Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 14 May 2014

MULUT BUDAK NI MEMANG NAK KENA CILI!

Kecoh menantu Haji Hadi memanggil DS Nizar "Very stupid!!!"

DAH TERLEBIH PANDAI KOT BUDAK NI?

Tak taulah frasa "Very stupid!!!" itu maksudnya DS Nizar "very stupid" kerana kebimbangannya, atau ajakan DS Najib (jika ada) yang "very stupid"???

Yong baca banyak kali rencana itu. Di bahagian mana DS Nizar ada buat statement yang "very stupid!!! Yong tak jumpa.

Bacalah rencana seterusnya dan nilaikan sendiri:

SAMBUNGAN PETIKAN

Apa yang DS Nizar sebut secara verbatim kita tidak tahu. Tetapi bila kita baca kenyataan dari Terengganu yang dipaparkan oleh Malaysiakini, tidak hairan kalau DS Nizar menjadi "worried."

OK LAH TAK SOKONG LOMPAT,  TETAPI...

Kalau musuh kita sudah tumpas kerana beberapa panglimanya lari, takkan kita bagi tahu 1Dunia, kita tunggu musuh regroup dan membentuk kekuatan baru kita nak bertindak? Boleh begitu? 

Bukan itukah yang dimaksudkan dalam kenyataan ini? Baca dan nilaikan sendiri:

BAGI PELUANG PADA UMNO?

Tunggu UMNO dapat balik majoriti, lepas itu baru rancang nak buat apa? Pelik betul bunyinya strategi politik ni...

Bukankah hubungan PAS Terengganu dengan Sultan amat baik? 

Seperti yang diduga, semua ADUN UMNO yang keluar parti sudah U-Turn.

Hmmm...DS Nizar sudah boleh lega, sebab apa yang dibimbangi tidak berlaku, for the time being. Sudah tentu dia tahu apa dan kepada siapa yang dia maksudkan. Tetapi, kesalahan budak ini kerana keceluparan mulutnya, langsung tak hormat orang yang lebih tua, belum terhapus lagi.

Apapun, kita bersangka baik jer. 

Zaharudin Muhammad mungkin tak faham bahasa Inggeris. Tak faham apa erti "Very stupid" itu. 

Atau, dia tak faham apa yang ditulis dalam akhbar Astro Awani itu.

Atau, dia tak faham apa sebenarnya peranan seorang Ketua Penerangan yang sepatutnya menambah ramai orang suka, bukan menambah ramai orang menyampah. 

Makan dengan budak, lauk habis dulu;
Mandi dengan budak, air keruh dulu;
Ngaji dengan budak, kitab koyak dulu;
Bagi kuasa pada budak, orang tua kena caci dulu.

12 comments:

  1. Yong,

    Bagi kuasa pada budak, orang tua kena caci dulu. - TARBAEK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Sebab tu macam mana tingginya pencapaian GPA/CGPA budak, kita kena tengok juga hasil kerjanya.

      Delete
  2. Ada budak N9 jadi nantu bekas PM. Bila pok mertua dia tok jadi PM lagi, terhoyong hayang jadinya.

    ReplyDelete
  3. Apa yang terhijab sudah pun nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dino landu

      Someone says the difference between madness and genius is a split of a hair.

      Delete
  4. Great expectations!
    here we go again.

    ReplyDelete
  5. DeeDee Yong...

    Biler Ketua Penerangan PAS nih nak bagi kelas penerangan hudud kepada yang bukan Islam kat dalam Malaysia nih??? Hahahaha.....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Kita tunggule. Tapi payah nak masuk Peghok...

      Delete
  6. Salam kak Yong.

    Aikk DS Nizar dia kena "very stupid"...wah...Engkoh nye pantang usik bab UG, mengelejat demer dibuatnya...haha

    Bior le Teganu buat "kerajaang perpaduang", asalkan Klate boleh "hudud"...Kita tengok aje agenda sape yang tumpor, kambuih dulu?

    Adanya ramai orang macam "hantu tok guru" sorang tu, who needs enemies anymore? Habeh le PAS Teganu...tak ke mana le. Harus PAS Teganu & penyokong PAS kena main dengan UmNo selamanya le. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      InsyaAllah PAS Peghok takkan kena main.

      There is no ghost in Peghok. Nary a one. We hunt ghosts and bury them at Lautan Hindi Selatan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.