelas sebut bahawa beliau tak pernah terima Writ saman. Jadi bagaimana "Lawyer Swasta" ni cakap LUHAM mengaku terima writ saman?? nak fitnah pun agak2 la.....

***

Mahkamah tidak akan keluarkan "Penghakiman Inkar Kehadhiran" atau Judgement In Default jika tarikh 14 hari masih belum tamat. Makna mudahnya , kedudukan paling ringan ialah pihak LUHAM telah cuai menjalankan tugas apatah lagi melibatkan figure spt Presiden parti sehingga gagal bertindak dalam tempoh 14 hari yang disediakan atau lebih berat ia adalah percubaan untuk sabotaj Haji Hadi. Dua - dua tu menunjukkan LUHAM gagal bukan Haji Hadi yang gagal.

***

Penghakiman Ingkar dikeluarkan pihak Mahkamah setelah Plaintif memfailkan Afidavit Penyampaian membuktikan Writ Saman tlh sempurna diserahkan kpd defendan (Presiden). Seperti aku kata tadi, tuduhan bahawa LUHAM cuai malah cuba sabotaj Presiden adalah tuduhan fitnah yang maha berat. LUHAM tak pernah terima Writ Saman, Presiden tak pernah terima Writ Saman. Akibat tidak pernah menerima walaupun Writ telah dihantar, maka presiden tidak mengarahkan Hj Asmuni atau LUHAM memfailkan Memorandum Kehadiran. Mudah. Bila writ saman tak terima maknanya Presiden tak tahu dia disaman. Bila tak tahu disaman maka Presiden tak arahkan peguam untuk failkan memorandum Kehadiran. Akibatnya Penghakiman dimasukkan. Sebab tu sekarang Hj Asmuni menguruskan untuk failkan Permohonan Mengenepikan penghakiman Ingkar dan akan failkan selewat2nya esok.

Nak tuduh orang cuai, sila periksa diri dulu. Hang sendiri cuai dlm menuduh jadi jgn cerdik sgt nak tuduh.

***

Betullah mahkamah tak boleh arah defendan bayar RM2 juta sebaliknya kena taksir dulu selepas proses penghakiman. Tapi apa yg membimbangkan ialah UMNO boleh mainkan peranan utk pengaruhi hakim yang juga dikenal pasti hakim itu adalah orang kuat UMNO , dimana mrk akan menolak percubaan LUHAM untuk ketepikan JID. Mahkamah akhirnya boleh menetapkan nilai RM2500 kalaupun tidak proceed dgn nilai yg diletakkan sebelumnya iaitu RM2 juta. Satu nilai yang cukup untuk menggugurkan Tuan Guru dari kerus Parlimen Marang.

***

Nampak sangat bodohnya penulis Lawyer Swasta ni. Kalau mengaji sampai al-azhar pun tak mesti hang tau....

a) Penghakiman Ingkar bagi kes fitnah yg gantiruginya belum pasti hendaklah ditaksirkan, jadi Penghakiman Ingkar yg dikeluarkan oleh mahkamah tidak teratur & boleh diketepikan.

b) Nak babitkan Hakim tu dgn kerja buat Umno agak2 la..... kes bangang mcm ni tak akan sampai ke Hakim, permohonan ketepikan penghakiman ni biasanya bicara di depan Penolong Kanan Pendaftar sj. Klu depan hakim pun, jika hakim tolak, masih boleh merayu ke Mahkamah Rayuan & klu ditolak rayu lagi ke Mahkamah Persekutuan.

c) Kalau lah Mahkamah putuskan tak kena bayar RM2 juta tapi setakat RM2500 sekali pun, kelayakan Presiden sbg Ahli Parlimen tak akan tergugat krn ini kes sivil. Hilang kelayakan hanya jika dihukum denda lebih RM2 ribu dlm kes jenayah. Kalau bangang pun biaq hang sorg tapi jgn tunjuk kat org yg hang tu bangang.!!

****

Isu kat sini bukan nilai saman krn ahli PAS boleh bayar jumlah saman itu. Tapi masaalah besar kat sini ialah maruah Haji Hadi jatuh, hancur dan pecah berderai angkara kelembapan LUHAM yg dipengerusikan oleh Asmuni Awi. Asmuni Awi ni lah masa muktamar pusat kelmarin cuai sampai kena mengundi semula keesokan hari. Rekod cuai ni berulang lagi dan kali ini Haji Hadi jadi mangsa.

****

Kalau ahli Pas boleh bayar, sila kumpulkan la ni, aku nak tgk betoi ka hangpa boleh kumpul RM2 juta tu. Aku TOBAT tak akan bagi. Pasai semua yg berlaku bkn sebab Presiden tapi hangpa yg jahat. La ni pon hangpa masih jahat nak alihkan kejahatan tu kpd Hj Asmuni utk tutup kejahatan hangpa. Rujuk balik komen aku kat atas. Perkara ni berlaku bukan kecuaian sesiapa krn Presiden ataupun Hj Asmuni atau LUHAm tak pernah terima Writ Saman. Semudah itu.

Klu hangpa kalot pasai maruah Hj Hadi jatuh, hangpa jugak yg bagi info kat dia yg bukan2 sehingga dia sebut bab pil kuda, bab Karl Marx, bab komunis. Tak dak orang lain melainkan hangpa yg di keliling Hj Hadi. La ni hangpa nak lari dr masalah, maka hangpa alih salah kpd Hj Asmuni & LUHAM... banyak cengkadak hangpa...

****

Haji Hadi mmg sedia utk lalui proses perbicaraan di mahkamah kerana beliau mempunyai bukti kukuh atas dakwaan beliau mengenai isu pil Kuda dalam PRU 13 tempohari. Tapi hasrat Hj hadi membawa bukti nya ke mahkamah seperti cuba dihalang dgn mencetuskan isu teknikal. Saya lebih nampak ini sabotaj berbanding cuai. Tapi dua - dua keadaan ini mewajarkan Asmuni di singkirkan dari meneruskan tugasnya sebagai lawyer kpd Hj Hadi kalaupun beliau tidak niat sabotaj. Hj Hadi enggan menyatakan bukti kepada umum krn beliau tidak pernah menuduh sesiapa. Hj Hadi hanya sebut umum. Hj Hadi tak nak aibkan org. Tapi bila ada org saman, Hj Hadi ready utk utk naik mahkamah. Kalau Hj Hadi hilang kerusi parlimennya gara - gara tragedi ini maka Asmuni wajib menyalahkan dirinya. Lawyer konon.....

***

Aku amat setuju!! Aku harap hangpa jugak bersedia untuk bantu Presiden sediakan bukti untuk buktikan setiap kenyataan Presiden berkaitan isu pil kuda tu. Hangpa jangan lari bila nanti masa bicara aku & Hj Asmuni keluarkan sepina untuk panggil hangpa jadi saksi dlm kandang saksi Mahkamah. Hangpa tunggu!!! Aku akan pastikan hangpa masuk kandang saksi untuk sama2 bela Hj Hadi di Mahkamah. Aku sedia untuk teruskan kes ini utk bicara penuh. Aku tak akan soal balas Plaintif krn aku nak soal pemberi maklumat kpd Presiden dlm Mahkamah nnti untuk bela Presiden. Jangan hangpa lari2 ayam nanti sudah la.... Aku tunggu saat itu.... aku janji....

Kalau ditakdirkan Haji Hadi hilang kerusi, itu kerja hangpa bukan kerja Hj Asmuni bukan salah LUHAM.

***

AKHIRNYA AKU NAK BAGITAU setelah aku duduk dengan Presiden semalam, Aku amat percaya & aku hormati Presiden dlm kendalikan kes ini. Presiden tidak melibatkan PAS kerana kes ini yg disaman ialah Haji Hadi atas kapasiti peribadi bkn Hj Hadi sbg Presiden. Atas dasar itu Haji hadi melantik Hj Asmuni sbg peguam peribadi mengendalikan kes ini tanpa melibatkan LUHAM kerana LUHAM adalah hak Parti Islam SeMalaysia bukan kerja LUHAM mengendalikan kes peribadi Hj Hadi. Jadi Hj Hadi melantik Hj Asmuni mengendalikan kes ini secara langsung yg tiada kena mengena dgn LUHAM. Presiden amat profesional tapi yg membodek Presiden tu macam SETAN!!!

Sekian daripada ZULHAZMI SHARIFF (Nama sebenar tak main la nak menyamar2 belakang orang!!!)

Lucu? Memang lucu, sebab mamat yang memakai nama sama dengan gelaran hebat reformis Turki dan mengaku "Lawyer Swasta" ini tak tahu undang-undang Malaysia.

Rupanya perang belum habis. Lawyer Swasta pun balas! 

Tapi yang bener! Dia balas dalam bahasa Indon!

Waduh! Terkejut badak semua facebooker Melayu Malaysia!

Yong perturunkan balasan dia dengan jawapan Zulhazmi sekali:

Zul Hazmi
11 hours ago near Kuala Lumpur

JAWAPAN ZULHAZMI KPD MOHD BADIUZZAMAN MOHD NURSI "LAWYER SWASTA"

Haji Hadi dianiaya 2
Oleh : Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi
(nama sebenar juga ni )

Wow ! memukau jawapan zulhazmi. Saya mohon banyak banyak maaf atas beza pendapat dgnnya. Saya tak kenal zulhazmi krn mungkin kita dijarakkan mukabumi dan laut yg sangat luas. Tapi dunia maklumat dewasa ini menjadikan kita seperti sdg berbicara dari kamar sebelah .

Bila bila pun , lawyer pasti pintar berkata kata. Khilaf dgn lawyer dari pagi sampai ke sore kata org disini pasti tidak ketemukan noktahnya. Tapi nyatanya terlalu banyak perkara yg mula tersimpul mati dari kasus sebegini.

***** Zulhazmi****

Tak sangka jawapan ulasan aku begitu memukau... terima kasih krn terpukau.... Klu dia tak kenal aku walaupun aku guna nama sebenar... tak apa... tapi aku memang langsung tak kenal dia sbb tak tahu la dia guna nama sebenar atau tidak... dia kata dia "Lawyer Swasta".. aku buat carian di Majlis Peguam tak jumpa nama dia.... maksudnya dia bkn peguam tapi menyamar diri sebagai peguam... dr situ lagi nampak dah "niat jahat" dia....

Dari tulisan asal dia yg aku ulas kemarin, lenggok bahasa dia amat melayu.... tiba2 respon dia pada aku dah ada dialek Indon... dengan "koran" dgn "kasus"... makin jauh dia pi...... mungkin lps ni dia akan keluarkan bahasa bangla, nepal atau mana2 negeri yg dia merantau cari ilmu.....

********

Apa yg perlu ialah kejujuran dan Integriti. Asasnya Saya telah membaca lewat koran di sini juga langsung dari berita sahabat seperjuangan di seluruh negara bagaimana muktamar tempohari jd gawat apabila lawyer Asmuni menjadi pengendalinya. Lalu saya khawatir atas kecuaiannya berulang kembali. Saya setuju Asmuni bukan org jahat dan saya juga boleh bersetuju pd pengamatan saya kedua kalinya bhw Asmuni tidak sabotaj Hj Hadi. Tetapi kecuaiannya sukar disembunyikan.

***Zulhazmi***

Kejujuran & integriti apa yg dia bercakap klu dia seawal tulisan lagi berselindung atas penipuan & niat jahat. Awal2 lagi dia buruk sangka, niat jahat "mala fide" terhadap Hj Asmuni & LUHAM .... dia kaitkan pulak kecuaian di muktamar & sebagainya..... makin jauh dia nak lari.... Mula2 kata ada unsur sabotaj oleh Hj Asmuni & LUHAM untuk jatuhkan maruah Hj Hadi... sekarang dah lain pulak bunyinya??? integriti ya??

******

Sebelumnya saya menyebut LUHAM kerna kapasiti Asmuni sebelumnya disebut sebagai Pengerusi LUHAM. Jika benar Asmuni dilantik atas kapasiti peribadinya , maka sasaran perbincangan kini pada Asmuni dan firma guamannya dan saya memohon beribu ampun dari pihak LUHAM. Persepsi umum termasuk saya kpd LUHAM sebenarnya berasas krn melihat laporan media Harakah sendiri memetik Setiausaha Luham Abang Ahmad Kardee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut. Juga arahan pimpinan pas kepada pasukan peguam pas sbgmana arahan berikut Lalu bagaimana tidak org menganganggap bahawa kasus ini di bawah Luham. Tidak mudah zulhazmi mahu menafikannya sekalipun mungkin Hj Hadi bermaksud melantik peguam secara peribadi.

***Zulhazmi***

Seperti yang aku ulas kemarin..... kasus ini asalnya hanya melibatkan Hj Asmuni sbg peguam Hj Hadi. Tidak melibatkan LUHAM... tetapi apabila ada puak2 SETAN yg riuh rendah salahkan LUHAM... besarkan kasus ini mengatakan ada unsur sabotaj Presiden, menjatuhkan maruah Presiden, merancang menjatuhkan Presiden dan sebagainya... maka dgn itu kasus ini menjadi kasus PAS & LUHAM mengambil tahu. LUHAM masuk campur sbb telah melibatkan parti krn ada anasir jahat cuba merosakkan parti melalui kasus ini.

Sebelum kasus ini menjadi kasut untuk aku baling kpd puak2 SETAN ni.... adalah lebih baik cukup bagi aku komen setakat ini. Malah sudah ada berlegar2 di awangan membantai aku begitu begini kononnya aku berbahasa kesat, tidak thiqah, putar belit maka tak perlu ambik peduli hujah aku.... malah katanya boleh jatuh munafik aku ni.... maka katanya lagi tidak rugi mengambil pendapat dari orang alim yang tersalah pendapat dari mengambil hujah dari orang munafiq walaupun mcm betul. Kerana rahmat Allah turun pada org yg takut pada Allah.

Sebelum aku dimurtadkan oleh puak2 bertopengkan agama ni... depa buat salah dpt pahala...... kita buat betoi lagu mana pon masuk neraka.... maka lebih elok aku berhenti takat nie saja... aku pun takut nanti aku jadi bangla....

Sekian.... mohon ampun maaf kpd semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak langsung....

Kredit pada Zulhazmi. Sila cari sendiri facebooknya kalau nak kenal dia di sini

Maaf Zulhazmi. Yong tak minta izin untuk terbitkan semula karya miker. Tapi demi penyebaran maklumat yang benar kepada yang takde facebook, Yong terpanggil untuk share adegan lucu Mat Indon-Malaysia (Malaysia-Indon?) ini. 

Heran pulak. Apesal Mat Indon berminat pada kasus Malaysia yang takde kena-mengena dengan dia? (Kalau betullah dia Mat Indon, sebab warga Indon bukan boleh jadi ahli PAS atau mengundi di Malaysia).

KASUS PENYAMARAN YANG KANTOI! WAKAKA!

ENDLESS POSSIBILITIES




No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.