Aman kerja di bandaraya. Dia jarang-jarang balik kampung. Maklumle, kerja di syarikat swasta gaji kecil, cuti pun tak banyak. Tetapi setiap kali ada pilihanraya dia balik kampung. Kali ini ada PRK di kawasannya. Aman tidak melepaskan peluang untuk balik kampung. Ibu bapanya amat gembira dengan kepulangan Aman.
Setelah bersalaman dengan orang tuannya, tak sempat naik ke rumah Aman bergegas pergi. Entah apa yang dikejarnya.
Tengah hari itu Aman pulang dengan gembira membawa sebuah kotak yang besar. Sampai dua orang mengangkut kotak itu yang diturunkan dari sebuah lori kecil.
“Apa tu man?” Tanya ibunya.
“Peti ais, mak.” Jawab Aman
“Buat apa peti ais?’ Tanya ibunya.
“Boleh simpan sayur, ikan dan lain-lain. Jadi, benda-benda tu boleh tahan lama sikit.” Jelas Aman.
Peti ais diletakkan di dapur.
“Mahal tu…banyak duit kamu.” Tegur ayahnya yang baru balik surau.
“Free abah, tadi demer bagi.”
“Baiknya hati demer yerk.” Kata ibunya pula, “Hmm…apa yang kamu terpinga-pinga pulak tu Man?”
“Mana plugnya mak?”
Ibunya kehairanan, “Amende plug?”
“Plug litrik.”
“Takkan kamu lupa. Sejak merdeka lagi rumah ni mana ada litrik Man.” Jelas bapanya…
Hokkaloh…
DeeDee Yong...
ReplyDeleteMemang Hokkaloh... Hahaha.... itu baru peti ais... belum microwave oven lagi bawak naik motor..... Hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteTV plasma, microwave oven, peti ais, semua ada. Jangan terkejut, motorsikal pun ada. Setakat rice-cooker, blender dan basikal sudah tak heran.
Salam.
ReplyDeleteNi 'sah' le cerita berlaku kat Liberia, Haiti, Somalia & mana saja negara miskin, takda hasil masyul le, selalu ada perang, tak aman jaya, janayah banyak sokmo gamaknya ni.. kan kan?
hehe
Takkan berlaku - takda api letrik, kemudahan awam - di Malaysia yg negaranya kaya raya dengan hasil khazanah sehingga pemimpinnya pun segak bergaya mewah & hari-2 raya sakan tu !
Rakyatnya pun selalu disarankan senyum sebab negara dikatakan dah merdeka.. juga bersyukur sebab negara takda perang, huru hara, aman damai & dapat BR1M lagi - walau pun kadar jenayah tinggi, politik haru-biru, demokrasi 3rd class, kemudahan lebih kepada memudahkan yg kaya jadi terlebih kaya di kalangan orang tertentu saja !
Salam Hanz
DeleteHanya negara kita yang ada BR1M yang tahan 1 tahun. Kerajaan tanggung kehidupan rakyat selama 3 bulan. Jadi, kisah di atas mungkin berlaku di negara dunia ketiga.
Nantikan episod seterusnya.
Teringat aku pada akhir tahun 60an dulu, setiap cuti sekolah arwah ayah saudara ku yang bertugas sebagai Field Assistan akan membawa aku ke Felda Cahaya Baru Kongkong, Masai. Di kala itu harga getah mencanak naik, macam roket DAP menuju ke lambang PAS. Ramai para peneroka yang berbelanja sakan, siap beli alat eletrik walau pun di kala itu pakai generator yang di catu waktu nya. Ramai tawkey kedai(cina lah siapa lagi) yang terpingga pingga bila ada yang membeli peti ais. Setelah di beri peneranggang(untuk membantut kan rencangan mereka) mereka tak peduli malah menjawab dengan begitu angkuh dan sombong, "Tawkey apa peduli, saya nak beli juga, kalau tak boleh guna dek kerana eletrik bercatu, saya boleh buat itu peti ais sebagai almari pakaian". Akhir nya tawkey yang menjual peralatan eletrik yang menjadi kaya raya. Kesian orang orang Felda, sifat bodoh sombong kamu berterusan sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan para pengundi sebangsa ku yang tidak pandai mengunakan their grey matters.
ReplyDelete