Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 9 June 2015

WALAUPUN DAP TERIMA RUJUK PAS, MASIH ADAKAH LAGI KEPERCAYAAN PENGUNDI?

Mula-mula baca dulu kenyataan dari Bekas Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu.

Bacalah dengan hati yang terbuka:

Published by Fadzil Baharum · Yesterday at 12:54pm · 

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu

Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan di dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK PAS Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka. Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat melalui memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja itu perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

Melalui sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang di antara mereka Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta, Suhaizan Kayat, Dr Mariah, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad dan beberapa lagi tidak menjunjung dan mempertahankan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan pelbagai cara.

Kemudian mereka dikumpulkan dalam kumpulan (Jebon) dan anti ulama. Lebih parah lagi mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin parti lain sama ada PKR atau DAP.

Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diserang DAP.

Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam kemelut menteri besar Selangor dan hadapi DAP.

Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin PAS supaya putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk "bersendirian".

Kemuncaknya, bila Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun, 2015 lalu menegaskan syarat tahaluf siyasi dengan DAP sudah rosak dan tamat.

Usul Muktamar Dewan Ulama diluluskan pada hari yang sama dan mendapat sokongan 100% daripada perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.

Kira-kira 10.30 malam 4 Jun, 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana saya, Salahuddin, Mahfuz, Husam, Hanipa, Dr Hatta, Dr Siti Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

Seminggu sebelum itu presiden memberi pandangan ahli PAS boleh pilih sama ada mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.

Di Muktamar pada 6 Jun, 2015 usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang (yang paling terkesan).

Bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor - kerajaan negeri, exco, jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih 5,000.

Ucapan penggulungan pada 6 Jun, 2015 saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Sekarang saya dapat melihat menggunakan melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, Agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

Sudah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal sudah dinyahkan.

Kedudukan dan jawatan paling dikejar?

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. – 8 Jun, 2015.

-Mohamad Sabu-

********************

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Orang tak hendak, kami tak ingin.

Begitulah lebih kurang kata DAP.

SEMUANYA BERAKHIR DI SINI (MALAYSIAKINI

Sebelum ini Yong telah petik tulisan peguam Zulhazmi mengenai usul putus dengan DAP. Tulisan boleh dibaca di sini.

Jelas, keputusan itu tidak boleh u-turn. Kenyatan hendak membawa keputusan Muktamar itu untuk mendapatkan kelulusan Majlis Syura Ulama hanyalah "delaying tactic" (taktik melengah-lengahkan masa) sahaja. Ini kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama setelah keputusan diterima oleh Muktamar.

"COP! COP! COP!" Kata PAS

"TUI!" Kata DAP

MANA NAK CARI CINA BUTA? (TMI)

Ini bukan hasutan.

Tiada orang yang berakal boleh menerima parti yang kalut, penuh dengan manusia yang suka maki-hamun, melabel, tidak mengenang budi dan sombong.

Ini bukan Yong yang cakap, tapi bekas Presiden PAS Mohamad Sabu yang 40 tahun berjuang dalam PAS (begitulah maksud tulisannya di atas).

PAS sudah ada Dr Zuhdi Marzuki. Katanya ada pakar profesional yang hebat. PAS tak perlu Pakatan Rakyat.

SEBUAH MIMPI INDAH (MALAYSIAKINI)

Tetapi betulkah kepimpinan PAS sekarang terdiri daripada profesional yang berkepakaran dan hebat-hebat belaka?

PAS KEHILANGAN PAKAR MUDA UNDANG-UNDANG INI (MALAYSIAKINI)

ARTIS INI MENOLAK JAWATAN DITAWARKAN SAMBIL MENYINDIR

YANG MENANGPUN TIDAK BANGGA DENGAN KEMENANGANNYA (ASTROAWANI)

Jika DAP menerima PAS sekalipun, pengundi tidak semestinya akan mempercayai PAS lagi.

Ada kain panjang empat, 
Ditarik ke atas ke bawah tak sampai;
Mangsa banjir hidup merempat
Ramadhan dan syawal mampukah digapai?

Ada kadok naik junjung,
Nakal menggunting dalam lipatan;
Ada pemimpin silap disanjung,
Sesal berdamping sepanjang zaman.



9 comments:

  1. Tapi si Zuhdi yakin PAS semakin kuat sebab kembali kepada jalan yang betul.

    ReplyDelete
  2. Saya dah hilang hormat dgn ulamak PAS dan kelompok pro ulamak. Dan saya tidak akan lagi mengundi PAS sekiranya masih dibawah pimpinan Hj Hadi Awang.

    ReplyDelete
  3. Yong,

    Tak sampai seminggu selepas muktamar kita sudah boleh melihat bagaimana puak yang menang hendak memimpin PAS. Kemudian diteliti barisan AJKKP yang menang, rasanya masa depan PAS adalah muram dan menuju kepada kehancuran. Bagi saya apabila barisan yang terdiri dari individu2 bersikap ultra-right religously dikukuhkan lagi dengan buta kayu mengenai peraturan dan perlembagaan PAS....jalan terbaik ialah kita duduk diam sahaja menunggu hari untuk keluar. A leopald will not change its skin no matter how much phoney and false pretense makeup is done. Its wholesome rotten inside though ulteriorly looks good. Basically they dont have the right calibre as agroup to lead. They are a bunch of headless chickens who will only create more destructive policies. The dont have the required attitude, knowledge and foresight to move forward.

    PKR and DAP should take the current problem created by this extremist in PAS to boot PAS out of PR. Lets be done with them and PAS now before the created more serious problems to PR. Furthermore, Najib recent bait aka gesture surely has taken these extremist to high cloud that their dream to be united with UMNO finally goƱna happen. This is push factor tat will help to resolve any reservation to kick em out of PR.

    With current issue at hand, l believe they are in one big clueless headache how to resolve em without causing great repercussion on em. Thus they are now at their weakest situation which PKR and DAP should take to boot em out of PR.

    I think Tony Pua recognises this thus he has put a firm an uncompromising stand by giving PKR an altimatum to choose between DAP or PAS. I am sure PKR also understand tbe message Pua is sending and will respond accordingly. To me it now or never.

    ReplyDelete
  4. pssttt...depa dok berkampong di Kenyir...nak tulis kitab fiqh baru....Tahallul Al-Uturn...tapi presideng dok nak Tahallul Alroundabout...uTurn saja tak cukup

    ReplyDelete
  5. Bak kata pepatah Melayu 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mana nak letak muka'..itulah akibat yg perlu ditanggung oleh 'Kabinet Baru PAS'. Impak yg mendatang adalah terlalu besar melibatkan maruah dan harga diri 'pembesar PAS'. Rasanya rakyat terbanyak dah nampak hala tuju PAS dan ketidakmampuan PAS dalam menjalankan amanah rakyat akibat dari 'personal interest' beberapa kerat 'pembesar PAS'. Amat memalukan apabila terpaksa menjilat ludah kerana tidak berani melepaskan jawatan kerana dah tak boleh cari makan, kecuali beberapa orang yang gentleman.

    ReplyDelete
  6. Memang jalan betul...tapi menuju jalan MATI! Huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong

    Teruja sangat nak tanya ni, rasanya tak salah, kan....
    Tiada unsur untuk melabel sesiapa, hanya ikut skema semata-mata.

    Soalannya:
    Parasit dah keluar dan yg tinggal hanya pelesit sahajakah atau yg tinggal itulah parasit klon pelesit?

    ReplyDelete
  8. Hebat,

    Non Muslim pun tahu hukum hakam.. Taklik cerai dan talak

    Tahniah Dap ... Kerjasama anda bersama jebon parasit sekular membuat anda dekat kpd syariah..

    Tapi ularrrmak yg tk reti tarbiah hudud telah ceraikan Dap..

    Muktamar Syariah dah lulus perceraian ini dan jika ingkar maka tindakan hina mahkamah boleh di ambil yg seterusnya boleh buat Pas bubar!

    Hentikan Pakatan Berzina ini... Kembalilah kepada pernikahan yg baru (dgn Pasma) bukannya Pas...

    ReplyDelete
  9. Salam kak yong.

    Demer tu tak samart langsung. Akai ada tapi tak pakai (baca: tak panjang akal !!) dalam strategi politik. Demer ustaz, ustazah yang HANYA perasan demer "bukan jebon & pewaris nabi" & penyokong demer tu yang perangai sebijik pun tak hebat mana. They don't just MIA (missing in action), insensitive, ruthless, bigotry impostors they are...PLUS, they selectively do what they preach to others about akhlak, Islamic work ethics.. For annals, more than often their inaction cost us dearly. Hail to stupidity, arrogance, ignorance & obnoxiousness ! haha

    They think they're smart by chopping the pros, hardworking average people..no,no they'll more likely can't cut it & eventually fail big time. Kudos to TGHH, Mu-Stop-ar, more bigots out there. Here, to Wan Rosli !! Mark this space & my words !

    With power comes great responsibilities, though, the power itself is a conceit which reveals our own limitations, greed ! NOW, show us that YOU "worth your salt". Start work !

    We'll support ISLAM nevertheless.. Ecpect the gloom & doom of PAS future. Please, prove it wrong then !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.