Sejak Azmin jadi YB ni, Yong belum dengar lagi kenyataan mantap dari Exco PAS. Entah bila demer nak bersuara Yong masih menunggu. Maksud Yong bersuara secara analitik dan kritis.
Tup-tup Saari Sungip yang bukan exco pula berbunyi.
Katanya, "Kita tak mahu Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam tempoh 2 bulan sahaja sudah jadi jadi Kerajaan Azmin Ali."
Tak ramai yang kisah apa Saari Sungip cakap. Mungkin ada yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Tetapi cuba kita lihat dari skop yang lebih luas.
Watch what is beyond the trees.
Nampak apa?
Seladang, harimau, gajah, bukit, sungai, laut, padang pasir? Atau...pokok cempedak?
Macam pantun lama:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Mana yang salah tolong tunjukkan.
Siapa budak itu? Kerajaan PR ibarat budak...Walaupun usia pemimpin sudah err...lama, tetapi mengurus sebuah negeri masih baru. Jadi, pemimpin masih wajar diberi teguran.
Jangan ingat kita pernah jadi CEO, maka kita hebat. Jangan ingat sebab kita ustaz, maka kita hebat. Jangan ingat sebab kita pernah masuk jel, maka kita hebat.
Apa yang disebut oleh Saari Sungip sebenarnya applicable kepada Pulau Pinang dan Kelantan. Kedah sudah jadi sejarah.
Maknanya simple saja:
Kerajaan Pulau Pinang bukan Kerajaan individu bernama Lim Guan Eng. Kerajaan Kelantan bukan Kerajaan Ahmad Yaakob. Keduanya Kerajaan yang didukung oleh Pakatan Rakyat.
Jangan dok perasan mengkomer hebat.
Ingat! Yang memenangkan mengkomer bukan ahli parti mengkomer saja.
Maka kerana sokongan berbilang kaum inilah wujud Kerajaan Pakatan Rakyat.
Jangan ada lagi kerajaan individu bebas dengan sokongan ADUN2 UMNO/BN jika kita mahu bersama dalam Pakatan Rakyat.
Jangan ada lagi yang masih menangisi tamatnya kerajaan individu bebas dengan sokongan 4 ADUN PAS dan ADUN2 UMNO/BN jika kita mahu bersama dalam Pakatan Rakyat.
UMNO nak jadi Red Indian atau nazak nak mati bukan urusan kita.
DeeDee Yong....
ReplyDeleteMana plak.... Diorang ader kuasa VETO la.... Hahaha... pasai tue semua keputusan nampak macam sendiri-sendiri jer.... Hahaha....
Last-last terbongkang.... PRU14 nanti gua kasi lagi Voter Sentiment Ratio (VSR) ....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
ReplyDeletePresiden Amerika yang menindas Red Indian tu kat negaranya takde kuasa Veto absolute (Ada, tapi boleh dicabar oleh Congress).
Kat Malaysia mengada2 pulak.