Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 15 December 2015

ANAK DARA BERTUNANG DENGAN DUA ORANG DUDA SERENTAK

Tak tau nak kata apa. Ini kes cinta tiga segi atau pun empat segi entahlah. Tapi bacalah kisah cinta zaman milenium ini. Yong kongsi cerita ini dari seorang facebooker yang mengaku non-partisan untuk mengkomer yang takde atau taknak berfacebook hadamkan:

3 hrs · 

ANAK DARA BERTUNANG DENGAN DUA ORANG DUDA SERENTAK

Saya pernah cuba cucuk angin DAP dan Amanah supaya memberi kata dua kepada PKR samada mahu kekal dalam Pakatan Harapan atau terus nak geli-geli dengan PAS.... Mana boleh satu orang anak dara mahu bertunang dengan dua orang lelaki serentak, tak boleh...! Mesti pilih salah satu....

Bila dapat tahu ada desakan supaya putuskan hubungan dengan PAS, PKR makin buat-buat sayang kepada PAS, bukan setakat geli-geli lagi dah, tapi main ramas-ramas dan gigit-gigit terus.

Akhirnya, PAS pulak yang beri kata dua kepada PKR samada nak pilih Amanah atau pilih PAS.... bluekkk..!

PKR pula, padan sibuk cerita kat orang kononnya susah jadi orang tengah..... laaa, siapalah yang gatal bijik pergi lantik PKR jadi orang tengah tu...? Atau aci main lantik diri sendiri...?

Ibaratnya, PKR macam anak dara yang masih punya dara..... Tapi, Hadi meminang pun dia terima, pinangan Mat pun dia terima.... Dia bertunang dengan dua orang.... Alasannya, melantik diri sendiri jadi orang tengah untuk menyatukan Hadi dan Mat..... Apa kesudahannya nanti bila tiba waktu menikah...? Tak tahu...!

Begitulah PKR sekarang.... dengan muka selamba saja nak kerjasama dengan PAS tapi dengan muka yang tidak berkedut langsung bagitahu pula tak nak keluar dari Pakatan Harapan..... Kalau tanya, nanti bila tiba pilihanraya macam mana...? Tak tahu...!

Kadang-kadang timbul pertanyaan dalam hati, dengan penuh kesopanan dan kesusilaan serta keluhuran perlembagaan saya tertanya-tanya, PKR fikir mereka itu siapa, sebenarnya...?

Adakah PKR merasakan mereka adalah 'abang long' dalam Pakatan Harapan manakala DAP dan Amanah berada di bawah tangan PKR....? Apakah PKR merasakan mereka parti yang paling berpengaruh dan berkuasa membuat apa saja keputusan tanpa perlu mempedulikan penerimaan atau reaksi DAP dan Amanah....?

PKR fikir mereka itu siapa, sebenarnya...? DS Wan Azizah diberi penghormatan untuk mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan dulu, atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang di parlimen, bukan kerana dia presiden PKR semata-mata.... Orang PKR janganlah ingat PH itu mereka punya dan Amanah serta DAP hanya menumpang saja.

Rakyat nak tengok parti yang punya prinsip.....

Tak tau entah kesampaian ke tidak impian si anak dara ni. Khabarnya, janda si lebai duda dari seberang baru merisik. Kes telaga cari timba:


Tapi lebai duda tu tengah syok sendiri kerana Medeka Centre baru buat kajian yang hasilnya amat menyeronokkannya.

Kalau anak dara ni nak juga dengan duda ini, maka dia terpaksalah menerima hakikat bahawa lebai ini akan main kayu tiga dengan jandanya.

Si janda pun tak kurang hebatnya. Kalau lebai duda dengan jandanya ini bersama semula, tak tahu macam mana rupa pencak-silat demer bila orang kampung persoal nanti.

Just be prepared!

1 comment:

  1. Salam:

    Biarlah janda yg monopos dan duda yg kerepot ber CINTA-CINTAN,sebab mereka ada tongkat ali dan kacip fatima yg mahal hargannya, berharga 2.6 bilion.Sekarang semuanya BAHU WANGI,bila duit dah habis nanti dikerjakan oleh anak2 janda dan anak duda nanti barulah tahu ,langit tinggi rendah.Yang kita tahu anak2 janda tadi bawaan hidupnya "happy go lucky",dan anak2 duda tu pulak ahli2 syurga,semua orang tak betul.Bagamana agaknya bawaan hidup mereka2 aikkk!!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.