Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 22 May 2015

MAJLIS SYURA ULAMA TIADA TENTU EKOR KEPALA?

Oleh kerana ramai yang tidak tahu bagaimana ahli MSU dilantik dan kedudukan mereka sekarang, di sini Yong "cut and paste" tulisan dan ulasan peguam Zulhazmi Shariff mengenainya.

Tulisan ini menyentuh persoalan perundangan mengenai kedudukan ahli Majlis Syura Ulama dan keabsahan keputusan majlis tersebut. 

Bacalah dengan teliti sebelum komen:

1 hr · 

RIWAYAT MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

Majlis Syura Ulamak PAS ditubuhkan di bawah peruntukkan Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS. Dianggotai oleh tidak lebih daripada tujuh belas (17) orang yang dilantik oleh badan-badan berasingan yang memegang jawatan untuk tempoh lima (5) tahun.

Fasal 8 (4) Perlembagaan PAS menyebutkan bahawa Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak hendaklah dilantik empat (4) orang oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, empat (4) orang dilantik oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, dua (2) orang dilantik oleh Dewan Pemuda PAS Pusat, dua (2) orang dilantik oleh Dewan Muslimat PAS Pusat manakala baki tidak lebih dari lima (5) orang dipilih oleh dua belas (12) orang ahli yang telah dilantik melalui dan dengan persetujuan mesyuarat.

Kesemua 17 orang ahli Majlis Syura Ulamak hanya memegang jawatan untuk tempoh lima (5) tahun dan boleh diperbaharui keanggotaannya oleh pihak yang melantik.

Fasal 8 (4)

Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

Majoriti ahli PAS mengenali siapakah ahli Mahjlis Syura Ulamak tetapi tidak semua yang tahu bilakah mereka dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulamak. Di bawah ialah senarai Ahli Majlis Syura Ulamak yang terbaru :

1) YBhg Dato’ Dr Ustaz Haji Haron Din 
(dilantik sebagai Mursyidul Am pada 8 Mac 2015)

2) YAB Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob 
(dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am pada 8 Mac 2015)

3) Ustaz Haji Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh 
Setiausaha

4) YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

5) Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

6) YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

8) Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

9) YB Ustaz Haji Hashim Jasin 
Ahli - Tidak diketahu tarikh lantikan

10) Dato’ Ustaz Haji Muhammed Daud Al-Iraqi 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

11) YB Ustaz Nasrudin Hassan Thantawi
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

12) Ustaz Zaharudin Muhammad 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

13) Ustazah Wardah Tahir 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

14) Ustazah Nadzirah Mohamad 
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan

15) YB Dr. Johari Mat
(dilantik pada 22/11/2013)

16) YB Dato' Dr. Hj Mohd Khairuddin Aman Razali
(dilantik pada 22/11/2013)

17) YB Ustaz Haji Idris Ahmad 
(dilantik pada 12/4/2014)

Melalui carian maklumat di beberapa sumber, telah didapati bahawa 

a) Dato' Seri Hj Abdul Hadi, Dato' Tuan Ibrahim, Dato' Hj Abdul Halim dan YB ustaz Idris Ahmad adalah lantikan daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

b) Dato' Hj Ahmad Yaakob, Dato' Nik Zawawi, Dato' Hj Muhammad Daud Iraqi dan Dato' Dr Mahfodz dilantik oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

c) Ustaz Nasruddin Hassan dan Ust Zaharuddin Muhammad dilantik oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

d) Ustazah Wardah dan Ustazah Nadzirah dilantik oleh Dewan Muslimat PAS Pusat

e) Nama-nama yang tidak disebut adalah dilantik oleh Majlis Syura Ulamak sendiri.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga adalah bahawa lantikan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat ialah pada tahun 2010 yang mana jika dikira ianya telah cukup tempoh lima (5) tahun.

Justeru ada di kalangan Ahli Majlis Syura sudah tamat tempoh keanggotaan mereka yang samada perlu diperbaharui oleh pihak yang melantik atau pihak yang melantik boleh melantik orang lain menggantikan mereka yang telah tamat tempoh.

Jika Ahli yang telah tamat tempoh masih menghadiri mesyuarat yang dijalankan, dan sekiranya hanya dengan kehadiran mereka korum mesyuarat itu cukup, maka mesyuarat tersebut adalah tidak sah dan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura adalah tidak sah dan terbatal.

ADALAH diminta kepada pihak-pihak yang berkenaan yang melantik ahli-ahli Majlis Syura ini untuk meneliti kembali tarikh perlantikan ahli-ahli Majlis Syura. Jika Mursyidul Am dilantik dalam keadaan keanggotaannya sudah tamat tempoh, maka beliau tidak berhak memegang jawatan sebagai Mursyidul Am.

Setiausaha Agung PAS, Setiausaha Dewan Ulamak, Setiausaha Dewan Pemuda dan Setiausaha Dewan Muslimat perlu meneliti semula perlantikan dan seluruh badan dan dewan-dewan tersebut hendaklah melakukan perkara yang perlu.

PERLEMBAGAAN DIPERTAHAN, PERJUANGAN DITERUSKAN.

ZULHAZMI SHARIFF
22052015


Persoalan yang dibangkitkan peguam KASE @ ahli PAS Zulhazmi Shariff tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin PAS.

Persoalan ini jangan jadi hilang tak tercari, lulus tak berselami.

9 comments:

  1. ulamak mana ada lantikan , lantak merekalah nak menjawat.....

    ReplyDelete
  2. sendiri buat perlembagaan, sendiri langgar. pemimpin kebal dr sebarang tindakan. sama ler mcm umno.

    laungan pas ganti umno cuma retorik. PAS DAH JADI UMNO malah lebih teruk lagi!!!

    ReplyDelete
  3. Mereka bertugas kerana Allah, apa perlu lantikan?

    ReplyDelete
  4. Tu je la alasan ko sabtu..bg alasan tlg guna akal..dh nmpk mnyeleweng pn masih nk guna alasan tu lg..

    ReplyDelete
  5. Salam yong
    Majlis Suka suka Ulamak ( MSU )..x blh nk kata ape2 yong..lantak ke demer le yong..

    ReplyDelete
  6. Apa ahli ahli Pas bekerja bukan kerana Allah? Pas jadi NGO Lah!

    ReplyDelete
  7. Peraturan berorganisasi..mesti kena patuh! Macam lesen memandu..kalau dah luput tarikh sah kena renew! Walaupun pandai memandu! Kalau tidak susah kalu berlaku apa2.. bukan boleh main lantak sebab ulamak! Dan bukan boleh main tak perlu lantikan kerana bertugas kerana Allah..

    ReplyDelete
  8. peelantikan dr harun din baru berapa bulan kan ker tempoh 5 tahun.agak2 ler nak tembak kalau pun benci

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.