Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 10 March 2014

RAKYAT DIKATA BODOH KERANA BERTANYA: ADUHAI SCORPENE...!

Masa bawa balik Scorpene dulu bukan main berlagak lagi.

S1: SUMBER

Walaupun ada yang mempersoalkan harga Scorpene yang keterlaluan. Tetapi memandangkan kepada keupayaan yang digembar-gemburkan, persoalan itu nampak kendur.

Hebatnya Malaysia sudah ada kapal selam.

Kemudian terjadi sesuatu yang aneh. Segerombolan pengganas mendarat di Lahad Datu.

Rakyat bertanya: Bukankah kita ada kapal selam yang canggih yang dibeli dengan harga yang mahal? Tidakkah Scorpene boleh mengesan pengganas-pengganas itu?

Tapi inilah kata Menteri Dalam Negeri:

S2: AGAKNYA ZIARAH DENGAN SENJATA

Akibat dari kelalaian dan ketidak-cekapan KDN, 14 anggota polis terbunuh dan 3 cedera dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu.

Masa itu Anwar Ibrahim dipersalahkan.

S4: FITNAH YANG TIADA PENGHUJUNG

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kehilangan sebuah kapal terbang MAS MH370 dengan 239 penumpang dan krew. Hilang tanpa kesan.

China, Vietnam, Singapore dan US turut membantu dalanm usaha Search and Rescue (SAR) bersama-sama Malaysia. Singapura guna kapal selam yang lengkap dengan peralatan SAR.

Sekali lagi rakyat bertanya: Kemana pergi Scorpene?

Inilah jawapan yang diberi:

S3: KAPAL SELAM UNTUK PERANG SAHAJA (SUMBER)

Aduhai Scorpene...!

Bukankah masa bawa balik kapal selam dulu, dalam tahun 2009, katanya Scorpene akan dilengkapi dengan peralatan untuk operasi Search and Rescue? (Lihat S1).

Hampir 5 tahun berlalu. 

Akhirnya didapati Scopene memang tak boleh dilengkapi dengan peralatan untuk operasi SAR? Scorpene hanya untuk perang sahaja?

Rakyat Malaysia yang bertanya tentang Scorpene ini kononnya bodoh, kata macai. Bodoh kerana tak faham sistem Scorpene. 

Rakyat Malaysia dididik supaya bersifat kritis dan berpegang teguh kepada pesanan nenek moyang:

Segan berkayuh perahu hanyut, 
Segan bertanya sesat jalan.

Tetapi siapa yang mengikat tangan kita supaya tidak dapat berkayuh? Siapa yang memperbodohkan rakyat Malaysia?

Aduhai Scorpene...!

Bodohkah rakyat Malaysia yang sedang berusaha demi sesuap nasi, dan bertarung dengan kenaikan harga barang; bertanya apabila melihat kerajaan boros dan mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembelian yang kita mahu tahu apa kegunaannya?

Selagi BN berkuasa, selagi itu rakyat Malaysia yang sudah papa dengan hutang yang menimbun ini akan terus menerus diperbodohkan!

Siapa pula yang hendak dipersalahkan lagi?

25 comments:

  1. scorpene ni hanya utk dijadikan modal sembang di kedai2 kopi jer...

    ReplyDelete
  2. org yg cari titanic tu dilaut atlantik guna sonar. mamat yg cari kapal cina di Melaka tu pun guna sonar. teknologi sonar sgt canggih sampai boleh lukis gambar dasar laut. kalau kita tanya harga sonar mereka mesti tak sampai RM500juta. takkan kapalselam berbilion ringgit tak ada sonar canggih cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MrXYZ

      Kalau ikut writeup, scorpene ada juga sonar. Tapi tak tau sonar atau sauna...Kahkahkah...

      Delete
  3. Kegunaan skopen merubah2 mengikut keadaan. Yang konpirmnya memang tidak berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Err

      Hmmm...takkan scorpene pun macam sesumpah kot?

      Delete
  4. Malu satu dunia jika nanti dituruti pula operasi mencari dan menyelamat scorpene.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Hahaha...Ajer nang iyer! Well said!

      Delete
  5. Scoroene itu memang tak berguna. Yang "BERGUNA" adalah komisen RN500 juta yang di perolehi oleg Prime-maker dan kuncu kuncu nya.

    Dulu heboh di perkatakan ada case yang akan di kendalikan oleh Mahkamah di Prancis. Malang nya sehingga kini tiada apa apa berita pun. Mungkin kah Mahkamah tersebut serupa dengan Mahkamah-Mahkamah yang terdapat di Malaysia kot.

    Begitu juga dengan kes Altanttuya. Dulu di katakan case ini akan di bawa ke Mahkamat dunia. Malang nya sehingga kini senyap dan sepi sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saadun

      Dulu dekat PRU13 heboh le. Sekarang PRU14 jauh lagi. Mamat2 yang heboh dulu pun jadi YB...lagi sebuk...Kihkihkih.

      Delete
  6. Salam Yong..
    Mengkalu teman yang jadi menteri tu lama dah teman letak jawatan..
    Jaman sekarang bukan macam dulu orang buleh lupa apa yang kita kata selepas lima enam tahun.. Jaman sekarang maklumat hujung jari dah tak buleh ngelembong..
    Tapi yang teman heran tu muka menteri tu langsung tak tahu malu..
    Udah le menteri ooiii.. Tak selamanya rakyat diperbodoh-bodohkan..

    Kepada para pemberita yang hadir PC jangan takut jangan segan teruskan bertanya soalan-soalan "killer" tersebut.. Kami rakyat memang nak tahu bebenor..

    Rasanya tak lama dah hayat menteri-menteri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Demer mana reti letak jawatan. Kalau boleh selagi nyawa dikandung badan. Jawatan dengan BN ibarat lagu denga irama. Walaupun sumbang, nak juga...

      Mujur ada internet. Senang kita korek citer lamer.

      Delete
  7. Scorpene bakal menghuni muzium TLDM dalam sedikit masa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam antahberantah

      Hendaknya jangan jadi sampai begitu. Lain ler itu duit demer sendiri.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamad Daud

      Terima kasih di atas pencerahan yang miker beri.

      Tapi Yong percaya pencerahan miker tak mungkin convince ramai orang. Sebabnya bukan kali ini saja rakyat pertikai peranan scorpene. Sejak kes pencerobohan di Lahad Datu rakyat sudah tidak percaya tentang keampuhan sistem keselamatan negara (termasuk peralatan ketenteraannya).

      Yong hanya rakyat biasa yang merasa tertipu dengan harga yang mahal yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk kerajaan yang gagal menjaga keselamatan rakyat.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Jika dibaca beberapa komen di atas mengatakan perairan negara adalah cetek, tidak sesuai untuk scorpene beroperasi. Apa logiknya negara membeli kapal selam berbillion harganya itu, yg tidak mampu berfungsi bila diperlukan? Nak pergi serang Amerika? Rusia? Israel? Rasanya hanya untuk tujuan pameran shj yg paling sesuai.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamad Daud

      Tak payah le nak cerita panjang-panjang mempertahankan kerajaan Malaysia beli Scorpene yang terlebih harga ni dalam blog Yong. Buat penat menulis saja. Satu abuk pun Yong takkan percaya.

      Tapi Yong tetap terbitkan komen miker sebab Yong mengamalkan konsep freedom of expression. Ia dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Article 10). Asalkan ia tidak mencarut2.

      Adios.

      Delete
  12. Salam Saudara Mohd Daud Sulaiman;
    Nampak seperti sorpene hanya layak untuk tujuan pameran dan juga menggerunkan musuh apabila mengetahui rupanya Malaysia ada kapal selam secanggih itu. Bila hendak digunakan dlm keadaan sebenar, belum tentu lagi keupayaannya melebihi 85% hingga 100%. Kalau hendak seribu daya, kalau tidak hmmm.. Secara tanpa disedari jawapan2 itu telah mendedahkan kelemahan peralatan pertahanan negara, disamping tiadanya iltizam untuk berpadu tenaga. Apa salahnya hantarkan saja kapal selam itu ke lapangan? Sama ada misi mencari dan menyelamat berjaya atau tidak itu perkara lain, pokok yg paling penting ialah kelemahan yg ada tidak diketahui umum! Syyyyy...Biarlah rahsia... Boleh dibayangkan jika ada antara mangsa itu adalah pemimpin negara, adakah jawapannya masih tetap sama?

    ReplyDelete
  13. Hehe... ada megat trawis yg boleh terbang ke hulu ke hilir pun.. org iran selamba je kuar masuk malaysia ... naik kapal terbang lagik... org sulu pun tak takut dgr malaysia ada kapal solam mahal... kalau takut tentu diorg tak masuk lahat datu... dalam fikiran nakal hamba... tujuan beli kapal selam ni bukan untuk pertahanan .. atas kertas boleh la cerita......penyerangan lagi lah jauh panggang dari api... sebenar nya saja2 je cari barang mahal... sbb lagi mahal barang... percentage nya dari segi value tentu makin besar... tapi...tu lah... tak perlu percaya budak nakal mcm hamba ni... biasa nya budak nakal mana ada masa depan... belajar pun tak pandai punya....

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam Saudara Mohd Daud Sulaiman;
    I'll try my very best not to prolong in arguing this ENDLESS POSSIBILITIES issue, but believe me never ever in any manner to expose, any weakness of our country defense apparatus including maneuver publicly.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.