Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 27 August 2014

TIADA TEMPAT BUATMU DI HATI KAMI, PERGILAH...

Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad

OLEH LEE SHI-IAN
Published: 27 August 2014

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui secara terbuka wujudnya puak dalam PAS yang tidak bersetuju PAS terus bersama Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014

Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.

"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

Peranan PAS dalam Pakatan diperdebatkan beberapa kali oleh ahli dan pemimpinnya dan yang terbaru semasa isu menteri besar Selangor.

Beberapa ahli secara terbuka meminta para pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi.

Bagaimanapun, Khalid tetap yakin PAS boleh menjadi ahli berkesan dalam PR dan juga menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan menteri besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid.

"Terdapat banyak cara untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, dan ini termasuk akuan berkanun."

Beliau berkata Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) memainkan peranan penting dalam isu menteri besar Selangor.

"Tindakan Saari dan Hasnul adalah penting kerana ia adalah satu petunjuk yang jelas bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan majoriti."

"Walaupun ramai mengkritik kedua-duanya, tidak ada ragu kesan daripada keputusan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."

Khalid berkata, ini adalah punca jalan buntu di Selangor berjaya dipecahkan dan Khalid terpaksa menyerahkan surat peletakan jawatannya dan diterima oleh Sultan Selangor.

"Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil kira kekurangan sokongan majoriti untuk Khalid sebelum menerima perletakan jawatan beliau."

Khalid berkata, jika menteri besar itu memastikan peralihan kuasa yang licin sebelum dipecat daripada PKR, beliau boleh dinamakan sebagai penasihat kepada menteri besar Selangor yang baru.

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." – 27 Ogos, 2014. (SUMBER TMI).

********************

Kepada siapakah ditujukan kata-kata Khalid Samad ini?

Mungkin ada yang boleh jawab.

Sekarang kita tidak boleh kata "siapa yang makan nangka dia kena getah." Ini kerana nangka sudah boleh dibeli dalam paket. Orang lain yang belah nangka itu. Orang lain yang kena getahnya. Asal kita ada duit, kita boleh makan nangka tanpa kena getah.

Walau bagaimanapun kalau terlalu banyak makan nangka perut akan jadi kembung, atau kepala jadi pening. Mungkin juga sendawa berbau nangka. Mungkin juga akan kentut bertalu-talu...

Akhirnya orang akan tahu juga siapa yang makan nangka itu.

Duit tidak akan dapat menyembunyikan si pemakan nangka.

Tak faham, tak boleh buat apa.

8 comments:

  1. Kita tunggu Huktamar Pas tak lama lagi di Johor. Di situ nanti ada jawabannya. Jika mesyuarat memutuskan Pas tinggalkan Pakatan, maka giliran Khalid dan kawan2nya pula akan disuruh bermbus dari Pas. Mudah sangat sifirnya; budak darjah satu pun hafal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke awak ni XUMNO...bunyi macam umno piang saja. Hakikatnya hanya Hj Hadi dan beberapa kerat pimpinan PAS saja yang tergila-gila mahu memeluk UMNGOK, sori UMNO. Majoriti AJK PAS Pusat dan ahli bawahan tak kebulur nak bersubahat dengan rejim penipu rakyat

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Aper kelas makan nangka... Puak-puak nih cuma makan "buah delima syurga" jer katanyer.... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ye tak ye jugak. Delima pun boleh tanam di Malaysia, kan?

      Delete
  3. Apa nangkanya...yang penting sekarang...PKR dan DAP setuju WAWI jadi MB Sel ganti TSKI. PAS dalam mesyuaratnya juga setuju WAWI dan menambah satu nama lagi Azmin dicalonkan sebagai MB Sel. Azmin telah menarik diri kerana bersetuju memberi laluan kepada WAWI. Beliau sendiri telah ucapkan terima kasih kepada PAS yang mencalonkan nama beliau. Jadi yang tinggal untuk jadi MB ialah WAWI.... yang menjadi masalahnya ialah yang tidak berpegang kepada keputusan mesyuarat...masih nak pakai keputusan sendiri di dalam PAS.... jadi sekarang ini jadilah PAS (Parti Aku Sorang)..bukan PAS for all..............

    ReplyDelete
  4. Mankind will never see an end of trouble...lover of wisdom come to hold political power, or the holders of power....become lovers of wisdom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Din Shah

      Words of wisdom ini kalau pemimpin ada pakai, tak jadile huru-hara kat dunia ini...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.