Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 4 October 2015

CHONG SIN WOON MENGHINA MURID DAN BEKAS MURID SEKOLAH KEBANGSAAN

Inilah wajah sebenar pemimpin parti komponen Barisan Nasional! Penyokong dan pemimpin UMNO tidur lena, tidak ambil tahu apa sebenarnya yang disebarkan oleh mulut longkang pemimpin-pemimpin MCA. 

Dari dulu sehingga sekarang.

Ingat! Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, pemimpin mereka melarikan diri ke India, sementara orang Cina disembelih oleh Jepun. Bukan Yong cakap. Tetapi sejarah yang cakap:

Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India [1] dan tinggal di sana sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah parti politik Cina di Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan Malayan Union. Baca di https://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock)

Jadi, tidak hairan kalau suku sakat mereka menjadi seperti Chong Sin Woon. Tetapi yang disalahkan pemimpin DAP. Sedangkan umum mengetahui parti DAP itu sifatnya berbilang kaum. Sementara itu parti MCA adalah parti perkauman.





Timbalan Menteri Pendidikan yang paling BODOH di dunia!

Kenyataan media oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 2 Oktober 2015 di Kuala Lumpur.

Chong Sin Woon patut berasa malu dan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan di atas kenyataannya bahawa mereka yang belajar di Sekolah Kebangsaan menyemai semangat perkauman.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup bodoh dan memalukan Kementerian Pendidikan Malaysia dan beliau perlu meletakkan jawatan Timbalan Menterinya serta-merta!

Dalam satu majlis di sebuah Sekolah Cina pagi tadi, beliau mempertahankan bahawa sistem pendidikan rendah aliran Cina (SJKC) tidak menyemai semangat perkauman dan bukan merupakan punca kepada masalah perkauman di Malaysia.

Saya tidak bercanggah pendapat dengan beliau dalam perkara ini dan bersetuju bahawa SJKC tidak sepatutnya dipersalahkan oleh mana-mana pihak khususnya pemimpin-pemimpin UMNO sebagai punca kepada segala masalah perkauman di Malaysia.

Namun, kenyataannya yang cukup bodoh ialah cuba mengalihkan masalah perkauman terhadap DAP dengan menyatakan bahawa pemimpin DAP yang kebanyakkannya mendapat pendidikan dari aliran kebangsaan (SK) yang menghidupkan elemen dan semangat perkauman.

Kenyataannya yang dilaporkan dalam Malaysiakini adalah seperti berikut:

"Almost all the MCA leaders are from Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC or National-Type Chinese Schools). But those who have been alleged to have revived racial elements, from the DAP, are all from Sekolah Kebangsaan (SK or National Schools) and not from SJKC.”

"They don't speak Chinese," Chong, who is MCA Youth chief, said during his visit to a Chinese primary school in Kuala Lumpur.

Bukankah beliau cuba merumuskan bahawa sistem aliran Sekolah Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan telah menyemai semangat perkauman? Sekiranya beliau mempunyai pandangan tersebut, mengapakah beliau masih tidak berasa malu untuk mengambil jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan yang memperkasakan sistem aliran kebangsaan?

Saya belajar di aliran kebangsaan dari sekolah rendah sehinggalah peringkat universiti. Saya tidak bersetuju bahawa masalah perkauman di Malaysia berpunca daripada sistem pendidikan negara walau dari apa aliran sekalipun. Semangat perkauman yang disemai dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada kewujudan parti-parti politik yang berasaskan perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC dan kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional untuk mempupuk perpaduan nasional yang sejati selama 58 tahun ini!

Chong Sin Woon juga amat jahil dalam pengetahuan mengenai latarbelakang pimpinan DAP. Pemimpin-pemimpin DAP mempunyai latarbelakang pendidikan yang berlainan dan bukannya dari satu aliran semata-mata. Apapun latarbelakang pendidikan kami, pemimpin-pemimpin DAP boleh bertutur dalam pelbagai bahasa sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin mahupun Bahasa Tamil.

Inilah kekuatan dan kelebihan pimpinan DAP berbanding dengan pemimpin MCA yang mempunyai tahap pemikiran yang cukup sempit. Saya juga ingin mengingatkan Chong Sin Woon bahawa 2 bekas pemimpin veteran DAP iaitu mendiang Sdr Chan Kok Kit dan mendiang Sdr Dato’ Chian Heng Kai pernah dipenjarakan di bawah ISA selama 4 tahun 9 bulan kerana memperjuangkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia. Adakah MCA mempunyai rekod sebegini?

-LOKE SIEW FOOK-

********************

Chong Sin Woon,

Kamu sebenarnya bukan menuduh Cina DAP. Tapi kamu menuduh kami, seluruh murid dan bekas murid sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia - Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Bajau, Murut, Rungus, Iranun, Bidyuh, Iban, Melanau, Kenyah, Orang Asal dan suku-kaum lain yang tidak dapat dinyatakan di sini - yang juga rakyat Malaysia dan belajar di sekolah kebangsaan.

Tak guna kamu jadi Timbalan Menteri Pendidikan kalau kamu tidak boleh menjadi teladan kepada murid-murid berbilang kaum di negara ini.

YONG MENUNTUT TIMBALAN MENTERI INI YANG BERNAMA CHONG SIN WOON MEMOHON MAAF KEPADA KAMI MURID-MURID DAN BEKAS MURID SEKOLAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA, DI ATAS KEBIADAPANNYA MENUDUH KAMI MENGHIDUPKAN ELEMEN PERKAUMAN! 

http://www.malaysiakini.com/news/314285
https://www.malaysiakini.com/news/314334

11 comments:

  1. Sila periksa..bangsa Cina manakah yang tidak membenarkan perkerjanya beragama Islam keluar menunaikan solat Jumaat?

    Cina MCA!

    Sila periksa lagi..bangsa cina manakah yang menaiktaraf gaji dan elaun guru Kafa ?

    Cina DAP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Timnajib

      Ya betul. Ada yang suruh pekerja wanita buka tudung.

      Delete
  2. As salam kak yong.

    Mengape ler kita ada leaders yg suke "shoot in the foot" ? Dari UmNo, PAS sampai ke MIC, MCA !

    Nak kata dia sorang Cina "bodoh", aik, macam tak caye pulak tahap tu intelect dia ! Buat malu M'sia. Better hang himself up side down !

    Wan Rosli lebih sikit cerdik nampak gaye nyer berbanding si Chong nun ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam brother Hanz,
      Why do you have to mention Wan Rosli here, while i am having my thosei......spoil my day dan terus hilang selera makan ...kah kah kah....

      Delete
    2. Salan Hanz dan Asrul Sani,

      Apa nak buat. Mamat tu suka lepak di blog Yong. Biarlah.

      Delete
  3. Assalam... Makin menawan blog yong... Moga lebih rancak update bahan.... Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tera Yaki.

      Thank you. Mohon doakan Yong sihat.

      Delete
  4. dulu ada majikan bukan Islam iklan pekerjaan dimana org lslam tak perlu pohon. maka gegak gempita alam melayu krn sikap perkauman majikan tersebut...

    bila disiasat rupa2nya .... kerja potong babi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Arnab

      Tapi ada syarikat bukan Islam jual arak. Tapi orang Melayu jadi jaga dan dreba lorinya. Sedih...

      Delete
  5. Dah camana, kepala atas bangang jadi yg bawah2 pun bingai la
    Takkan yg bangang nak ambik yg bijak membantunya, nanti naik kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anoynimous

      Simpanlah sikit bangang tu untuk anak cucu. Hahaha...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.