Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 30 July 2014

KOTAK HITAM MENGENALPASTI MASALAH MEKANIKAL, BUKAN SERANGAN MISSILE, KATA PAKAR

Obama sedang memalu gendang perang di Ukraine, kata Dr Paul Craig Roberts, Pengerusi Institute for Political Economy, US yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Perbendaharaan di zaman Reagan. Alasan Obama hanyalah untuk menundukkan Russian dan menguasai ekonomi Eropah dan Euroasia (Baca terjemahan rencananya dalam Blog Yong di sini). 

Paluan gendang perang itu dibantu oleh jentera propagandanya, The Economist, The Forbes, CNN, WSJ, etc.

Sama ada dengan cara cengkok atau bengkok, Russia mesti dipersalahkan sebagai penyebab MH17 ditembak di Donetsk, Ukraine.

Belum apa-apa US sudah menuduh Russia sebagai dalang (the Economist), walaupun tiada bukti yang didapati. 

Pada N3 sebelum ini Yong petik laporan WSJ yang menyebut kotak hitam MH17 itu versi lama. Oleh kerana itu keupayaannya merekod dan menyimpan data adalah terhad.


Selain daripada itu BBC juga melaporkan kotak hitam itu tidak akan dapat merungkai siapa sebenarnya dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia itu:

SUMBER BBC

Walau bagaimanapun, pihak Ukraine yang "melompati ledakan senapang" (jump the gun) telah mendahului hasil penyiasatan. Ukraine cuba menyakinkan dunia bahawa MH17 ditembak menggunakan ground missile oleh pemisah. 

Sambil itu Ukraine telah memperhebatkan serangan terhadap gerombolan pemisah, walaupun diminta oleh pihak penyiasat, Alexander Hug, Timbalan Ketua Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah [Organization for Security and Cooperation in Europe (OSCE)] supaya diadakan gencatan senjata di Ukraine. Ini semua menyukarkan siasatan di tempat pesawat terhempas. 

US pula, yang berada di belakang Ukraine dengan pantas mengenakan sekatan kepada Russia.

SUMBER CRI

Kotak hitam itu akan mengenalpasti masalah mekanikal seperti "aircraft decompression," tetapi tidak semestinya memberitahu kenapa berlaku decompression. Kesukaran mendapatkan bukti di tempat pesawat terhempas (kerana peperangan) mengganggu siasatan mencari kebenaran apa sebenarnya berlaku kepada pesawat malang itu.

Apakah yang cuba disembunyikan oleh Ukraine dan tuannya, US?

Ekoran daripada itu kita bertanya: Adakah ledakan (yang juga didengar oleh penduduk tempatan) itu datang dari serangan missile dari bumi atau datang dari bom di dalam pesawat itu sendiri?

1 comment:

  1. bajang laut ni yong.... yang turut telibat patut bunuh diri...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.