Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 18 April 2014

YANG MENINGGAL PEMIMPIN DAP, TAPI PEMIMPIN UMNO PULAK YANG EDAN...KENAPA YER?

Ketika Bapa H gebang dengan Bapa I (Anak Bapa H bercita-cita untuk menjadi bomoh, sementara anak Bapa I nak jadi angkasawan. Yang miss episod dulu baca di sini dan di sini), datang Bapa J yang amat bergaya memakai jeket biru gelap. Setelah bertegur sapa, demer pun sambung cerita anak-anak. 

BAPA H: Anak teman nak jadi bomoh, teman suruh dia isi borang keahlian UMNO.
BAPA I: Teman pun...walaupun anak teman nak jadi angkasawan.
BAPA J: Eh, elok sangat le tu...anak teman nak jadi ahli politik...
BAPA H: Hahaha...Nasib baik...
BAPA I: Bior demer berkawan...
BAPA J: Hahaha...Kita tolong-menolong yer (Dalam hati: Licinle anak kamu kena rembat).

Contoh Ahli politik:

CONTOH 1: Allah dah bayar tunai kepada dia dengan memalukannya kerana tak tahu nama Malaikat yang mencabut nyawa.

NAMA MALAIKAT PUN TAK TAHU

CONTOH 2: Jurutera yang tak tera (tak terror = tak cerdik).

ADA PANGKAT IR, TAPI IRRESPONSIBLE

CONTOH 3: Peguam yang lupa majority di Parlimen tu bukan geng Karpal. 


Kalau tak faham, bukan penyokong Pakatan Rakyat.

7 comments:

  1. Ahli UMNO, memang itulah yg termampu difikirkan dlm masa singkat sebab paradigma mereka teracu (moulded) begitu. IQ di tahap berapa entahlah, rasanya jika lulus periksa dulu pun sebab ada 'push mark' saja agaknya. Kalau sebelumnya cerdik, gatal pergi joint sana, habis punah jahanam daya intelek mereka campak jauh. Selevel dgn macai jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Tak cerdik sudah jadi trademark yang popular di kalangan demer. Kalau yang cerdik tak jadi ahli UMNO, kata Dr Mahathir...How true!

      Delete
    2. Salam

      Wah ...idak le teman tahu si "Azazil" buat koje "tampar & cabut nyawa orang" ?? Maklum le teman ngaji tak berape cerodik mane. Teman tahu le "Azazil" tu "was then the chief" para malaikat semua dulu. Dah tukor portfolio kut?

      haha

      UmNo kan ke terer bab "tambah menambah" jawatan berprofil tinggi. Mungkin silibus baru?? Si "Izrail" dulu ye dia dah penat cabut nyawa orang mungkin UmNo dah naikkan pangkat dia jadi Menteri Pertahanan ke Menteri Dalam Negari le gamak nye tu !!

      Ye ye aje deme takut-takutkan, "nyakat" orang Melayu dengan polemik "karpal, DAP menentang Islam..deme tu sendiri tak mahu Islam tara mane pun. Deme takat tahu buat mesejid, surau, program Musabaqah Quran, Maulid Rasul aje le. Pendidikan Islam pun entah hapa hapa entah dasarnya bila le suasana nak kondusif untuk Islam terus berkembang dalam komuniti Melayu... terus layu aje nampaknye kalau cara UmNo buat le ni.

      Islam mesti le sebagai Ad-deen untuk orang Melayu ! Baru ada kelas !

      Delete
  2. simulut longkang pon dah kata yang cerodik tak nak masuk umno...faham2 jer macm mana standard intelek mrk, pd hakikatnya simulut longkang tersangat suka umno intelek rendah senang di exploitasikan krna selagi melayu bodoh tak suka berfikir selagi itu golongan mamak hidup mewah.bak kata tok guru teman otak melayu umno klau di jual laku krna tak perna digunakan utk berfikio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Tersangatlah setuju Yong dengan pandangan miker ni.

      Delete
  3. Macai macai UMNO adalah manusia yang bukan idola sebagai ISLAM yang boleh dibuat contoh. Mereka ini ini bukannya manusia tetapi iblis dan setan yang mengundang kita ikut sama jika bersakongkol dengan mereka. Tidak semua orang orang UMNO jahat belaka tapi takut nak bersuara. Sudah sudahlah menghina...kita semua akan mati. Kamu semua pun tak tahu macam mana keadan kematian kamu, mungkin lebih dahsat atau pun aib..ALLAH saja tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nudin Bakar

      Yong kesian kat beberapa kerat kawan Yong yang masih dalam UMNO. Demer jujur, tapi tak nampak jalan...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.