Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 21 July 2015

BERHENTILAH MENGANGGAP PEREMPUAN ITU SEPERTI PAKAIAN YANG KAMU BOLEH BUANG KALAU TAK SUKA

Sikap pemimpin PAS ini sungguh memalukan! Wajarkah kedudukan isteri dijadikan mangsa nafsu serakah sang suami yang nak jadi YB? Lepas itu ia dipermainkan bagai isteri itu seorang pelacur yang harus dikongsi dengan rakan-rakan, sebelum ditebus kembali.

Rasa nak muntah bila baca posting ini:


Bekas YB ini tidak menafikan kewujudan bai'ah yang kejam kepada perempuan dan keluarga ini apabila ditemubual oleh Astro Awani:


Walau bagaimanapun apa yang disebut oleh bekas YB ini berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Ustaz Idris Ahmad:



Lafaz Bai'ah yang disebut oleh Ustaz Idris Ahmad lebih masuk akal berbanding dengan lafaz Bai'ah cerai isteri talak 3 yang disebut oleh Abdul Fatah Harun.

Merujuk kepada lafaz Baiah (versi Ustaz Idris Ahmad), sebagai pihak yang berbai'ah, maka mereka wajib berpegang kepada sumpah tersebut kerana ia satu perjanjian yang mengikat. 

Yong tiada pertikaian pada aspek pengakuran kepada Bai'ah versi Ustaz Idris Ahmad ini

********************

Tetapi, selain calon DUN/MP, siapakah lagi yang terikat dalam sumpah tersebut?

Sudah tentu pihak yang memegang amanah dalam parti. Pemegang amanah ini sudah tentu manusia, bukan abstract persona (sebuah parti politik).

Jika pemegang amanah itu sendiri menyimpang dari asas parti tersebut (yang digariskan dalam Perlembagaan Parti), bukankah ini bermakna terma yang dipersetujui dalam Bai'ah sudah dilanggar?

Siapa yang melanggar?

Pastinya bukan pemimpin yang enggan menceraikan isteri mereka dengan talak 3, kerana:
  • Pertama, wujudnya keraguan sama ada Bai'ah itu ada atau tidak (takkan ada dua Baiah yang berbeza?)
  • Kedua, mereka menghormati perempuan sebagai isteri yang tidak bersalah dan ibu kepada anak-anaknya, yang telah sama-sama bersusah payah mengharungi kehidupan. 
  • Ketiga, PAS sudah berubah. Perubahan itu bukan dirasa oleh yang berbai'ah, tetapi yang turut tersirat  (implied) dengan baiah tersebut - ahli biasa, non-partisan, pemerhati politik, pengundi, warga bukan Islam, etc.. Sudah lama berlaku, bukan hari ini. 

RAMALAN PENULIS KINI SUDAH MENJADI KENYATAAN TMI 

Perubahan PAS inilah yang menjadi katalis kepada tekanan untuk membetulkan kembali perjalanan bahtera PAS berdasarkan peta yang dilakar oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz. 

Ustaz Ahmad Awang, Mat Sabu, DS Nizar, Khalid Samad, Dr Hatta, Dr Dzulkifli, Hanipa Maidin, Dr Mujahid, Dr Mariah, Aiman Athirah, Salehudin Ayub, Mazlan Aliman, Suhaizan Kayat dan lain-lain bukanlah golongan yang merajuk kerana kalah. Sebagai pemerhati politik yang berakal, kita amat maklum taktik kotor yang digunakan untuk meraih kemenangan golongan pro Hadi.

Hanya manusia yang besar egonya sahaja yang enggan mengaku wujudnya fitnah, kata keji dan maki-hamun di serata surau, kedai kopi, usrah, media sosial etc...terhadap pemimpin yang tidak mereka senangi, sebagai contoh: 





********************

Tidak masuk akal apabila isteri dan anak-anak dijadikan tebusan demi mempertahankan kedudukan kelompok tertentu dalam parti.

Ulasan dari sudut Islam mengenai Bai'ah dan Hadis yang berkaitan, boleh baca di sini


11 comments:

  1. Tapi kan kalau dia memang dah x suka pada isteri dia sebab dah gemok, x cantek, x seksi, bau busuk ( satu atau lebih atau kesemua diatas ) dan sudah ada penganti yg muda dan sangat seksi maka dia tak kisah keluar parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Jahat lah kamu ni Li'l Abner! Wakaka!

      Delete
    2. Yong, remember threat and opportunity. Make full use of it, maximise if you will.

      Delete
  2. A'kum Yong

    Itulah dia abdul fatah........pak mertua nik abduh.......besan nik aziz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Yer ker. Tak tahu pulak Yong hal keluarga ni. Semoga cucu dia cerodek belaka.

      Delete
  3. nak elak talak 3 ni senang aje:

    1. ceraikan isteri talak satu.
    2. masuk parti politik baru.
    3. rujuk balik dgn isteri.

    1. dgn ini kemasukan dlm parti baru adalah ketika dlm perceraian.
    2. talak taqlik 3 tidak lagi sah sbb talak tinggal 2 saja.

    knp suka kat talaq? padahal ianya amat dibenci oleh Allah swt.

    kalau lafaz baiah kedua tu, aku rasa yg akan terkena laknat adalah hadi dan geng ostad, sbb dah menyimpang dr perjuangan menentang umno yg zalim.

    ReplyDelete
  4. Setakat ni kita belum laie dongar tontang hukum seseorang ulamak tu melanggar amanatnya sendiri dan ulamak tu pun takde pulak kata yang amanat dia tu dah terbatal! Agak2nya antara amanat dan baiah yang mana lebih berat kesnya jika dilanggar? Kalau langgar amanat sendiri, ulamak tu kena ceraikan isteri atau isteri2nya semua dengan talak tiga gak?

    Kalau tak salah, amanat tu pun telah dianggap sebagai pandangan yang sama taraf dengan fatwa oleh penyokong2 dia. Bagaimana pulak apabila dia keluarkan amanat baru bahawa UMNO tidak sejahat Firaun tanpa membatalkan amanatnya yg terdahulu? Adakah dengan berpandukan amanat yang terbaru dan terkini, ahli2 PAS sedia berganding bahu dengan ahli2 UMNO mempertahankan kedudukan Najib, sehingga titisan darah yg akhir?

    Bagaimana pula kedudukan ahli2 PAS yg dah pulang keRahmatullah ketika mereka berpegang teguh pada amanat dahulu? Sesatkah mereka? Atau, asalkan walak sahaja tanpa banyak soal kepada ulamak itu menjamin kejayaan diakhirat? Bagaimana pula bila amanat yang terbaru ini bertentangan 100% dengan amanat yang terdahulu? Bukannya taraf khilaf tapi langsung bertentangan! Abih tu camno? Ikut yang dulu atau ikut yang baru? Atau dua2 boleh ikut macam lalang? Atau pendapat ulamak tu merentasi masa maka apa sahaja amanatnya akan sentiasa benar walaupun ianya berlawanan...ehh...macam taraf Nabi pulak... biar betul ni...den makin poning macamni!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. hentikan ... mai kita sama serang N jatuhkan unmo dulu , PAS biar lah masa dan tempat jadi sandaran{ahli2 dah celik} hidup atau dia berkubur. .

    ReplyDelete
  6. wise men speak because they have something to say.....fool becsuse they want to say romething-Socrates.
    Tolak dato TITM dgn Utz Idris....do far rasanya ramai pimpinan PAS dok dslam kstegori ke2

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Baiah ni akuan sumpah kepada Allah disaksi commisioner of oath dia sape, Ustaz, ulamak? Yer tu 1 sumpah nevertheless tapi KHIANAT yang macam mana definasi, terms & conditions ? ADA tak masa angkat sumpah tu ? Kena ada ler KALAU TAKDE kire "Null & Void" at the 1st place ! Naya ler sape baiah macam tu. Fishy if happen ! Macam nak mengena (mengikat) orang aje !

    From time to time baiah sumpah pun masih boleh terbatal jugak .. macam soal iman, posa jugak boleh terbatal at any time kalau tak sah, menepati syarat ! Know our rights !

    Melayu ni tak habih sentimental main dengan emosi. haha

    Kalau dah sumpah dgn isteri seperti "barang pertaruhan" - boleh jatuh talak, bagai ?? WTH is that ? Islam ke bendenye tu ? Surreal !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.