Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 17 December 2014

ORANG MELAYU SUKA TENGOK VIDEO PORNO?

Memalukan!

SUMBER

Berita sepenuhnya:

Masa layari pornografi tertinggi di Kuala Terengganu, lapor portal

Published: 16 December 2014 

The Star melaporkan Kuala Terengganu dan Kelantan mencatatkan jumlah klik tertinggi pada laman pornografi setiap minit.

Menurut laporan The Star hari ini, memetik statistik daripada syarikat video dewasa online 'Pornhub', pengguna di bandar itu meluangkan purata 12 minit dan 58 saat menonton atau mencari bahan pornografi visual.

Manakala pengguna di Kuala Lumpur merupakan kedua tertinggi pada 12 minit 29 saat, diikuti Kota Baru dan Miri masing-masing 12 minit 27 saat.

Purata masa yang dihabiskan melayari pornografi di empat bandar ini lebih tinggi daripada purata masa bagi Malaysia sendiri iaitu 12 minit 5 saat, lapor akhbar itu.

Filipina mendahului senarai syarikat itu sebagai salah satu negara dengan pengguna Pornhub paling tinggi atau paling lama di dunia.

Negara Asean lain ialah Myanmar (10:54 minit), Indonesia (10:11), Singapura (9:50), Brunei (9:45), Laos (8:28), Vietnam (8:24), Thailand (8:15) dan Kemboja ( 8:07).

Naib presiden Pornhub Corey Price bagaimanapun memberitahu The Star, beberapa negara mungkin mencatatkan masa yang lebih lama setiap kali pergi ke laman web itu kerana pengguna mengambil masa yang panjang mencari jenis video yang dikehendaki.

Katanya, ini tidak menghairankan, memandangkan "laman kami menawarkan banyak kepelbagaian."

Price berkata, ada juga kemungkinan masa yang panjang dihabiskan sesetengah pengguna yang menonton sesuatu video dalam tempoh masa yang lama.

“Bagaimanapun, bagi membuktikan perkara ini, anda perlu semak dan bandingkan angka itu dengan jumlah paparan halaman setiap kali melayari laman itu," katanya.

Angka bagi Malaysia ialah sebahagian daripada laporan global Pornhub yang direkodkan baru-baru ini. 

Di mana silap pak lebai-pak lebai yang ramai di Malaysia?

Sibuk mencari duit atau berdakwah?

Ya...Macam-macam kaedah.

Ada yang buat pakej melancung dengan cruise mahal:

SIAPA YANG MAMPU?

Ada yang minta duit untuk majlis yang dulu free:

PERNIAGAAN AGAMA?

Ada yang bawa duit zakat untuk diagihkan kepada warga asing:

TIADA RAKYAT MISKIN DI NEGERI SENDIRI?

Ada yang sibuk besarkan rumah:

RUMAH SIAPA NI?

Banyak lagi....

Apa kaitannya orang miskin dengan menonton video porno ni?

Kita tidak tahu yang menonton video itu miskin atau kaya. Tapi kita tahu Kelantan dan Terengganu itu penuh dengan orang Melayu - Islam.

Kajian di luar negara mendapati menonton video lucah boleh mengecutkan otak manusia (Baca di sini).

Maknanya, kalau dia cerdik, dia akan jadi bodoh. Kalau dia bodoh, dia akan semakin bodoh.

Kesimpulannya mereka orang bodoh. Kalau cerdik, takkan buang masa menonton video lucah atau merekacipta cerita lucah?

Patutlah negara kita dalam keadaan begini. Mereka yang memegang kuasa sibuk dengan video lucah dan gambar lucah orang lain yang dianggap antagonist dan nemesis.


2 comments:

  1. Keresahan menjalani kehidupan kian meningkat dan peluang melepaskan diri dari itu amat besar sehingga boleh dicapai dihujung jari sehingga malapetaka menjemput,amalan murni menjadi asing sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
  2. Salam kak yong !

    Mungkin, arguably, there's no such disease so-called "pornography epidemic" TAPI tetap ia sakit penyakit mental .. they're simply sick @ completely sickos ! Really, semua tu 1 taktik melemahkan pemikiran & iman orang kita !

    No "positive" or meaningful sex education by watching it over & over again !! It's more leading to sexual violence dalam masyarakat kita, be he is sorang ustaz, or ustazah, ulamak, budak apatah lagi, sapa pun akan kantoi, terjelepuk di pintu 'syurga' kalau main ikut nafsu dalam lifestyle dia !

    Ye betui, apa benda sedap, nikmat selalunya orang akan kalah tapi tak kena tempat, kalau dah "ikut nafsu, lesu" ler (iman) ! Ustaz pun ada yg tak rawak bab "pompuan, nafsu nafsi" ni... dia mungkin warak habuan dunia lain seperti hadiah@rasuah duit, tapi kalah @gagal kawal nafsu bab seks ni ! Jadi kita semua dalam bahaya.. are exposed !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.