Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 12 October 2014

OCTOBERFEST ATAU OCTOBERPEST? (PESTA ATAU PEROSAK?)

Kali ini Yong sokong ISMA kerana membangkit isu ini. Kalau ISMA diam saja tentu kita tidak kisah tentang pesta arak yang berlaku saban tahun di negara Islam Malaysia.

Ini bukan bermakna Yong tidak menghormati hak bukan Islam untuk minum arak.

Yong cuma nak tanya, soalan khusus buat Tony Pua:

Lepas minum arak, berapa ramai di antara kamu balik ke rumah memandu kereta?

TUNGGU ADIK BERADIK MATI ASIDEN AKIBAT DRUNK-DRIVING?

Tony Pua suka statistik. Dia kata tiada kesan negatif kepada masyarakat Malaysia di mana-mana tempat. Tolong beri statistiknya.

Berikut keratan statistik yang dikeluarkan oleh Mothers Against Drunk Driving® (MADD), US:

 SUMBER

Arak bukan minuman, walaupun kaedah pengambilannya secara diminum. 

Apakah yang berlaku jika minum arak?

Badan akan dehydrates. Ini kerana semua alkohol adalah racun kepada badan, oleh itu ia mesti melalui hati, menyebabkan seluruh badan hanya berupaya "melihat" sebahagian alkohol yang diminum. Ini menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia. Akibatnya ia mengganggu sistem kimia semulajadi di dalam badan. Alkohol menghalang air memasukki pundi kencing dan menyebabkan si peminum membuang air kecil.

Keadaan ini menyebabkan dehidrasi.

Pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat tak payahlah nak jadi jaguh kepada syarikat arak kapitalis itu.

Buat peghabih boreh jo. 

Kalau mengkomer nak minum arak atau mabuk, itu mengkomer punya hal. Buat sendiri senyap-senyap.

Duit kami bagi elaun kat mengkomer bukan untuk menjadi promoter syarikat arak.

Mohon PDRM keluarkan statistik kes "drink-driving" (memandu di bawah pengaruh alkohol @ mabuk) di Malaysia.

P.S.: Gambar YB DAP dan PKR mempromoti syarikat arak Yong tak letak di sini sebab tak mahu terlibat sama mempromosi.

7 comments:

  1. Arak untuk bukan Muslim. So apa masalahnya? Awak ada masalah ke bila arak dibenarkan untuk bukan muslim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohd shahran

      Awak dah baca dan faham N3 Yong atau belum?

      Kalau belum faham, kena fahami dulu baru komen.

      Yong lihat arak dari segi kesihatan dan kesan sampingannya. Kesan ini tidak melihat pegangan agama seseorang.

      Ada faham?

      Delete
    2. Now bantah sekali melaka. Melaka meluluskan pesta minum arak. Nak cerita tentang kesan minum arak??? jangan bantah hnaya di selangor. Beritahu KM melaka...

      Delete
    3. mohd shahran, lima (5) kali saya ulang baca tulisan admin dlm posting dan juga jawapan balasnya. Tiada satu pun admin menulis perkataan Selangor, yg ada hanyalah Malaysia. Tentu sekali Melaka termasuk dlm isu bantahan itu serta negeri-negeri lain juga. So, apa masalah yg anda hendak ditimbulkan itu?

      Delete
  2. Semasa dibawah pengaruh alkohol akal tidak berfungsi secara normal. Bukan shj boleh menyebabkan kemalangan jika memandu, malah banyak perlakuan jenayah lain juga boleh berlaku. Kenapa air ketum tidak dilesenkan tetapi minuman beralkohol diberi lesen?

    ReplyDelete
  3. mohd shahran, hang memang mangkok, Tak faham BM.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Ye memang le takde ape masalah kalu tak jadi ape ape kat orang kite - Muslim ! Yang tak minum, pegi tempat cenggitu, ape masalahnya kan.. nonstarter, not an issue at all!

    Sebabnya "we care to each other" .. kite nak jage kepentingan & hukum Islam kita kena jugak ambik pot supaya orang kite yang suka minum arak tu sedar diri dah silap selama hari ni, insaf & bertaubat kepada Allah.

    Kalu kite bior lantak aje ape deme nak buat, there's a disaster in the making !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.