SEORANG PEREMPUAN YANG SANGAT CEKAL |
Bila membaca kenyataan Wan Azizah ini perasaan Yong bercampur-campur. Ada rasa sedih, ada rasa lega. Tetapi yang lebih besar ialah rasa kagum.
Perempuan ini yang diaibkan "in public" sebagai tidak layak memikul tanggungjawab sebagai MB Selangor, telah menjawab serangan itu dengan begitu berhemah.
Tahniah Dato Seri Wan Azizah!
Amat jauh budi bahasanya respons Wan Azizah terhadap kritikannya berbanding dengan mamat ini:
CONTOH RESPONS YANG TIDAK BERHEMAH |
Berikut kenyataan media DS Wan Azizah:
KENYATAAN MEDIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.
Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.
Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.
Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.
Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Dr. Rosni Adam, pula terjun, membalas kritikan terhadap Haji Hadi dengan bidasan: Baca di sini).
Alahai Dr Rosni! Bagaimana kalau kamu sendiri pula yang kena kritik?
Alahai Dr Rosni! Bagaimana kalau kamu sendiri pula yang kena kritik?
Macamlah kita tak tahu. Apa keputusan Muktamar ke 59 dahulu?:
KALAH TERUK |
Dr Rosni sedang mencari platform yang lebih kukuh untuk Muktamar ke 61?
Dipersilakan.
Dah mula nak kata mengata...TGNA suruh simpan dulu dan bawak masa muktamar nanti
ReplyDeletemenantu kutuk org. mertua kutuk org. keluarga bahagia...
ReplyDeletesy pun nak doakan supaya hadi panjang umur utk lihat kerosakan yg dibawa olehnya.
Nama lagi,yong,yong perlu matang.
ReplyDelete