Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 9 May 2015

MH370: BANYAK SONGEL DAN ALASAN BILA DAH TAK JUMPA

Duit lebuh beli jet. Duit lebuh beli tanah. Ingat kita dah lupa tragedi MH370?

Oh tidak!

MACAM-MACAM ALASAN (THE GUARDIAN)

Di Malaysia semacam sudah tiada berita lagi mengenainya. Menteri Pengangkutan pun sedap jer menikmati kenaikan elaun MP. Sedangkan waris masih mengharap ada berita yang boleh dipercayai...

Ini pula berita dari UK:

Untuk pengetahuan yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, dengan bantuan Google Translator dan sedikit pembetulan struktur ayat, berita di Guardian menyebut:

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi Australia (JACC) berkata, keputusan telah dibuat untuk menggantung operasi drone semasa musim sejuk. Walaubagaimanapun rancangan ini telah diubahsuai supaya carian boleh diteruskan dan diperluaskan di mana kawasan 120,000 persegi kilometer dapat dicari dengan rapi.

"Keselamatan krew carian juga kekal sebagai keutamaan," katanya.

Kira-kira 75% daripada dasar laut telah dicari setakat ini dan pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa pesawat itu mungkin tidak dapat dikeluarkan walaupun dijumpai.

Seorang pakar penerbangan, Neil Hansford berkata pada Mac lalu, tiada jaminan jet itu boleh ditimbulkan dari dasar laut jika ditemui. "Mereka mungkin akan meninggalkannya di mana ia berada," kata beliau pada masa itu.

Seorang pegawai JACC juga telah berkata kemungkinnya Boeing 777 itu tidak dapat dibawa keluar jika ia berada di lokasi yang tidak boleh diakses, seperti di dalam jurang lautan (abyss).

Ekeleh!

Dulu kata serpihan pesawat MH370 akan mula terdampar di Barat Sumatera. 

Sejak bulan November 2014, kita tunggu dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan, dari bulan ke tahun.

Wei, sekarang dah masuk minggu kedua bulan Mei 2015!

Tiada apa yang terdampar di pantai barat Sumatera.

Dah kononnya pesawat MH370 tu tenggelam dalam abyss dekat Antartica, mana mungkin hanyut ke Sumatera?!

Kantoi, sekarang cakap lain.

Yang terlupa atau tak baca tu boleh akses di sini, di sini dan di sini macam mana dia kantoi.

Isu datang bertimpa-timpa!

Semua isu ini tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Mencari MH370 bukan percuma,
Usah bimbang kan ada GST!
Orang Melayu pun mudah lupa,
PRU14 menang lagi.

Dan sekarang Yong sedang tercari-cari apa alasan syarie yang membolehkan Yong berbaik sangka dan berpadu kasih-sayang dengan BN.


4 comments:

  1. Taada masaalah boleh tanya ulamak dan tuan-tuan guru UG.

    ReplyDelete
  2. DS Najib perlu letak jawatan sebab banyak sangat bala sejak beliau ambil alih pemerintahan negara, Cth. Pencerobohan Sulu, MH370 lesap, MH 17 ditembak jatuh, 1MDB rugi, TH bailout next tak tahu apa lagi bala.

    ReplyDelete
  3. Salam yong
    Teman rase demer ni udah mereng..bior kn para ug rian nolong demer..bg minum ayor jampi kang,elok le nti..

    ReplyDelete
  4. Alamat baru DCM: www.duniacacamarba2.blogspot.com. Harap dapat dikemas kini di blog tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.