Pemimpin politik bukan kerja suka-suka untuk mendapat projek, jawatan atau bermewah-mewah. Kalau ada yang terfikir begitu, sah dia pemimpin yang dibayangi syaitan.
Betul. Pemimpin pun nak makan juga. Nak ada rumah. Nak ada kenderaan untuk ke sana sini. Nak sekolahkan anak. Nak jaga orang tua sendiri. Pendiknya pemimpin pun manusia biasa, tak kira apa kelulusan akademiknya. Baik ustaz, baik yang bukan ustaz.
Tetapi jangan sampai dilihat bermewah-mewah, sedangkan kami rakyat sedang mengikat perut akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi.
Kepemimpinan itu satu amanah.
Wan Azizah bersedia meneliti dirinya apabila mendapat teguran. Walaupun hanya dalam sepotong ayat, ia sudah cukup mengikat dirinya sebagai janji:
Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.
Walaupun ia bukan kontrak, tapi dari segi psikologinya ia tetap mengikat sebagai kontrak normatif antara Wan Azizah dan kumpulan yang diketuainya, dan kontrak sosial dengan masyarakat Malaysia.
Lepas ini kita nak melihat Presiden PAS mendengar maklumbalas orang keliling, bukan hanya orang tertentu sahaja.
Langkah pertama Wan Azizah telah dilakukannya apabila dia memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor.
Bagi Yong tindakan Wan Azizah ini bukan kemenangan buat PAS dalam perebutan siapa "layak" bertanding di Pengkalan Kubor. Tetapi kemenangan buat Wan Azizah yang tidak didorong oleh nafsu untuk berebut - "Kalau aku tak dapat engkau pun tak dapat."
Yong pernah tulis keperluan bertindak secara adil itu dalam N3 dulu. Yang miss N3 tersebut sila baca di sini.
Bagi yang sekali-sekala menjenguk blog Yong mungkin ingat Yong tak pernah mengkritik PKR. Takpa. Yong pun tak marah kalau ada yang menyangka begitu.
BACA DI SINI |
Bagaimana dengan ustaz-ustaz dalam PAS? Sudahkah meneliti diri? Atau melenting bila menerima teguran?
Salam. Setelah Langkah Kajang tersandung, barulah tahu merendah diri.
ReplyDeleteSalam Pak Long
DeleteAda pemimpin langsung tak tahu merendah diri, walaupun ternyata sudah khilaf.