Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 4 September 2014

WALAUPUN DILABEL, TAK PERLU KITA BALAS BALIK KERANA AIB ITU PELABEL AKAN BUKA SENDIRI

Sebagai pemimpin kita seharusnya menghormati pandangan orang lain. Kita meraikan diversiti dalam pemikiran. Kita kata:

PAS FOR ALL.

Tagline itu bagai ungkapan keramat yang membuka ruang kepada orang ramai untuk turut serta dalam PAS. Orang ramai ini bermaksud, orang Melayu, Cina, India dan penduduk berbilang kaum di Sabah dan Sarawak.

Bila sudah ramai, pandangan pun berbeza-beza. Ada pro. Ada kontra.

Setiap pandangan dipengaruhi oleh latar belakang pihak yang memberi pandangan. Ada berpendidikan Islam. Ada professional - doktor, peguam, juritera, etc. Ada juga dari kalangan bukan Islam.

Kita raikan semuanya.

Itu yang kita fahami dengan tagline: PAS FOR ALL.

Tapi kenapa timbul kegiatan label-melabel ini? Contohnya:

PELOPOR ISTILAH MUNAFIQ HARAKI

Ekoran daripada label tersebut terus wujud rangkaian tuduhan yang bertali-arus (melalui media sosial) kepada pihak yang memiliki pandangan berbeza. Contohnya seperti berikut:

FITNAH APA INI?

Tuduhan "menghasut" dan "mengawal" TGNA yang dikatakan bertujuan menjatuhkan kepimpinan ulama adalah satu tuduhan yang amat berat. Sehingga kini pihak yang menuduh tidak menunjukkan bukti. Maka jadilah ia fitnah.

Selepas membuat tuduhan "Munafiq Haraki" Khairuddin Aman Razali menghalakan senapangnya kearah 2 ADUN Selangor yang enggan menyokong Khalid Ibrahim:

TULISAN YANG MENDAPAT PENGHORMATAN ISMA

Tulisan itu turut disebarkan oleh media milik ISMA seolah-olah turut meraikannya.

Peguam Zulhazmi Shariff telah menjawab tuduhan Khairuddin Aman Razali. Kalau belum baca sila baca di Blog Gendang Perang di sini atau ke Facebook Zulhazmi di sini.

Label-label lain yang turut dipromosi termasuk Erdogan, Arwarinas, Mr Arrogent, Anwariyun dan Aids Haraki.

Ada di kalangan yang dilabel itu nakal juga. Lalu turut membalas label seperti "Ustaz UG", "Najibrinas" dan Umnorinas...

Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan PAS, yakni Mursidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 2009, menyatakan PAS tidak akan berUG dengan UMNO.



Kalau ada yang teringin berpadu dengan UG itu dia sebenarnya syok sendiri.

Oleh itu, tak perlu kita membalas balik label yang dia hamburkan itu. Ini kerana, jika kita bukan "Munafiq Haraki" seperti label yang disebut oleh pelabel, Allah akan membalas di atas kelancangan mulutnya.

PAS TETAP FOR ALL

7 comments:

  1. isma pun dah sokong... terbaik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...isma, bunyi macam nasional-isma, kapital-isma, dan segala isma di dunia, kan?

      Delete
  2. macam org tak cerdik..sudah-sudahlah.

    ReplyDelete
  3. jangan dok pelahap dengan umno gak,kalu ada macam tu ngundi nanti buang anasir perosak Pas ini.Lama dah penyokong bawahan pas dikhianati oleh umno.

    ReplyDelete
  4. tahniah kerana menubuhkan PasMa. sesungguhnya ianya jalan yg terbaik untuk golongan bijaksana dan cerdik pandai.harap sangat ia benar2 ditubuhkan. pesuruhjaya pas melaka tak payah sedih lagi .ajak je anak buah join pasma. pas terus dibawah kepimpinan ulama.itu kehendak akar umbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semua

      Yong tak jelas bab PasMa ni. Setahu Yong ia bukan parti politik.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.