Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 4 June 2015

SELAMA INI YONG INGAT DEWAN MUSLIMAT PALING CERDIK

Semalan Perwakilan Pemuda PAS memilih saf kepimpinan yang baru. Mereka mengganti Suhaizan Kaiat yang bertungkus lumus mencari dana untuk buat rumah mangsa banjir di Kelantan. Mereka ganti dengan Nik Abduh, dari Kelantan.

Alasannya bukan sebab Nik Abduh lagi banyak buat rumah untuk mangsa banjir, tetapi kerana Nik Abduh adalah Ahli Parlemen PAS.

Sebagai Ahli Parlemen, dia boleh jadi saluran untuk menyuarakan kepentingan anak muda. 

It makes sense. 

Manalah tahu entah entah satu masa nanti Nik Abduh boleh gembeling pemuda untuk menjadi "Zinedine Zidane" of Malaysia dan sebagainya. 

Tetapi Perwakilan Muslimat telah membuang YB-YB mereka yang hebat dan diganti dengan orang baru.

Bagaiman mereka hendak membawa kepentingan wanita ke Dewan kalau YB mereka tiada dalam saf kepimpinan Muslimat?

Seperti yang disebut oleh bekas Ketua Muslimat kawasan yang enggan namanya disebut (Biasale, tak mahu mengaibkan orang). Katanya:

"Sama jer kat kawasan. Demer bukan tahu mengurus organisasi. Ingat jadi ketua takat sain surat jer. Projek semua serah pada Ketua Lajnah. Lepas itu ke hulu kehilir mempromosi diri konon dialah ketua yang hebat." 

Dia menceritakan betapa sukarnya membina sebuah organisasi kawasan dari nothing menjadi mantap dan menambah cawangan/keahlian. Semuanya memerlukan strategi pengurusan yang efisyen.

"Sekarang ini kawasan sudah maju, diorang senang-senang nak kutip laba."

Baru Yong tahu. Rupanya organisasi yang sedang bergerak ke hadapan dan semakin ramai ahli tidak semestinya melahirkan pemimpin yang cerdik.

نعوذ بالله من ذلك

*Tahniah Dr Halimah Ali kerana berjaya mengekalkan kedudukan.

TAMBAHAN:

SENARAI CALON AJK PUSAT TELAH DISEDIAKAN




4 comments:

  1. A'kum Yong

    Lama dah jemu duduk di dalam golongan yang kurang cerdik Yong. Itu sebab sekarang saya mendiamkan diri

    ReplyDelete
  2. Maklumlah kamu semua orang cerdik dan bijak bestari !

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong

    Macam mana ni berada dalam delima? Sedang pening pertimbangkan untuk tidak mengundi calon PAS tapi masih lagi mahu kekal sebagai Ahli PAS. Sebabnya mereka bukannya mahu menawan Putrajaya, kannn....

    ReplyDelete
  4. hah! dah sedor tak ceghdik....yg dok beghebut jawatan tu pekehe nyo

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.