Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 11 February 2015

PEMUDA PAS GOMBAK BUAT LAWAK

Rehat kejap dan baca kisah ini dulu. Berikut memo edaran gerombolan yang marah kerana tak dapat dengar ceramah:

UNTUK EDARAN KEPADA AHLI PAS SAHAJA

Assalamu'alaikum 

Saya menyeru kepada semua ahli PAS Gombak dan sekitarnya agar memboikot Restoran Nasi Arab al-Amin di Greenwood. 

Alasan saya:
1. Pemiliknya sengaja berkonfrontasi dengan PAS Gombak dalam banyak isu.
2. Terlibat dengan PASMA dan sokong golongan yang anti kepimpinan ulamak.
3. Beliau terlibat masalah dalaman parti.
4. Membatalkan ceramah perdana Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang di Masjid ar-Rahimah (15 Feb 2015) kerana Ust.Mokhtar hadir demonstrasi mempertahankan Presiden PAS pada 8 Feb 2015

Seruan ini untuk ahli-ahli PAS yang akur dengan keputusan Majlis Syura Ulamak agar tidak terlibat dengan PASMA. Yang melawan kepimpinan tak masuk book.

Urusan Ulamak PAS Kawasan Gombak.
11 Feb 2015

Ada kumpulan berdemo fitnah pemimpin sendiri. Ada yang pijak gambar pemimpin sendiri. Ada spekulasi pukul kawan rapat. Ini pulak kempen boikot perniagaan ahli jemaah sendiri.

Alahai...

Puncanya ini:


Apa tak marahnya. Sudah diwar-warkan, tiba-tiba premis tidak mendapat kelulusan kerana AJK Masjid tidak diberitahu (SUMBER).

Takkan jadi macam ini? Kan sama-sama dalam jemaah?

Siapa ketua budak-budak ni? Kan mengkomer selalu kata semua kerja kena ikut saluran yang betul?


Tak pasal-pasal Restoran Nasi Arab al-Amin dapat promosi percuma.

6 comments:

  1. ni dinamakan ULAMAK ALHARAM JADAHI

    ReplyDelete
  2. Ish ish kesian.. Smp hati depa buat lagu tu kat ulamak.kiki...lantuila.. Ulamak konon.. Akhlak x selari dgn gelaran.. Dakwah biarla dgn penuh hikmah barula org jatuh cinta.. Ini main sembrono ja.. Mana org nak respect.. Muhasabah diri dulu sebelum nak perbetulkan org lain... Kemetot akal punya geng serban

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin haru golongan ularmak,makin tahi agaknya.hancur Pas kalau begini berterusan.Bencinya aku pada Parti aku sendiri apatah lagi bangsa lain.

    ReplyDelete
  4. Bebal & tolol betullh pemuda pas gombak ni...patutlah pas x
    boleh perintah negara....kalau x semua jabatan kerajaan dia nak
    boikot bl x wala kepada pada Presiden (PM).hehe....kelakar betul budak2 ni.....p main jauh...ambil gula2 ni..jgn menyibuk ngan org tua.

    ReplyDelete
  5. jangan maki semua ulamak . beri lah sikit klu ulamak camana ?aram jadah tu .?

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum, kak Yong !

    Memang title "ulamak" tu besor & dihormati. Sebaris jika tak lebih tinggi pun compared to "Prof, Pensyarah, Guru" ... Yesss ilmu tak selari akhlak, integriti, gaya kerja para pengajar ilmu pincang ler jadinya "Islam as the ONE & ONLY way of life".

    Bukan semua ulamak hebat dalam banyak bidang ilmu. Cukup 1 jika dia punya akhlak terpuji bak mirip Rasulullah s.a.w., para Sahabat r.a. ajmain, soddiqin, murabbi, apa aje ler.. pehhh! Sah orang (kawan & lawan dia) akan akui kewibawaan dia.

    Ni ulamak kalau dah ulamak suk - SEBAHAGIAN para ustaz dalam PAS, UMNO atau NGO luar sana - lebih-lebih ler pulak... "Lebih kuah daripada sudu" !

    Patut ler PAS tak menang menang-menang rupanya para ulamak dia lemah ! Ada yang berpura-pura baik, Angels like tapi rupanya baik sikit daripada Setan aje ! Ikhlas juga diragui !

    Patut ler UMNO tak heran lawan PAS selama hari SELAGI perangai buruk & makhluk perosak ada salam jemaah Islami ! Buat malu Islam aje !

    Moga Allah berkati TGNA & yg sekufu dengannya dalam perjuangan ternyata ikhlas !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.