Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 24 September 2014

JANGAN JATUH LUBANG SAMA DUA KALI: ADA SIAPA PEDULI?

Entah sudah berapa kali Mursidul Am PAS mengingatkan:

"Jangan jatuh lubang sama dua kali."

Tetapi ada siapa dengar?
Ada siapa peduli?

Pangkat, jawatan dan harta dunia juga yang dikejar.

CURAH AIR KE DAUN KELADI?

Sungguh! Yong amat bangga kalau umat Islam di Malaysia menjadi kaya raya. Semakin ramai yang kaya semakin baik buat Islam. Takkan si albukhary sorang jer nak kaya kan?

Tak kisah nak jadi apa untuk mendapat kekayaan itu asalkan halal.

Konsultant - kewangan, motivasi, etc
Jualan - kereta, ubat, bahan kosmetik,
Kontrak - bangunan, angkut sampah, katering, pelancongan, etc
Perladangan - pelihara lembu, kambing, ayam, etc. etc.

Semua boleh dibuat.

Tetapi bersekongkol dengan BN, jangan! - Walaupun atas nama Melayu.

Baca ayat Tuan Guru Nik Aziz:

"Bangsa Melayu tiada makna jika tiada Islam."

Bukan seperti ini:

APA HUKUMNYA INI?

Ataupun begini:

AYAT YANG TIADA MAKNA

Jadi, wahai Melayu!
Tak kira di mana kamu duduk, PAS, PKR atau DAP; 
Duduklah baik-baik dalam Pakatan Rakyat.
Di sana Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya.
Diversiti pemikiran diraikan.

Masalah Melayu tidak boleh diselesaikan oleh UMNO atau dengan UMNO. Ini kerana UMNO meletakkan Islam selepas bangsa - sedangkan Islam itulah yang menyelamatkan bangsa; yang memberi makna kepada bangsa.

Tak tahulah pulak kalau pengundi Pengkalan Kubor satu pendirian dengan Nawawi Ahmad, MP Langkawi.

4 comments:

  1. A'kum Yong

    Saya baru balik dari Pengkalan Kubor. Apa saya nampak di sini mereka masih kenangkan arwah norzaidi. Agak susah bagi PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai MountDweller...

      Norzaidi tue YB yang bagoosh.... tabley nak pertikai....

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  2. Minta maaf Yong, bab ni saya terpaksa rujuk kepada Majlis Shura terlebih dulu. Sebabnya walaupun muktamar baru-baru ini memutuskan untuk PAS terus bersama Pakatan Rakyat, mungkin Majlis Syura berpendapat sebaliknya......mungkin kata MS lebih afdal bekerjasama dengan hamno ....... benda-benda macam ni dah pernah berlaku Yong...mungkin juga tanda-tanda kiamat tu....kecelaruan minda di kalangan ularmak.

    ReplyDelete
  3. Elokler kalah..drp menang...kalu menang nanti fullamak serban bertingkat tingkat...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.