Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 29 October 2014

TIGA POSTINGS MENGENAI SUHAIZAN KAYAT YANG BUAT TERBELALAK MINDA

Terbelalak minda adalah terjemahan dari pepatah Inggeris "Boggle the mind."

"Boggle the mind" pula bermaksud situasi yang memeranjatkan, menghairankan, pelik...luar biasa.

Cuba baca posting ini:

DUA FITNAH DALAM SATU

Terdapat dua fitnah dibuat serentak oleh El-Haraki. Dalam fitnah pertama El-Haraki mendakwa Suhaizan telah  membayar RM1990 untuk mendapat posting perhatian tertinggi.

Tuduhan ini dinafikan oleh DPP Malaysia, seperti berikut:

MANA ADA BAYARAN?

DPP menafikan ada capaian melalui bayaran. Posting El-Haraki adalah fitnah. 

Tetapi apakah fitnah kedua?

El-Haraki mendakwa Suhaizan Kayat tidak bersolidariti dengan Presiden. Dakwaan itu juga  ternyata fitnah, kerana Suhaizan telah bersama-sama Salahuddin Ayub di Terengganu pada 28 Oktober 2014.

Selepas itu kemana Suhaizan?

Dia bersama-sama siswa yang ditangkap kerana mempertahankan Kg Chubadak.

 TAKKAN DATO' TARMIZI SAJA SUKA-SUKA BUAT POSTING INI?

Nampaknya Suhaizan, Ketua Pemuda PAS, berada di mana-mana dia patut berada.

********************

Tetapi kenapa dan apa yang boleh menyebabkan kita terbelalak minda?

El-Haraki menunjukkan penampilan seperti ditadbir oleh manusia yang beriman:

PROFIL EL-HARAKI

Dengan wajah itu, El-Haraki menampilkan diri sebagai penyokong Majlis Syura Ulama (id est, menentang PASMA).

Benar. Islam membenarkan diversity of thought. Islam menggalakkan percambahan idea melalui dialogue. Kritik hendaklah untuk membina, bukan untuk membenci atau menghina.

Menentang atau menyokong PASMA itu hak masing-masing. Tetapi Islam tidak menghalalkan fitnah. 

Fitnah itulah yang menjadi makanan El-Haraki. 

Apakah pemimpin PAS yang mengenali admin El-Haraki menghalalkan fitnah sebegini?

Itulah yang boleh buat orang biasa yang ingin berjuang bersama PAS boleh terbelalak minda.

Sedih jika budaya "fitnah jika benci" berterusan...

8 comments:

  1. 'mind boggling' bermaksud 'tak masuk akal'.

    “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    hadi dah bertaubat ke? kat mahkamah masih tak ngaku...

    bg mereka yg solidariti dgn pemfitnah bermakna kamu sokong fitnah yg dia buat. sama ler cam umat yg solat hajat mohon Allah swt kekalkan kuasa org yg suka tinggal solat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr XYZ

      Ituler pasal...One lie leads to another...

      Delete
  2. Mind boggling array of syles that have gone through innumerable makeovers throughout the years.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Din Shah

      Not surprise if they are the UMNO goons!

      Delete
  3. senang cerita mudah kerja: Haji Hadi minta maaf........Takkan tok guru tak pernah buat salah. kita kan manusia bukan malaikat. Hina sangatkah kamu kalau kamu mohon maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam muhid

      Setuju. Settle luar mahkamah. Buat apa pertahan ego yang merosak diri sendiri.

      Delete
  4. Jangan-jangan El Haraki ni jelmaan Papagomoi dak.....setan tanduk bercabang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Yang menjadi terbelalak minda ialah ada pemimpin PAS percaya posting El Haraki...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.