Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 15 August 2014

PRESTASI AKADEMIK UiTM LEMBAB SALAH LEMBAGA AKADEMIK FAKULTI?

Ring! Ring!

Nombor tak dikenali.

Siapa pulak ni? Yong bukan ada hutang Bank sampai RM60 juta...

Yong angkat...Oh, rupanya seorang warga UiTM nak mengadu. Minta Yong tolong bagi tahu mana-mana Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang Yong kenali...

Alahai...manaler Yong kenal Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Yong pun bukan suka bergesel bahu dengan orang besor-besor ni. Lebih-lebih lagi orang politik.

Katanya prestasi UiTM merosot teruk kerana orang yang memegang kuasa peringkat fakulti tu orang yang sama. Macam tiada orang lain yang berkalibar. Macam nak pegang kuasa seumur hidup. 

Katanya dalam fakulti, kuasa tertinggi dipegang oleh Lembaga Akademik Fakulti (LAF). Dalam sesetengah fakulti, LAF dikuasai oleh orang yang sama tahun demi tahun, bukan 10 tahun, tapi ada yang sampai 20 tahun...

Tak berubah. Orang itulah yang suara paling kuat.

Alahai...betul ke ni?

Katanya, Dekan silih berganti.

Tetapi beberapa ahli LAF tidak pernah berganti.

Orang itu adalah golongan profesor yang ego dan jumud pemikirannya. Golongan profesor ini akan mempertahankan bidang yang dipegang, enggan berubah dan kuat suaranya. Ahli-ahli akademik mungkin anak didiknya yang segan untuk melawannya, atau sengaja hendak mengampunya.

Maka akibatnya, jatuh merudumlah prestasi akademik di fakulti. 

Ini semua membawa kesan buruk kepada universiti.

Jadi apa cadangannya?

Dia mencadangkan supaya ahli LAF tidak boleh dipegang oleh seseorang selama lebih dari dua penggal (iaitu 4 tahun). 4 tahun adalah masa yang cukup lama untuk memikirkan bagaimana hendak tambah program, tambah penyelidikan, baiki kurikulum dan kualiti akademik fakulti.

"Kalau macam ini bila bahtera nak sampai ke destinasi?" Tanyanya sambil merujuk kepada program "Mengubah Destini Anak Bangsa' (MDAB).

Yong tanya, kenapa tak tukar saja nakhodanya?

"Kalau nakhoda diganti, tapi pembantu nakhoda dan kelasi kapal semua orang lama, boleh ada perubahanke?"

TITANIC YANG HEBAT ITUPUN TERSUNGKUR KERANA KEANGKUHAN  MANUSIA

Mungkin agaknya ada kawan kepada kawan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang membaca blog Yong. Mungkin ada juga kawan kepada kawan Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baca blog Yong. Mungkin ada juga kawan kepada kawan Dr Zaini Ujang. KSU, Jabatan Pengajian Tinggi yang baca blog Yong.

Kepada kawan-kawan ini Yong sampaikan cadangan warga UiTM ini. 

Mohon buat sesuatu supaya kuasa yang dipegang oleh Ahli Lembaga Akademik fakulti itu tidak dipegang oleh orang yang sama tahun demi tahun.

Buruk padahnya.

SEKIAN.

1 comment:

  1. Mustahil...mustahil (bukan musgram k?), tak percaya langsung Yong tak kenal mana-mana Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Yang boleh dipercayai jika semua Ahli Majlis Tertinggi itulah yang tidak kenal Yong ini siapa.
    Rosak mutu akademik siswa/i, jangankan peringkat global, dalam negara sendiri pun duk tercorot agaknya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.