Tahniah kepada semua warga akademik universiti awam di Malaysia.
Setelah bertungkus lumus pada sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini, ranking universiti meningkat:
SUMBER QS |
Tahniah juga kepada warga pentadbiran/pengurusan universiti kerana dengan sokongan mengkomer ranking universiti meningkat.
Dan ini ayat mengampu...Tidak lupa juga tahniah kepada TS Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia. Di harap kenaikan ranking universiti di Malaysia dapat "cover" malu besar kerana kebocoran soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ha ha ha...
Kepada kawan Yong yang baru-baru ini kena stroke dan terpaksa bercuti kerana stress bekerja tanpa rehat di universiti, relaxlah...
Di bawah kebijaksanaan dan kepimpinan barisan menteri Malaysia yang bijak geliga otak lagi tersohor tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan berjaya melahirkan saintis yang berwibawa dikalangan beruk ataupun orang utan yang mampu mengundi. Ketika itu baru Amerika, Jerman, Jepun serta negara-negara maju di dunia akan melantik Pemimpin Malaysia menjadi ketua planet bumi menentang darth vader. Ketika itu betapa bangganya aku nenjadi rakyat Malaysia, duduk sama tinggi dengan beruk, mengundi sebaris dengan orang hutan.
ReplyDeleteMayang zulaika,
DeleteHahahahahahaha....