Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 20 December 2014

DEMI HUDUD, PR ATAU BN YANG AKAN PECAH? ORANG MUDA WAJIB BACA.

Yong dapati pandangan ini amat menarik. Ia lahir dari seorang yang melihat ke depan.

TAHNIAH KERANA BERANI BERSUARA!

6 hrs · 

BN kemungkinan besar akan pecah jika Umno bersetuju dan menyokong deraf hudud di parlimen..

Saya andaikan begini: Jika Pas Kelantan bertegas dgn private bill tersebut, Pas Pusat harus membuat keputusan utk keluar dari PR.

Pas harus engage dgn umno supaya private bill berjaya diluluskan.

Umno sebahagian dr BN. Umno tidak boleh buat keputusan bersendirian. Jika Umno bertegas maka parti bukan melayu dan bumiputera bukan Islam akan menentang dan mungkin akan keluar dari BN.

Parti2 berasas kaum ini dan parti bumiputera di Sarawak dan Sabah akan lebih mudah berjuang dgn bergabung dgn Pkr dan Dap.

Umno yakinkah utk bersendirian dgn hanya dibantu oleh Pas, itupun golongan ortodok dlm Pas. Pas yg engage dgn Umno belum tentu direstui secara majoriti. Pas kemungkinan juga akan berpecah dan serpihan ini akan engage dgn pkr dan dap dlm flatform baru.

Dgn bantuan Pas yg telah berpecah itu bolehkah Umno dan Pas menang dgn hanya atas undi org Melayu? 

Umno jika kalah dlm Pru14, rasanya akan kalah selamanya. Sebab: ideologi lapuk, tiada pimpinan berintegriti, dan tiada aset. Aset umno dipegang oleh individu2 tertentu, contohnya Daim. Individu ini akan sibuk dgn kes mahkamah yg brrjela. Umno yg selama ini digerakkan oleh wang, akan shock dan kaku.

Adakah strategis Umno tak sedari senario ini? Sebab itu Umno meminta Pas yg bentang private bill tersebut.

So, apa jadi pada Pas? Saya hanya lontarkan senario.

Jadi, kita boleh bertanya kenapa Pas masih bersama sekiranya mereka bertegas utk cuba menjayakan private bill tersebut? Kenapa pula Umno tidak bentang sendiri private bill itu? Sepatutnya umno yg kena bawa ke parlimen jika mereka benar2 ingin laksanakn Hudud di Malaysia? Kita juga boleh bertanya kenapa Persekutuan tidak deraf undang2 hudud. Apabila Pas yg deraf maka tidak mewakili Persekutuan. Jadi, mereka boleh menolak atas alasan deraf berunsur politik -- Undang2 Hudud Pas!

Wallahualam.

Yong hanya menunggu event yang bersejarah itu.

Apa pandangan Tan Sri/Dato'Seri/Datuk/Tuan dan Puan?

3 comments:

  1. Apa pun, PAS yang rugi. Sebab tanggungjawab untuk mengkanunkan undang-undang adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Jika buat private bill, ia suatu perangkap. Dah tahu perangkap, masih nak terjun ke? Fikirkanlah wahai PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak yong & semua !

      me 2nd that. This's all a plot.. mind game oleh Um=No saja ! PAS saja ngo** ikut rentak nak hudud & caya bulat-bulat pulak tu si Um=No akan back that plan up. PAS will lose more than Um=No pasal Um=No prominent hal "cilok-cilok", menipu atau tarik "hand brake at 200 mph"' atau the least they can always 'air-turn back' ni. Tara lah PAS terkontang kanting sesorang dia !

      Tu pasal teman strongly feel kita teruskan konsep "kebajikan" tu secara total ! Tunjuk yang orang kita (Islam) really care, ada integriti & ilmu tinggi, cekap buat kerja.. ada akhlak... in all conscience ! We must build up slowly but surely !

      Hudud kita buat when it is time we cross the bridge !

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.