Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 24 January 2015

PRESIDEN PAS NAK JUMPA SIAPA DI PASIR SALAK?

Kabar angin bertiup kencang Haji Hadi, Presiden PAS akan berkunjung ke Pasir Salak. Kabarnya Haji Hadi akan melawat mangsa-mangsa banjir. 

Tapi mangsa-mangsa banjir tu semua dah balik ke rumah:

MENGAPA HARUS BERAHSIA?

Bila Yong tanya beberapa muslimat yang aktif di Pasir Salak, apa program sebenarnya, ada yang tak tahu sebab tidak dijemput mesyuaratpun.

Ah...Sudah.

Pasir Salak pun buat politik "cah-keting" kah?

Sebenarnya Haji Hadi datang ke Pasir Salak nak jumpa mangsa banjir atau pemimpin Pasir Salak yang nak jumpa Haji Hadi untuk dapat tempias sokongan?

Teringat Yong masa pemilihan Timbalan Presiden dalam Muktamar ke 59 dulu. Di Pasir Salak juga heboh cerita Mat Sabu Syiah. Mujur ramai ahli PAS tak percaya. Mat Sabu tetap demer cari sebab nak dapat ramai crowd.

Oi Yob dan Yong Pasir Salak! Mengkomer tolong sedor sikit!

Jangan bila nak cari duit mengkomer panggil semua orang untuk mesyuarat. Tapi bila nak guna (belanja) duit, mengkomer panggil hanya beberapa kerat orang untuk mesyuarat.

Jangan sampai orang ejek kita "Bior paper asei bergayer."

1 comment:

  1. Semasa dan pasca banjir di Terengganu yg baru lepas, tiada pula berita dia pergi menziarah mangsa banjir. Pelik???

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.