Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 27 March 2014

DAH SAMPAI MASANYA PUJI DIRI SENDIRI? HAHAHA...

Tak tau nak kata apa dah...I am speechless...Pinch me! Am I hallucinating?

AUSTRIA PUJI

AUSTRALIA PUJI

Hebatnya usaha Malaysia mencari di mana dan apa terjadi kepada pesawat MH370 dan 227 penumpang, 12 krew, 4 tan buah manggis dan beberapa ketul bateri lithium. Kehebatan itu mendapat pujian omputih!

Kalau ia pun nak masuk bakul, angkat diri sendiri, berpada-padalah... Jangan ler sampai kami nak termuntah... Kesian pada waris krew dan penumpang!!

CHINA SAJA TAK MENGENANG BUDI

Setelah hampir 3 minggu, misteri kehilangan pesawat MAS MH370 terungkai - nun di Selatan Lautan Hindi...

Ada siapa yang percaya?

Apa kata waris?

Luahan Fairuz Hamid adik pasangan mangsa MH370, Ada rahsia yang disembunyikan!
Posted on 26/03/2014 

Tulisan luahan hati Muhammad Fairuz Hamid, adik pasangan mangsa pesawat ‪MH370‬, Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid.

Minta maaf pd semua. Doa dan prhatian dri anda smua amat kami hrgai..bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat2 dengan berita terbaru ini. Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”..di “sini”..Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban. Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dah penumpang terkorban”. Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat. Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang. Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut. Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :

1) Kotak Hitam (black box) – Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat – Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali “Pesawat dikesan di Lautan Hindi” “Pesawat dikesan di LCS” “Pesawat di Lautan Andaman” dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali – “pesawat ditembak jatuh” “pesawat terhempas” “pesawat meletup diudara” “pesawat dihijack dan disorok”
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar? Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”. Dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi. Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian. – Muhammad Fairuz Hamid (ekeleh.com).

Layakkah pujian itu?

Sendiri fikirlah...

3 comments:

  1. apabila pemimpin nak satu dunia percaya mcm macai percaya....kesian

    ReplyDelete
  2. muhammad fairuz kamu,ahli keluarga kamu serta ahli keluarga warga mh370 tidak kesunyian dari doa dan ingatan kami.apa yang dihidangkan kepada rakyat oleh pihak yang berkuasa tidak sekali pun memberi gambaran yang tulus serta adil bagi pihak mangsa.amat jelek sekali bilamana rumah serta ahli keluarga capten digeledah dan disoalsiasat.penerangan tanpa putus asa pihak bertanggong jawab tidak langsong berniat atau mendorong kepada ketulusan atau kebenaran yang wajib diketahui umum,lebih khusus kepada waris mh370.adigan wawancara,berbincang dengan ahli pakar itu ahli pakar ini,pensyarah sana penyarah sini amat memualkan tekak mendengarnya.adakah cara begini akan menyelesaikan kehendak dan jawapan yang amat mereka dan kami tunggu.adakah cara begini pemimpin serta seangkatan yang bertanggong jawab dapat membebaskan diri dari fakta kebenaran?kami mahu fakta bukan auta,didunia kuasa bukan hak milik mutlak anda apatah lagi dihadapan allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      i 2nd that ! Kerajaan kita tak tahu ke atau memang deme tak berani cerita bukti, jejak yang semua ni telah direncana oleh kuasa Barat pro-Israel & "international intelligence game" ??

      Macam-macam "spekulasi halal" oleh so-called "credible" pakar di akhbar, on air. Oh, they can manipulate our emotions as they like?

      TAPI kita ni dilarang berfikir the endless possibilities of things, kelemahan sistem pertahanan, radar + level "cap ayam" kepimpinan negara kita?

      Oh, siap ada MH370.FM lagi??? Semua ni main perasaan orang saje. Ridiculous !

      Except, artikel, program tv, radio yang panelnya tu mengajak kita semua ingat kaitkan semua insiden berlaku dengan kehendak kekuasaan qada' & qadar Allah, suruh ikhlas, be motivated, redho to move on. For sure only Allah knows the best.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.