Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 12 August 2014

MASALAH HILANG DUIT YANG PELIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ini Yong tulis perkara yang tiada kaitan dengan isu politik @ krisis MB Selangor. Tetapi Yong akan cuba memberi pandangan masalah pengunjung ini. Inilah masalahnya:

ADA SIAPA BOLEH TOLONG?

Yong pernah menghadapi masalah hilang duit dalam wallet, dalam laci, dalam poket seluar, etc. Oleh kerana itu Yong amat simpati dengan pengunjung yang asyik hilang duit ini.

Ada beberapa kaedah untuk menangani masalah ini, seperti berikut:

1. Kaedah Jarum Peniti:

Guna jarum peniti dan ketip semua duit dengan peniti itu. Ketip semua 4 bucu duit. Simpan seperti biasa. Tengok dia curi ke tidak.

2. Kaedah Nenek:

Kaedah ini untuk orang perempuan sahaja. Simpan dalam coli. Kaedah ini kawan dari utara yang bagi. Katanya berkesan.

3. Kaedah Cashless:

Jangan keluarkan duit RM50 dan RM100. Takpe susah sikit. Guna Debit Card untuk beli barang. Kalau guna kad kredit, guna bank transfer atau apa-apa cara untuk buat bayaran.

4. Kaedah Bomoh:

Inilah kaedah terakhir. Tapi masih boleh dicuba. Orang berkenaan yang hilang duit sila beri alamat email dalam komen. Yong takkan terbitkan komen komer. Yong akan beri nombor HP bomoh tersebut. Oh...dia bukan bomoh teropong yer. 

Yong mengalu-alukan sesiapa yang membaca posting ini dan ingin memberi pandangan.

Semoga pengunjung semua sentiasa dilindungi Allah.

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Ader satu lagi sudah missed Yong lupa tulis.... Hahahaha.... Kaedah Proksi.... aper kata kalu takut ilang duit tue... kasik jer kat gua suruh simpankan.... Gua jadik proksi....

    RM3 Bilion ka..... takder hal kat gua..... Hahaha.... Susut nilai takder la... tapi beranak banyak kali berkemungkinan besar...

    Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.