Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 4 December 2014

DI MANA HARAKAHDAILY "SIMPAN" BERITA LAPORAN AUDIT TENTANG PAMPASAN 2.6 JUTA YANG TIDAK IKUT PROSEDUR ITU?

Semasa Penggulungan Perhimpunan UMNO baru-baru ini Najib menyindir Anwar Ibrahim (walaupun tidak menyebut nama) kerana katanya telah memecat Khalid Ibrahim yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

Walau bagaimanapun, apabila laporan audit mengenai pampasam 2.6 juta itu kepada 8 pembantu Khalid Ibrahim itu keluar, portal berita BN terus menyiarkan berita tersebut. 

Laporan audit: Pampasan RM2.6j tak ikut prosedur, terlebih bayar

3 DIS: Laporan Audit berhubung pembayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapati dua daripada mereka menerima lebihan pembayaran daripada jumlah sepatutnya.

Dua pegawai bekas Menteri Besar itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik menteri besar, Mustapha Mohd Talib.

Laporan 11 halaman yang dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menyebut, semakan mendapati, Faekah sepatutnya menerima jumlah pampasan bagi perkhidmatan selama 12 bulan 23 hari dan bukan 51 bulan.

Bagi Mustapha, beliau pula perlu menerima wang pampasan bagi jumlah perkhidmatan selama 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

Pembayaran pampasan yang mencetuskan kontroversi itu juga dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

Laporan berkenaan berdasarkan penilaian lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar.

“Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut,” kata laporan yang diedarkan hari ini.

Mengikut laporan itu, kelulusan bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh lapan pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.

“Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan,” kata laporan itu.

Sementara itu, laporan juga mengatakan semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.

“Ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014,” kata laporan itu.

Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Bagaimanapun, pembayaran itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.

“Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September 2013.

“Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan,” kata laporan itu.

Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.

Manakala Mustapha pula juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

Kesemua pembayaran dibuat menerusi Surat Arahan Pembayaran kepada Affin Bank Berhad pada 22 September 2014.

Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lalu.

Bagaimanapun, perkara itu mencetuskan kontroversi kerana jumlahnya dianggap tidak munasabah.

Khalid sebelum ini mempertahankan pembayaran itu yang didakwanya dibuat secara telus.


Yong cari juga...

Di halaman manakah berita itu dilaporkan oleh portal  Harakahdaily edisi (percuma) online?

HALAMAN HARAKAHDAILY.NET

Di sinipun tiada:

BERITA SEMASA PAS

Yong masih teringat betapa bersungguh-sungguhnya sokongan kepimpinan terhadap Khalid Ibrahim yang katanya amanah itu:

 PRESIDEN PAS PERTAHANKAN KHALID IBRAHIM

Begitu juga UMNO Selangor.

UMNO PERTAHAN KHALID IBRAHIM

Portal berita BN tidak pula menyembunyikan hasil laporan tersebut demi menyelamatkan air muka pemimpin UMNO yang bukan main kuat menyokong Khalid Ibrahim.

Lain pula gayanya Harakahdaily.net.

Adakah Berita itu tidak penting atau memalukan beberapa pemimpin dalam PAS?

Mungkin Yong terlepas pandang. Jadi, Yong mohon sesiapa yang berjumpa berita tersebut tersiar dalam portal Harakahdaily sila hantar URLnya kepada Yong. 

3 comments:

  1. A'kum Yong

    Kan dah jadi 2 x 5 = 11 macam akhbar macau juga?

    ReplyDelete
  2. hadi membuatkan rakyat tidak percaya pada pas... tak kan seteruk ini perangai pimpinan pas? patutlah terengganu dan kedah terlepas. tak kan tak malu dekat org susah dan miskin sokong pas

    ReplyDelete
  3. Sudah terang lagi bersuluh sudah siang masih berkeruh cukup-cukuplah.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.