Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 10 February 2015

DR HATTA, SEMAKIN DICEMUH SEMAKIN TERKENAL

DR HATTA RAMLI - GAMBAR HIASAN

Kita dengar mesyuarat MIC kecoh. Kita dengar juga proses pemilihan PKR kecoh. Lepas itu kita dengar Muktamar PAS di Johor kecoh.

Baru-baru ini AJK PAS bermesyuarat, tetapi di luar pejabat kecoh.

Maka seorang yang tidak berapa penting dalam PAS pun bersuara:

Kenyataan Akhbar

DAKWAAN TERHADAP DR HATTA RAMLI DAN KUMPULANNYA PERLU DISIASAT

Setelah saya bersemuka dengan Ustaz Noorzazilafadli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, dan ditunjukkan akuan berkanun dan bukti-bukti print screen daripada aplikasi whatsapp, saya menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes ini. Penafian simplistik Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Tuan Haji Mustafa Ali bahawa tiada komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini. Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru’, disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah.

Dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan ini sangat serius, kerana ia melibatkan sebuah agensi strategik dan intelligence dalam PAS iaitu Pasukan Gerak Saraf (PGS). Bukti-bukti print screen itu memaparkan perbincangan ahli-ahli di bawah PGS yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat dan Aiman Athirah al-Jundi, Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat. Bukti-bukti yang ditampilkan juga menggambarkan rancangan dan strategi untuk memfitnah dan menggulingkan Presiden, mensabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura Ulama, melakukan psywar terhadap pihak Istana Selangor dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, dakwaan ini merupakan satu perkara serius yang tidak boleh ditepis dengan kenyataan simplistik.

Saya menggesa PAS membuka siasatan sebagaimana saranan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semalam. Jawatankuasa Penyiasatan ini bertanggungjawab meneliti kesahihan dakwaan tersebut, dan sekiranya tiada kes, barulah boleh disimpulkan tiada komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selain daripada itu, saya juga menggesa Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah Al-Jundi supaya membersihkan diri mereka mengikut saluran undang-undang dengan mengambil tindakan saman atau apa-apa tindakan yang seumpamanya. Sekiranya dakwaan itu tidak benar, kedua-dua mereka tidak perlu khuatir untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana saranan saya tersebut. Secara langsung ia juga akan membersihkan imej PGS dan Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

Yang benar,

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
9 Februari 2015 17 Rabi`ulakhir 1436

Mengapa Yong kata tak berapa penting?

Sebab dulu dia pernah meluahkan kata-kata begini dalam sembang grup Whatsappnya:

NAMPAK APA KOMEN DR HATTA?

Kalau dia orang yang penting tentu sudah ada tindakan. Macam tindakan terhadap Khalid Samad, Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali.

Oleh kerana pandangan dia dalam Whatsapp tu tak penting maka jadi sampah sahajalah. No Action.

Sekarang dia sibuk supaya Dr Hatta disiasat berdasarkan dokumen printscreen daripada sembang Whatsapp.

Siasat dan diambil tindakan.

Lucu sungguh.

Bila grup Dr Hatta dan Aiman Athirah (grup yang memakai gelaran Hawai Five O) sembang dalam Whatsapp, dia cadang siasat. 

Bila kena diri sendiri dia putar belit begini:

UNSUF IMAGINATIF PUN BOLEH (SINAR HARIAN)

Apa tujuannaya?

To be more specific. Apa tujuan musuh dalaman kerjaya politik Dr Hatta?

Jawapannya: supaya Dr Hatta diambil tindakan tatatertib dan tidak dapat bertanding dalam pemilihan pada Muktamar ke 61 akan datang.

Clear. Plain and Simple.

But stupid!

Ramai yang tak berapa mengenali Dr Hatta. Ini kerana dia berfikir dan berstrategi - tidak aggresif menonjolkan dirinya. Tetapi selepas peristiwa kelmarin nama dia semakin disebut-sebut. 

Cepat sekali orang yang mengenalinya mempertahankannya. Sebagai contoh:

Dr Mohd Hatta Bin Ramli yang ku kenali.. 
Oleh Borhanuddin Ahmad 

Salam perjuangan dan salam persahabatan buat semua,

1. Hari ini YB Haji Dr Mohd Hatta Bin Ramli digesa meletakkan jawatan atas tuduhan yang tertentu. 

2. Saya amat bersimpati dengan tuduhan yang amat berat ini. 

3. Pada tahun 2000 hingga 2004. Saya adalah pembantu beliau. Beliau yang saya kenali adalah seorang Dr yang meninggalkan jawatan sebagai Dr menjadi petugas sepenuh masa parti di Pusat Penyelidikan PAS di zaman arwah Almarhum Dato Fadzhil Noor. Elaunnya, kenderaanya, kehidupannya serba sederhana. PAS di saat itu hanya terdiri dari golongan ulama sebahagian besarnya. Pendekatan arwah Ust Fadhil dan pimpinan parti memikat beliau utk bersama PAS. 

4. Pada saya, Dr Hatta adalah Seorang anak yang amat mengasihi bondanya dan penyayang pada keluarganya. Walaupun bukan berlatarbelakang ulama dan agama. Cintanya pada perjuangan sehingga pernah merengkok di penjara, naik turun mahkamah atas demonstrasi isu isu kemanusiaan. Sikap penyayang ini merentasi agama, negara dan budaya. Prinsipnya sentiasa menggalakkan dialog, mesra, bertindak atas realiti banyak memaut sokongan pelbagai budaya kepada parti ini. Kesederhanaan pendekatan, cermat dalam tindakannya menampilkan parti ini setanding dgn parti parti lain di negara ini. 

Sahabat sahabat semua, beristighfarlah." Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu golongan sehingga kamu tidak berlaku ADIL. Berlaku Adillah. Sesungguhnya ADIL itu amat hampir dengan Ketaqwaan." 

Borhanuddin Ahmad, 
Pegawai Penyelidik PPP. 2000 hingga 2004. 
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Sekarang, makin ramai yang mengenali Dr Hatta.

Mungkin ada pemimpin PAS yang tidak mahu ke Putrajaya. Tak mengapa. Yang tidak mahu itu boleh rehat saja. Biarkan kami yang mahu ke Putrajaya ini meneruskan perjuangan kami.

InsyaAllah.

Semoga Dr Hatta Ramli terus istiqomah.

Ingat!

Keinginan dan sembang-sembang untuk menukar Presiden parti tidak menyalahi mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan PAS.

4 comments:

  1. Kepada saya Dr Hatta adalah pejuang tulin dan HERO manakala Dr Muhd Zuhdi pula adalah pengampu serta pencacai, hipokrit setaraf PARIAH jalanan.
    Setuju bahawa sosok bernama Dr Zuhdi ini adalah terlalu kecil dan amat tidak penting kepada masyarakat atau ahli-ahli PAS. Pandangan beliau tidak perlu dibakul sampahkan tetapi lebih elok di lubang jambankan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Sekilas ikan di air...Kita dah tahu ikan jenis apa.

      Wakaka!

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Kalulah Yong tahu yang kitorang ader group Whatsapp "Majlis Syura Balak" ... mesti Yong akan tokojut... Hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Oh iyeker?

      Yong nak join boleh? Kikiki...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.