Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 13 January 2015

APA ADA DI SEBALIK RM800 JUTA?

Berita ini tentu menyampah bagi gerombolan yang dengki dengan Husam Musa, tapi baik untuk rakyat Kelantan.

Mahkamah Persekutuan tolak saman RM800 juta syarikat balak terhadap Kelantan

Published: 13 January 2015 

Bekas Exco Kelantan Datuk Husam Musa dahulunya dilantik kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman saman daripada syarikat pembakalan itu selepas kalah di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.Ketika Kelantan bersedih selepas dilanda banjir terbesar dalam sejarahnya, kerajaan negeri pimpinan PAS itu mendapat berita gembira apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan sebuah syarikat pembalakan Timber Mine untuk menyaman mereka sebanyak RM800 juta.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam kes tersebut.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Persekutuan hari ini dan dimaklumkan oleh Peguam Datuk Sulaiman Abdullah kepada bekas Exco Kelantan Datuk Husam Musa.

"Dalam perjalanan, Peguam Datuk Sulaiman Abdullah tidak semena-mena menelefon saya. Berita gembira katanya," tulis Husam pagi ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, dengan keputusan ini, kerajaan Kelantan dapat menjimatkan wang negeri sebanyak RM800 juta.

"Kerajaan Kelantan terlepas bahana itu," kata Husam yang sebelum ini dilantik kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman saman daripada syarikat pembalakan itu selepas kalah di Mahkamah Tinggi.

Berkat doa dan buah fikiran orang itu dan ini, kes yang dulunya agak sukar untuk dimenangi, kini sampai ke penghujungnya, tulis Husam yang kini sibuk membantu rakyat Kelantan selepas banjir besar baru-baru ini.

Mahkamah Tinggi Kota Baru pada Rabu, 30 Disember 2009 mengarahkan kerajaan negeri Kelantan membayar Timber Mine sebanyak RM800 juta selepas syarikat pembalakan itu menyaman kerajaan negeri ekoran satu krisis pembalakan di negeri itu.

Berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Baru itu, Kelantan diarah membayar RM800 juta kepada Timber Mine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30% pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah 8% sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Menurut Husam sebelum ini, kes saman tersebut merupakan masalah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan dahulu.

"Kerana orang lain buang sampah, kita kena sapu. Inilah penyakit bila kita beri tugas jaga negeri kepada orang yang tidak pandai," katanya sebelum ini.

Ekoran itu, jawatankuasa yang dipengerusikan Husam menguruskan satu rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 23 Julai 2012, Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta itu.

Hari ini, dalam tulisannya Husam berkata, "Saya memberitahu Datuk Sulaiman, selaku bekas pengerusi, saya akan adakan majlis kesyukuran ringkas meraikan anda yang terlibat. Datuk Sulaiman waktu itu agak uzur, tetapi tetap bersama dengan mengatakan ‘saya akan tolong Kelantan fisabilillah.’"

"Syukur, Kelantan terbabas daripada membayar tuntutan Timber Mine yang diwakili oleh Datuk Syafie Abdullah," tulis Husam yang juga naib presiden PAS. – 13 Januari, 2014.

Sumber: The Malaysian Insider


********************

Betul. Kejayaan itu bukan kejayaan Husam Musa seorang. Dia pun tidak mendabik dada meraikan kemenangan tersebut. Ini adalah kejayaan satu pasukan yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Husam pengerusinya - Pemimpinnya.

Maka terbanglah durian runtuh RM800 juta yang diangan-angankan.

Kebetulan nilai RM800 juta ini sama dengan amaun yang disebut Ahmad Maslan sebagai bantuan banjir di Kelantan. 

Kebetulan??

KEBETULAN? 

APA PULA YANG ALLAH NAK BAGI TAHU MENTERI BESAR DAN TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN?

Husam Musa ditendang dari Exco. Usahanya membantu mangsa banjir dicemuh. Harapan ditaruh pada UMNO...

PERCAYA UMNO AKAN MEMBANTU KELANTAN

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan, 
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

*Posting seterusnya Yong akan paparkan siapa yang tak sudah-sudah mencemuh Husam.

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Seloka rare tue.... Hahaha... Thorbaek la....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Lihat betul gambar kanan kanak yang di pegang oleh insan yang kerap memohong orang orang kampond dan para peneroka FELDA. Bukan kah kelihatan sedang menanggis kerana di pegang oleh si pembohong yang berasal dari Pontian tu. Hoi malaun mengapa tidak di bena hospital baru di Pontian?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.