Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 23 September 2015

AZMIN PINTAR ATAU PEMIMPIN PAS YANG TIADA MARUAH?

Apabila Azmin membuat kenyataan, keputusan rundingan meja bulat membentuk Pakatan Harapan itu tiada kaitan dengan Kerajaan Selangor; ramai yang marah.

Laman sosial pro-Pakatan Harapan penuh dengan status marah-marah dan sindiran. Dalam banyak-banyak posting itu Yong tertarik dengan status seorang yang memakai nama Tok Usin UG Ceroi:



Postingnya lucu tetapi padat dengan sindiran.

Untuk memudahkan pembacaan, Yong copy paste semula tulisan Tok Usin UG Ceroi dengan struktur ejaan yang betul. Tok Usin jangan marah yer! Pembaca Yong ada yang sudah jadi warga emas dan sukar memahami bahasa singkatan.


Ramai cucu tok tanya pendapat tok tentang pendirian MB Selangor yang kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor. Azizah pun kata kerajaan Selangor di bawah Azmin masih kukuh kerana masih dapat majoriti sokongan dalam DUN.

Pendapat tok gini. Tindakan Azmin itu sebenarnya untuk memalukan parti tok. Kenapa tidak? Pakatan Harapan telah diwujudkan tanpa parti tok. Patutnya parti tok sedar diri termasuk semua exco di Selangor dan ADUN2 di Selangor.

Apa patut parti tok buat jika parti tok ada maruah? Pertamanya, semua ADUN parti tok istihar tarik diri dari menyokong Azmin sebagai MB Selangor. Kedua, semua Exco dari parti tok meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor termasuk mereka yang memegang jawatan dalam syarikat GLC di Selangor.

Tindakan Azmin ini tok lihat amat bijak untuk memerangkap parti tok. Kenyataan Azizah ini juga bijak kerana menyerahkan kembali bola ke kaki parti tok. Sekarang, rakyat nak lihat sejauh mana maruah yang ada pada parti tok?

Kalau semua ADUN dan Exco parti tok buat selamba saja dengan keputusan Pakatan Harapan yang terang jelas singkirkan parti tok, ertinya parti tok memang gila kuasa dan jawatan, dan sanggup jadi parti tak bermaruah serta terhegeh2 di Selangor.

Tok rasa Pakatan Harapan memang sengaja lakukan semua ini untuk menunjukkan betapa parti tok memang takde maruah diri. Tak sedar orang sudah tidak mahu tapi masih tak berani nak keluar dari menyokong Azmin. Azmin pun cerdik, dia tak mahu dilihat menghalau. Azmin juga mahu lihat sejauh mana maruah parti tok.

Bagi tok, sesiapa yang marah kat Azmin mereka tak tahu stail Azmin yang pintar politiknya. Yang nampak bodoh adalah parti tok yang tebal muka masih mahu bersama PKR.

Baru kita faham, di mulut sebut jihad dan perjuangan Islam, tapi maruah terlalu rendah bila takut nak letak jawatan..

********************

Kalau tak faham atau kalau takut hilang jawatan, jangan jadi ahli politik. Rakyat melihat dan menilai apa yang kamu cakap dan yang buat.

BILA LAGI? (UTUSAN)

Kedudukan jawatan di Pulau Pinang yang sudah terang, kerana Ketua Menterinya DAP pun enggan letak jawatan! Inikan pula di Selangor!

Ini bukan soal ulama atau bukan ulama. Ini soal maruah. 

JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


12 comments:

  1. Assalam.

    Konon tak kejor jawatan, tak kesah kalah PRU?? Tapi dah dapat kedudukan, jawatan kenape "genggam tak tiris" ..macam tak tahu malu aje nampak yer !

    haha ..holier than thou !

    ReplyDelete
  2. Mana ada PAS kejar jawatan! Tengok Tuang Presideng tu, langsung takde niat pun nak jadi ketua pembangkang apatahlagi untuk jadi PM. Cita2 PAS hanya nak masuk bertanding dalam pilihanraya, menang satu dua kerusi ADUN, Parlimen dan pastu selama2nya dok jadi pembangkang. jadi mana ada diorang ni kejar jawatan.

    Tapi bila dah diberikan ihsan jawatan kat P.Pinang tu kira rezeki dari Allah dan dah jadi hak PAS, maka pihak yang dah beri jawatan tu langsung tak boleh mintak lepas jawatan walaupun atas sebab PAS dah putus hubungan dan benci dengan DAP. Tu kiranya "buruk siku" dan dalam Islam tak dibenarkan buat macam tu. Tapi kalau buat muka tak malu dan tak bermaruah sebab nak berpaut pada jawatan tu walhal dah hilang kelayakan mahupun dah jadi musuh, yang tu Islam takde bagi dalil (dalam quran atau hadis takde) so boleh je la buat muka tebal berdegar2 cakap alim dan islam tapi duit tak boleh tolak. Yang tu PAS dikira masih lagi dalam PR. Bukan Pakatan Rakyat tapi Pakatan Ringgit.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Parti Baiah Ya hana na cuma mencari redha saja.. nak menang ke nak kalah ke, maruah ke, asalkan masih dapat cari makan kt p.pinang & selangor .. yg pnting masih dapat pegang jawatan untu isi perut & bawah perut ..
    Pas selangor/penang marilah kita nasyidkan 'Ya baiah ya hana na ya talak ya takliq .. ha haa

    ReplyDelete
  4. Pas sudah tidak relevan. Utk rakyat dan negara hanya retorik. Saya kesiankan penduduk kampung, gunakan agama untuk kepentingan diri dan pangkat.

    ReplyDelete
  5. Agak2nya lah.. parti mana dlm pr yg paling sikit menang DUN selangor.. ? Jadi siapa yg sepatutnya tebal muka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak agaknya lah party mana paling byk khinarti pakatan dan kawan

      Lawan tiga penjuru khianati kawan supaya tk dpt majority di Penang dan Selangor supaya kerusi dpt lebih sikit dari pas...

      Party mana ??? Kerja dia sampai qiamat adalah mengkhianati kawan dan isteri

      Delete
    2. En Rosli ingat PAS menang banyak kerusi di Selangor tu kerana PAS kuat ke....PAS menang di kawasan campuran kerana China Hindu pangkah PAS. Kita tunggu PRU14, kalau PAS dapat mempertahan kerusi di DUN campuran tu, En Rosli boleh tendang bontot saya....Tapi ingat....jika PAS tersungkur di sana saya nak suruh En Rosli makan tahi lembu supaya cerdik sikit.

      Delete
  6. Pemimpin asyik bertelagah dengan jawatan sedangkan kerja yang sepatutnya dibuat untuk kebajikan rakyat terabai...
    Tunggu lah PRU 14. ... nak masuk parti apapun pilih lah....kerja lupa buat...

    ReplyDelete
  7. elok pas jadi kumpulan nashid seperti yahanana

    kurang2 blh juga dendangkan nasyid ketika najib sedang tertekan ni

    masyuuuukkk ooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah tu buat koje je...tak usah komen jika tak suka lihat apa kesudahannya...jangan asyik sorak sesama agama kg dah nak tergadai

      Delete
  8. Tak apa pan banyak penyokong cina nak sokong.harap boleh dilantik jadi mb di selangor atau perak.

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Ni sorang lagi .. macam Wan Rosli..provocative. Dah tahu nak menang pilihan raya, mesti ler nak sokongan ramai - albeit, undi orang bangsa, agama lain pun !!

    Jangan ler xenophobia.

    PAS've swerved alot from its promises to peeps after winning many grounds ! PAS have betrayed us all - termasuk ahli, penyokong PAS sendiri yg bukan mentally atrophy or retard - hehe

    All the mess, whinging, hostile jibe .. are really just shocking .. they pay a high price now.. just about deserve it ... imao.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.