Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 5 May 2015

BILA LAGI PRESIDEN PAS NAK NAFI BERITA INI?

Rupanya Presiden PAS sedang berdakwah di Singapura. Patutlah tak muncul di Permatang Pauh.

BACA SETERUSNYA DI TODAY ONLINE

Mengikut tarikh, akhbar Today online itu terbit pada 30 April 2015. Hari ini 5 Mei 2015. Maknanya sudah 5 hari berlalu. Masih belum dengar penafian dari Presiden PAS.

Bila lagi nak nafi?

Tunggu apa lagi?

Berikut terjemahan sebahagian dari berita tersebut mengikut Google Translator:

Dalam temu bual dengan TODAY minggu ini, Presiden Pas Abdul Hadi Awang menyalahkan ketidaktentuan politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti terbesar di negara ini yang mengetuai Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

"Apa yang berlaku adalah kerana kelemahan UMNO itu sendiri. Ia bukan kerana Mahathir, Najib, mahupun Abdullah Badawi, "katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pemimpin sebelumnya, Encik Badawi dan Dr Mahathir Mohamad.

Encik Hadi, 67, berkata, ia tidak terlalu lewat untuk "pembetulan boleh dibuat" dalam bentuk kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik utama dan tidak ada pembangkang.

Ia adalah satu idea yang mula-mula dicadangkan pada tahun 2008, berikutan pilihan raya ke-12 di negara ini amnya, apabila perbalahan politik dalam siri pilihan raya kecil menyebabkan beliau menyeru penggubal undang-undang untuk sebaliknya memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada rakyat.

Walaupun cadangannya tidak mendapatkan traksi pada masa itu, beliau percaya bahawa terdapat keperluan yang lebih besar ke arah perpaduan nasional sekarang.

"Apa yang saya rasa hari ini adalah bahawa perubahan perlu dibuat. Kita sedar bahawa dalam UMNO, masih terdapat individu yang berkebolehan. Cuma ada yang terperangkap dalam keadaan sekarang. Saya cadangkan bahawa semua pihak datang bersama-sama untuk menyelamatkan negara ini, "katanya.

Nak tanya juga, adakah ini maknanya PAS sudah anggap GST yang menzalimi rakyat marhein itu tak haram lagi?


19 comments:

  1. DeeDee Yong...

    GST tue akan jadi halal kalo puak ini yang mengambil alih pemerintahan... akan dikutip segala macam hadith untuk justifikasikannya...

    Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Haji Hadi, sebenarnya bukanlah bodoh walaupun raut wajah seakan-akan. Beliau sedar, berdasarkan scenario sekarang jika berterusan hingga ke PRU 14 akan menyaksikan PAS bungkus, kalah teruk dan tinggal beberapa kerusi parlimen sahaja. Ini pasti terjadi walaupun beliau menang LANDSLIDE victory dalam Muktamar yang akan datang dan golongan professional berjaya dinyahkan dari pimpinan PAS.
    Namun beliau sedar bahawa kemenangan ini tidak akan membantu PAS memenangi PRU kerana terlalu ramai penyokong PAS sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan beliau bersama golongan pengampu yang sedang berusaha merebut kuasa sekarang ini. Sementara itu pengundi bukan Islam yang memenangkan calun PAS di kawasan campuran akan beralih angin kerana meluat dengan gelagat golongan UG.

    Kerana itu Haji Hadi tidak jemu-jemu membayangkan akan kebaikan UG tersebut dan terus menjaja hingga ke luar negeri. Hanya dengan bersekongkol dengan UMNO Hj Hadi berharap PAS tidak kalah teruk dan akhirnya impian untuk menjadi Menteri sekali lagi akan termakbul juga......

    Saya ingin menyeru supaya Presiden PAS bangun secara anak jantan yang ada dua butir dan menyatakan dengan jelas akan hasrat beliau dan penyokong untuk bekerjasama dengan UMNO. Tak perlu cakap berkias memberi bayangan akan mimpi berahi kalian. Jadilah anak jantan. Jika pengecut, cabut serban buat alas kaki!

    Kena ingat bahawa PAS bukan milik kamu atau hanya golongan pengampu kamu yang berhak menentukan masa depan PAS. Keturunan saya sudah berjuang dalam PAS sejak ditubuhkan sehingga sekarang, berkorban tenaga dan sedikit wang yang ada tanpa mengharapkan apa-apa jawatan atau kuasa. Jangan sekali-kali mengkhianati kami kerana nafsu kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Jika PAS gabung dengan UMNO pun, belum tentu PAS akan menang banyak kerusi. Ini kerana PAS akan terpaksa bertanding di kawasan yang UMNO lemah sahaja. Hahaha...

      Paling sedih, jika PAS bergabung dengan UMNO, lebih ramai yang akan bermufarakah dengan pucuk pimpinan PAS. Jika ini berlaku apa yang terjadi pada PAS?

      Delete
    2. pas bukan parti politik semata mata tapi gerakan islam.dakwah perlu kpd smua orghidayah Allah beri.hentikan ug apajadah ni

      Delete
  3. Setuju dengan Asrul Sani. Elok PR singkirkan PAS, lebih cepat lagi baik, supaya PASMA didaftarkan. Saya akan jadi PASMA yang pertama ditempat saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sabtu

      Sebaik-baiknya kita nak selamatkan PAS.

      Delete
    2. umno x kan benarkan pasma ditubuhkan

      Delete
  4. bubarkan aje pas,semua barua aji hadi lebih baik masok umno je,tak payah nak ug ug lagi,pi berambus dari pakatan,jgn menyibuk2 lagi konon nak berjuang menetang kezaliman....toksah nak cari hadith2 nak membetulkan keja2 jahat kamu terhadap rakyat yg dah teruk di zalimi selama ini.......berambus je cepat2....aji ni telah mengkhianati perjuangan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikmatgelap

      Bubar tu terlalu extreme. Geng suka UMNO tu patut masuk UMNO jer.

      Delete
  5. Shalom
    ( apa khabar dlm bahas hebrew ) bahasa israel

    Umno dan apco mcm romeo dan juliet

    Pas dan Yahudi insyallah berpisah tiada

    ( sifat munafik dlm pas makin jelas wujud spt mana pengaruh zionist makin mendapat tempat dlm parti ajaran sesat semalaysia ni )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Akar umbi tak dapat bersuara di dalam PAS kerana kepimpinan kuku besi yang dijalankan di peringkat kawasan dan pusat. Noktah.

      Delete
  6. Salam kak yong ..howdy !

    i just love it the last line of "Apa yang saya rasa hari ini adalah bahawa PERUBAHAN perlu dibuat. Kita sedar bahawa dalam UMNO, masih terdapat individu yang berkebolehan. Cuma ada yang terperangkap dalam keadaan sekarang. Saya cadangkan bahawa SEMUA pihak datang bersama-sama untuk MENYELAMATKAN negara ini."

    haha.. that's a national joke. me pity the fool who buys it.

    JUST that for betterment & to save M'sia TGHH & co. SAJA ler yang BERUBAH atau sedia diUBAH !!! Kami tak tak suka UmNo ada sebab musabab yang syarie DAN kami tak suka mung & idea UG mung pun bersebab !

    Hell with your antics, dearest TGHH ! Oh no.. many apologies Ustaz takkan silap kan? haha

    I know korang termakan teori - some call it a hypothesis - demer cukup takut orang Cina, kaum lain potong Melayu & pegang tampuk kuasa negara ni & hence command & conquer @ 'sembelih' orang Melayu jadi hamba di negara sendiri ! Seriously? haha

    KALAU pun korang nak 'berdamai' dengan UMNO komer JANGAN ler perdaya kami...JANGAN buat kami ahli, penyokong PAS macam lembu, orang bodoh yang senang ditipu & dijaja ke sana ke mari in the name of Islam, whatnot ! Depan kami cakap lain, belakang (dalam gelap) pakat-pakat se-link-kuh dgn UmNo !! wth !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Dah berapa kali kona baring, u-turn, roundabout, etc...

      Akar umbi dah letih. Tapi disebabkan sayang parti akar umbi diam saja. Akar umbi takut kawasan dibatalkan pendaftarannya oleh ROS jika siasatan dijalankan. Begitulah trajisnya!

      Yong setuju sangat dengan pandangan miker.

      Delete
  7. Ape kejadah nye sampey ke singapura aji ni pegi berkempen UG..cina singapura pn walak gak ke?hebat aji ni..ptt la geng ug kagum sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sam Sung

      Sebabnya demer kata UG ni bukan gabung dengan UMNO tapi sistem pemerintahan tanpa pembangkang. Hehehe macam 1 party system gitu (tetapi ini segerombolan parti-parti). Jadi nak bagi Singapura tahu ler.

      Delete
  8. Korang kutuk ulama akhirat tentu neraka balasannya. Tapi Hj Hadi ni walaun kata olamak taraf donia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alhusseyn

      Olamak taraf donia = olamak donia le. Mana datang ulama akhiratnya?

      Delete
  9. Terbukti kini TGHH bukan hanya pemimpin parti politik malah lebih dr itu.. TGHH kini tersenarai sbg pemimpin utk rakyat keseluruhan apabila mempunyai agenda utk menyelamatkan negara tercinta.. tahniah TGHH.. kami golongan MAJORITI (spt yg terbukti mengikut trend pencalunan utk muktamar bln jun nanti) senantiasa tetap bersamamu..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.