Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 24 September 2014

RIDUAN VS RIDZWAN - RUPANYA KEDAH BELUM AMAN (UPDATE)

Sebelum ini mungkin ramai yang tak kenal siapa Ustaz Ridzwan Abu Bakar. Tetapi selepas episod doa laknat dan mikrofon dirampas, nama Ustaz ini menjadi viral di media sosial. "Outburst" ustaz itu mengundang pelbagai respons, termasuk dari Dr Riduan Mohamad Nor. 

MIKROFON DIRAMPAS

Namun ternyata status pendek Dr Riduan menyinggung Ustaz Ridzwan dari Kuala Kedah:

STATUS YANG MENGUNDANG KONFLIK

Berikut kenyataan balas Ustaz Ridzwan terhadap status Dr Riduan Mohamad Nor tersebut. Yong siarkan buat penilaian yang tiada FB:

1 hr · Edited · 

KUALA KEDAH TETAP KUALA KEDAH.

Itulah yang ditulis oleh Dr Riduan Md Noor melalui FBnya pada 19 September yang lalu, saya yakin Kuala Kedah yang beliau maksudkan adalah PAS Kawasan Kuala Kedah, saya juga yakin beliau keluarkan ungkapan itu merujuk kepada teguran perwakilan Kuala Kedah dalam muktamar pada hari tersebut terhadap perbahasan gaya doa yang telah disampaikan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan, saya juga yakin ungkapan ini keluar kerana beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia telah ditegur oleh perwakilan pemuda Kuala Kedah kerana menerima usul tergempar yang membawa makna dan maksud yang sama dengan satu usul yang telah diterima tanpa bahas, seolah olah ada sesuatu yang amat perlu dizahirkan melalui usul tersebut. Ungkapan tersebut juga saya yakin lahir kerana pelbagai "kata tak sedap" yang telah dilemparkan kepada PAS Kuala Kedah.

Antara senarai panjang "pandangan serong" dan "tuduhan" kepada PAS Kuala Kedah adalah; bughah, suka melawan, tak wala, ada agenda sendiri, besar kepala, kumpulan syiah atau cenderung syiah dan yang paling besar pada waktu ini penyebab kepada kekalahan PAS dan Pakatan di Kedah, semua pandangan serong ini menyebabkan ramai membuat kesimpulan "biasalah Kuala Kedah!" apabila ada apa apa isu yang berkait dengan Kuala Kedah, hatta ada di kalangan pimpinan pusat tak sudi menerima jemputan berprogram kerana dianjurkan oleh PAS Kuala Kedah. Demikianlah penangan pandangan serong yang dibina terhadap PAS Kuala Kedah.

Ada juga tuduhan bahawa PAS Kuala Kedah sengaja membawa diri membina autonomi sendiri, kononnya Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah tak pernah hadir mesyuarat penerangan, sedangkan sememangnya ketua penerangan kawasan tidak pernah dijemput, satu ketika PAS Kedah mengeluarkan buletin, petugas yang menghantar buletin ke pejabat PAS Kuala Kedah telah bertanya kepada petugas "nak dak buletin ni?" dengan nada yang agak kasar, petugas menjawab "tak mau" tanpa diarah oleh sesiapa, beliau hanya menjawab pertanyaan orang yang menghantar, selepas itu dihebohkan bahawa "tu la Kuala Kedah, besaq kepala, depa ingat depa tu wilayah autonomi", pimpinan kawasan segera bertindak untuk membetulkan salah faham, PAS Kuala Kedah membeli buletin tersebut untuk setiap keluaran sehingga ia diberhentikan. Sewaktu pilihanraya kecil Sungai Limau, Kuala Kedah ditugaskan menjaga UPU Dulang Kecil dan Dulang Besar, setiap hari ada taklimat untuk jentera penerangan, jentera penerangan Kuala Kedah sesekali terpaksa "menguzurkan" diri kerana tugas lain, sekali lagi "puak kola ni memang keraih kepala" dihebohkan sampai ada yang berautoriti dalam penerangan mengatakan PAS Kuala Kedah tak pernah hadir pertemuan jentera penerangan, pada hal sepanjang PRK itu, penerangan Kuala Kedah sentiasa menghantar wakil samaada ketua penerangan, setiausaha penerangan atau ketua penerangan pemuda. Bahkan, ada pertemuan yang diaturkan oleh penerangan negeri yang hanya dihadiri oleh wakil beberapa kawasan yang salah satunya adalah Kuala Kedah, termasuklah perbincangan pra Konvensyen PAS Kedah pada 13 September yang lalu, apapun "Kuala Kedah tetap Kuala Kedah".

PAS Kuala Kedah secara keseluruhannya dituduh syiah hanya kerana ada syiah di kuala kedah, tanpa ada tuduhan yang sahih dan juga tanpa sebarang pengadilan. Tuduhan bahawa "Fulan bin Fulan" syiah sering kedengaran, tetapi selalunya TANPA bukti yang nyata, hanya kerana pernah ke Iran dicopnya beberapa orang pimpinan Kuala Kedah sebagai syiah.

PAS Kuala Kedah dituduh sebagai bughah kerana krisis yang pernah tercetus diantara YDP Kuala Kedah dengan bekas MB kedah satu ketika dahulu, ramai orang hanya bertanya dan berbicara tentang krisis tanpa melihat latarbelakang kenapakah krisis tersebut berlaku. Apapun dalam menghadapi krisis tersebut YDP Kuala Kedah telah bertindak dengan semangat syura yang tinggi.

PAS Kuala Kedah dituduh penyebab kekalahan PAS di Kedah, hakikatnya Kuala Kedah adalah antara kawasan di Kedah yang dimenangi sepenuhnya oleh PAS dan Pakatan selain Padang Serai, ini semua berlaku dengan bantuan Allah dan kesungguhan pimpinan dan amilin Kuala Kedah merancang, bergerak dan bekerja untuk kemenangan wadah Islam yang didukung oleh PAS.

Demikianlah, PAS Kuala Kedah disalahpandang oleh kebanyakan orang hatta AJK PAS Pusat macam Dr Riduan pun terkeliru dan tidak pernah bertanya tentang Kuala Kedah dari pimpinan Kuala Kedah.

Untuk Dr Riduan dan mereka yang salah anggap kepada PAS Kuala Kedah, silalah ke Kuala Kedah untuk menziarahi dan berprogram bersama PAS Kuala Kedah.

Ridzwan Abu Bakar
Ketua Penerangan Kuala Kedah
(Asal Kubang Pasu, bermukim di Pokok Sena).

Pada pandangan Yong, Dr Riduan dan Ustaz Ridzwan harus berdamai. Langkah ini harus dimulakan dengan Dr Riduan meminta maaf kepada Ustaz Ridzwan Abu Bakar dan PAS Kuala Kedah.

Permohonan maaf itu menggambarkan jiwa yang besar.

Konflik harus dirungkai dan selesaikan. Permusuhan ini jangan diteruskan.

PAS sepatutnya merapatkan jurang perbezaan pendapat dalam kepmpinannya, bukan semakin menjarakkannya. Status kurang matang dalam FB pemimpin-pemimpin PAS sewajarnya dielakkan bagi menangkis persepsi negatif orang ramai (khususnya pengundi non-partisan) terhadap PAS.

Ingat! Yang menangkan PAS bukan ahli PAS. Tetapi pengundi di luar PAS. Mungkin penyokong PKR. Mungkin penyokong DAP dan mungkin juga non-partisan (atas pagar). Menurut sumber di akar umbi, ramai ahli dan anak ahli tidak turun mengundi. Bilangan non-partisan yang "concerned citizens"  (warga prihatin) dikatakan lebih 50%.

Raikanlah diversiti dalam pemikiran.

Jika pemimpin PAS terus-menerus mengeluarkan kenyataan yang menyinggung, walau pendek macam manapun kenyataan itu, ia tetap menjadi api di dalam sekam. 

PRU14 semakin hampir. Jika perbezaan pendapat ini tidak ditangani dengan baik, PAS akan rugi. 

Kita yang jadi pengundi sudah bosan dengan teori-teori.

P.S.: Maaf. Ada sedikit kesilapan format pada posting terdahulu. Duplicated image telah dibuang.

6 comments:

  1. ahli pas kena ikut sunnah presideng. kalau tak ikut nanti dianggap tak wala'. kalau tuduh org tak perlu tunjuk bukti. kalau salah tak perlu minta maaf. masa pembukaan kata nak terus bersama pr. masa penutup cap org sbg barua.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin Pas mana ada nak mintak maaf..Ulamak@ustaz tak buat salah klu keluar kenyataan..termasuk tuduh edar pil kuda, barua, kena beli dan sebagainya..yg salah yg bawah2 je atau bukan "ulamak@ustaz"..wala..wala...

    ReplyDelete
  3. Hang sapa nak tegur orang atas. Begitulah perangai golongan ampu dalam PAS yang sama perangai dengan UMNO. Bila Dewan Ulamak PAS Kedah bagi pandangan masa masalah PAS Kedah Pemimpin atas tak mahu dengaq. Ketegaq macam isu di Selangor sampai dakwah kat bukan Islam pun dah terencat pasai depa dah tak percaya pada PAS pasai Pemimpin dok berbelit-belit masa isu MB Selangor.

    ReplyDelete
  4. Api-apikan lagi supaya setan-setan dialam maya bergumbira.

    ReplyDelete
  5. Supaya dilihat menarik tidak semestinya diperlukan penjenamaan semula,meremajakannya secara spontan mungkin percubaan menjadi pilihan tanpa dirancang.

    ReplyDelete
  6. Salam kak yong

    Habeh le kalau viral 'Mati Pucuk' ni menular ke grassroot ! Rotten to the core.. penyakit sama dalam UMNO?

    Apa tak samanya, Presiden UmNo panggil orang tak sebulu dgn dia sebagai "haramjadah", Presideng hat ni panggil 2 ADUN PAS tu "barua"...senang aje main tuduh orang & cakap sebarang ?

    Oh well slogan "PAS Ganti UmNo" tu memang "grand design" ... dah makin menepati sasaran .. patut le pun demer buat perangai sama ! hehe

    Kita & dalam PAS sendiri kena le ada tarbiah supaya ahli & penyokong paham kita ada kefahaman masing-masing...TAPI kena ada sikap berlapang dada, terima kritikan membina, terima pendapat orang lain & sistem pengurusan konflik tu sendiri ! Kalau tak, sampai bila-2 pun ramai will always be in grey area !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.