Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 30 July 2015

PKR SUDAH SOKONG HARAPAN BARU, KER...GUANER DIN?

Di tengah-tengah kemelut pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan perdana Menteri, tiba-tiba Azmin yang play safe bersuara:

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG YB (SELANGOR POST)

Kebelakangan ini Azmin dikecam oleh warga Internet (Netizens) kerana masih mendiamkan diri mengenai kedudukan hubungan PKR Selangor dengan PAS. Nota dan banner-banner kecil muncul di sana sini untuk melahirkan rasa tak puas hati akar umbi PKR terhadap kebungkeman pucuk kepimpinan PKR.

Kali ini timing Azmin amat baik. 
Ini bukan ayat mengampu. 

Di ketika ini, ruang untuk memilih dibuka luas kepada ADUN-ADUN PAS. Adakah mereka akan bersama dengan Haji Hadi yang menyokong Najib, yang telah memecat Timbalannya di tengah-tengah penyiasatan penyalahgunaan kuasa dalam 1MDB?

Atau...

Adakah mereka memilih jalan "amanah" (meminjam istilah Haji Hadi ketika pemecatan Khalid Ibrahm) untuk bersama-sama gerakan Harapan Baru pimpinan Mat Sabu?

Jika memilih bersama Harapan Baru, mereka akan dilabel oleh golongan pro-Hadi sebagai barua, jebon, tolol, berwalikan DAP, etc...etc...etc, tetapi dipuji oleh rakyat Malaysia yang mahu perubahan dan pemerintahan yang telus, maju serta peduli.

Jika memilih bersama Haji Hadi, mereka akan sentiasa dikenang sebagai penyokong kepada tahap akal pemimipin UMNO yang menyebabkan:

  • Kerugian Besar Warga Felda:

SAHAM FGV ( KLSE)

  • Kerugian Syarikat Felda

UNTUNG RUGI FGV (MALAYSIA STOCK

  • Kerugian 1MDB

SYARIKAT BANYAK HUTANG (TMI


Buat ADUN-ADUN PAS Selangor, fikirlah dengan akal, bukan siku dan lutut atau cakar harimau.

Ker guaner Din?

CONTOH BANNER MARAH NETIZENS

Bagi yang ketinggalan keretapi, sila baca link ini:




8 comments:

  1. Macam ni la perangai macai PKR.. dia melabel tak pe.. kalau PAS melabel wpun mmg betul dan tepat, tak boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kenal ko siapa Wan... tak payah lah tuding jari. Satu jario ko tuding 4 lagi kearah mu sendiri.

      Delete
    2. Sebab PAS serban 7 tingkat.

      Delete
    3. Wan Rosli

      Tahu kamu marah?

      Siapa yang mula melabel Din Ayam nih? PKR ke? Setahu Yong lama dah ada label Din Ayam ni sebelum gaduh dengan DAP dan PKR lagi. Orang PAS juga yang melabel. Konon nak bezakan sebab ramai sangat din dalam PAS. Ha..kan dah terkena.

      Delete
  2. La.Hidup lagi Wan Rosli mabuk pil kuda ni? dia ni tak bolih langsung kalau hadi ditegur .dia terus mamai dan barbuih mulutnya .penyakitnya ini terkena pada dia sebelum muktamar lagi,dah puas berubat,Mursidul am kata dia kena jin mat sabu .Orang lain kalau melebel berdosa tetapi kalau Pas tak berdosa.tak percaya tanya Haron dan Hadi.

    ReplyDelete
  3. Salam Yong

    Nak tanya sikit, bila pulak komer jadi macai PKR? Tak kabor ngan teman pun ... he hee

    Alahai En Wan Rosli, yg lain tu nak melebel, lantak ler. Sebab kamu kata demer tu sekular. Tapi yang PAS dok label-melebel tu apa ke hio nyer? Kata bertunjangkan Islam. Kalau Islam mana akhlaknya? Betul atau tak, itu bukan soalnya. Tak boleh, tak boleh la. Nabi dah larang. Agama dah larang. Kamu nak lawan cakap Rasullah S.A.W ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Daud

      Tak sangka Yong dah jadi macai. Nampaknya kena minta projek dari Azmin lepas ni, Hahaha.

      Wan Rosli ni ingat nanti kat akhirat dia boleh berpaut pada jubah ulama dia yang kaki label tu.

      Delete
  4. Wan Rosli yg bodoh sombong. Sblh sini yg melabel adalah golongan penyokong yg kamu gelar macai bukan pemimpin. Tapi sblh sinun yg melabel adalah golongan pemimpin yg kamu gelar ulamak. Rendah betul akhlak dan taraf pemimpin kamu... Setaraf macai yg kamu gelar kn

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.