Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 1 October 2014

TINGGAL PAPAGOMO SAHAJA TIDAK MENGAKU DIRINYA PAPAGOMO...ALAHAI...

Papagomo yang tidak mengaku dirinya adalah Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris cuba mengemukakan bukti baru. Tapi mahkamah tidak terima lagi.

Papagomo tidak mengaku dirinya wujud dalam batang tubuh Wan Muhammad Azri Wan Deris. Letih orang tua bagi nama elok-elok dia tak mengaku.

PAPAGOMO BELUM PAPAKEDANA

Hakim berpendapat tidak syak lagi Papagomo ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris ialah Papagomo. 

Tapi dua identiti itu tak mengaku sama.

Sebenarnya, Wan Muhammad Azri tidak bohong 100% apabila tidak mengaku dia Papagomo. Blog Papagomo hanya sebuah drone yang dicipta untuk merosakkan reputasi Pakatan Rakyat. Blog itu adalah representasi dalang yang membiayainya.

Siapa dalang itu adalah pemegang kunci drone itu.

Dalang itu sudah tentu puak yang ingin menghapuskan Pakatan Rakyat. Ketua puak itu semestinya bukan Anwar Ibrahim atau Husam Musa.

Tetapi disebabkan dalang itu tidak dikenalpasti tubuh badannya, maka jadilah Wan Muhammad Azri kambing hitam. Begitulah nasib bila bersekongkol dengan orang jahat.

Walau bagaimanapun, orang jahat memang sukar insaf, walaupun sudah jadi kambing hitam. Papagomo masih hidup dalam facebook.

https://www.facebook.com/pages/Papa-Gomo/118745648220261?sk=info

Ketika melayari facebook ini orang yang waras otaknya akan tertanya-tanya: 

"Adakah admin facebook ini sakit mental?"

Tidak hairan jika dia juga menafikan menjadi admin facebook ini.

1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha..... Tersirat lagi tersurat... Hahahaha..... Berkemungkinan Dalangnya bukanlah seperti yang kiter semua sangka..... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.