Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 23 April 2015

ENGKAR DI PERMATANG PAUH DIHORMATI, ENGKAR DI SELANGOR DI BARUAI

Soalan: Apa yang berlaku di Permatamg Pauh?

Pakatan sedang bertungkus lumus mahu mengekalkan kerusinya supaya bilangan kerusi pembangkang tidak berkurang di Parlemen. Jangan lupa kerusi telah kurang 1 apabila DAP kalah di Teluk Intan.

Soalan Ulangan: Apa yang berlaku di Permatang Pauh?

Inilah yang berlaku:

NAJIB DAH TERIMA HUDUD KAH?

Kenyataan PAS Permatang Pauh diberitakan menggesa supaya ahli PAS menolak untuk mengundi calon PKR. "Fatwa" gerombolan ini ternyata bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang menyokong PKR.

PEMIMPIN MENYOKONG PKR (TMI)

Jelas kenyataan itu yang tersirat (implied) menyokong UMNO (yang kononnya menyokong hudud). 

Iyeker UMNO sokong hudud?

SUDAH BERAPA SELASA SEJAK 22 MARCH SEHINGGA HARI INI? (UMNO)

Tiba-tiba UMNO menjadi sahabat baik yang dianggap ikhlas dan dipercayai.

APA LABEL YANG UMNO TAK LETAK KE ATAS PAS?

Kita tahu berdasarkan "common sense" (tak perlu rujuk Perlembagaan Selangor), dengan 15 kerusi DUN, mustahil PAS boleh membentuk sebuah kerajaan di Selangor dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tanpa sokongan UMNO. Ini kerana prinsip pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ialah: kerajaan yang dibentuk mesti memiliki kerusi majoriti di dalam dewan.

Rancangan ini kantoi apabila 2 orang ADUN PAS engkar.

Lalu mereka dilabel "Barua."

Juga dijaja di sana sini, 4 orang ADUN itu adalah penyelamat kerajaan Selangor.

Tetapi anehnya:

YANG ENGKAR DI PERMATANG PAUH MENDAPAT PENGHORMATAN PRESIDEN PARTI (TMI)

Tolong bagi tahu Yong, akar umbi yang macam mana yang dihormati oleh Presiden parti ini?

Kalau PAS boleh bersabar dengan karenah UMNO selama 64 tahun, kenapa PAS tak boleh sabar dengan PKR yang baru berusia 16 tahun? [Mengikut sejarah, PAS ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. PKR (Parti Keadilan Nasional sebelum jadi Parti Keadilan Rakyat) ditubuhkan pada 4 April 1999].

PAS tuduh UMNO sering membodoh-bodohkan penyokongnya.

Janganlah PAS buat perkara yang sama.

********************

NOTA AKHIR KHAS BUAT PAS PULAU PINANG

Jika benar PAS Pulau Pinang enggan menyokong PKR kerana "sependapat" dengan DAP; maka wajarlah semua ahli PAS yang memegang jawatan atas ehsan pemimipin DAP (yang menolak hudud), segera meletakkan jawatan, hari ini.

Jangan kamu duduk lagi dalam jawatan itu dan menjadi "kuda tunggangan DAP" (istilah UMNO).

Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791.

26 comments:

  1. A'kum Yong

    Pada saya Hadi tidak fit enough untuk menerajui sebuah organisasi yang besar seperti PAS. Hadi perlu dapatkan pemeriksaan dokter secara menyeluruh. Saya perhatikan sejak dia jatuh sakit di Turki dulu sikapnya banyak berubah. Sentiasa flip-flop dan banyak statementsnya bercelaru. PAS sepatutnya dapatkan Presiden baru yang lebih bijak dan berfikiran satabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Maaflah cakap. Keadaan Presiden PAS sekarang amat sesuai dengan nafsu penyokong-penyokongnya yang sedang berebut jawatan.

      Kalau dia menarik diri (dari pemilihan Presiden PAS), apa jadi dengan penyokong-penyokongnya?

      Mereka sebenarnya tahu diri mereka tiada kebolehan dalam tadbir-urus. Tapi bila nampak kuasa itu disaluti wang-ringgit, maka sifat tamak lantas menguasai akal.

      Delete
    2. Saya amat bersetuju sekali. Barang siapa mencari dunia, dia akan dapat dunia. Barangsiapa mencari akhirat, dunia dapat saja. Pemimpin yg mahu sangat jawatan akan membawa kehancuran kerana kemahuannya berpaksi kpd nafsu.

      Delete
    3. Tuduh orang pengedar pill kuda, dikhuatiri beliau tertelan pill kuda yang disangkanya panadol.

      Delete
  2. Kalau mengikut 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Pas kawasan Permatang Pauh mengharamkan mana-mana orang yang mengundi PKR kerana PKR menolak hudud...maka aku juga nak bertanya kepada beliau tentang Pas mencalonkan diri untuk bertanding di Parlimen Rompin. Apa pulak hukumnya menentang UMNO yang menyokong hudud??? Sepatutnya Pas tidak bertanding di Parlimen Rompin kerana UMNO sudah menyokong hudud. Menentang orang yang menyokong hudud apa pulak hukumnya????? Aku rakyat jembel ini pening dan pusing kepala memikirkan politik malaysia hari ini...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alhadi

      Itule namanya bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut.

      Delete
  3. Yong
    Ulamak melayu mmg mcm ni..ulamak islam yg mcm TGNA tuu..dh hampir pupus dlm PAS

    ReplyDelete
  4. semua adaun Pas dan ahli Parlimen di Selangor mesti meletak jawatan kecuali 2 adun yang menyokong Pakatan ,kerana kamu semua mesti mematuhi fatwa ularmak kamu bahawa jangan sokong kerajaan yang tak sokong hudud.

    ReplyDelete
  5. Sanggup berkelahi dengan rakan serumah dan berbaik-baik dengan musuh di luar sana, ilmu mantik/logik manakah yang dipelajarinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Bukan hanya dengan PKR dan DAP dia gaduh. Dengan ahli jemaah sendiri pun ustaz PAS yang mengaku ulama sedap mulut melaknat.

      Delete
  6. Buang tebiat nak mapos kata P. Ramlee.......

    ReplyDelete
  7. PAS telah masuk perangkap Umno, itulah kenyataannya.Kalau PAS betul22 jujur untuk memertabatkan Hudud dengan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah PAS boleh suruh Umno yang meminda Akta tersebut tanpa perlu TGHH yang hendak membentang undang2 persendirian kerana sudah pastilah kerajaan(Umno) tidak akan membenarkannya kerana bangsa Umno ni dia mahu juga keuntungan politik, siapa yang berjaya mendaulatkan hudud takkan nak biar yang mendapat nama sepagai parti yang mendaulatkan hudud. Jadi kesimpulannya eloklah PAS biarkan sahaja Umno yang berkobar2 hendakkan hudud dan membawa pindaan keatas AMS di parlimen dan PAS tukang sokong di belakang biar pun PAS tak dapat nama sebagai parti yang berjaya mendaulatkan hudud janji hukum hudud didaulatkan sebab apa ada pada nama, keredhaan Allah itu yang dicari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam asri

      Bab ini Yong setuju. Tapi ulama PAS nak dapat nama di dunia...

      Delete
  8. PAS sebenarnya telah masuk perangkap UMNO. Setuju bahawa jika UMNO sokong hudud, tidak perlulah YB TGHHA bawa RUU Persendirian untuk pinda Akta 355. Sepatutnya pinda Perlembagaan Persekutuan bukan Akta 355. Pelik betul lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Harapan Keabadian

      Itulah dia bila politik bercampur aduk...

      Delete
  9. DeeDee Yong....

    Aper nak harapkan Hadi Awang nih... Dulu pada 2011 lagi kitorang dah dedahkan perangai loklak dier nih... Tapi aper yang kami dapat... kononnyer kami nak jatuhkan Presiden.... siap AdukaTaruna kena belasah lagi...

    Sebenarnya program "Langgar Hadi" yang dibuat sebanyak 3 siri dulu tue adalah terkehadapan dalam citer nih... Kami dah nampak awal dah tahap "kebangangan" Hadi Awang dalam berpolitik...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Golongan progresif pemaaf. Bagi peluang berubah.

      Tapi hasilnya, amat menyedihkan. Politik fitnah semakin marak sebab tiada tindakan dari kepimpinan.

      Salah siapa?

      Delete
  10. Itu sebabnya THNA panggil Geng UG ni sebagai SAMPAH...hari ini menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala Abdul Razak.

      Ya. Itulah panggilan yang sesuai.

      Delete
  11. Undang Allah lebih penting dari pakatan, sapot TGHH..tolak tepi pkr dan amno👎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramboo III

      Nak tolak tepi, keluarlah dari Pakatan Rakyat. Ada berani?

      Delete
  12. pergi mampuslah PKR & UMNO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan,

      Yong terbitkan sumpah kamu ini untuk menunjukkan bagaimana rupa akhlak kamu.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.