Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 20 December 2015

POK AMAI-AMAI MILLENNIUM

POK AMAI-AMAI VERSI KERIS KARAT

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu;
Tepuk biar ramai,
Kita nak bersatu.

Pok amai-amai,
Belalang atas kayu;
Tepuk biar ramai,
Kita “pertahan” ketuanan Melayu.

Pok amai-amai,
Belalang tepi kolam;
Tepuk biar ramai,
Kecundang Melayu kecundang Islam.

Pok amai-amai,
Belalang hinggap di dahan;
Tepuk biar ramai,
Kerusi mesti dipertahan.

Pok amai-amai,
Belalang makan ubi;
Tepuk biar ramai,
Sampai lupa 1MDB

Pok amai-amai,
Belalang dalam peti;
Tepuk biar ramai,
Jangan lupa sokong GST.

Pok amai-amai,
Belalang tepi perigi;
Tepuk biar ramai,
Tunggu BR1M kami bagi.

GAMBAR HANYA HIASAN

POK AMAI-AMAI VERSI RAKYAT

Pok amai-amai,
Belalang rama-rama;
Tepuk biar pandai,
RM2.6bilion mana?

Pok amai-amai,
Belalang tepi bendang;
Tepuk biar pandai,
1MDB rakyat tanggung hutang.

Pok amai-amai,
Belalang atas titi;
Tepuk biar pandai,
Rakyat tetap tolak GST!

Pok amai-amai,
Belalang tepi kali;
Tepuk biar pandai,
Jangan dipatuk ular lagi.

Pok amai-amai,
Belalang atas pokok;
Tepuk biar pandai,
Salah laku mana nak sorok?

Pok amai-amai,
Belalang disambar helang;
Tepuk biar pandai,
Tanah Simpanan Melayu kemana hilang?

Pok amai-amai,
Belalang takde lagi;
Tepuk biar pandai,
Anak-cucu nak makan apa nanti?

*Ikut suka nak nyanyi lagu mana*

8 comments:

  1. pok amai2 .belalang dalam jubah. hadi selalu pandai cakap selau ubah2 .kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  2. Pok amai-amai
    belalang dalam kopiah
    rakyat jangan mamai
    Royalti minyak umno sesah

    Pok amai-amai
    Belalang hinggap dijanggut
    Ulamak memang pandai
    Jual agama jaja hudud

    Pok amai-amai
    Belalang berak di serban
    Kokok berderai-derai
    Tapi nak berkawan dgn syaitan

    ReplyDelete
  3. Assalam.

    Pok amai-2, belalang kupu-2,
    Tepuk Hadi,Najib pandai,
    Jangan komer kuat menipu!

    ReplyDelete
  4. Pandai mengkomer berpantun erk?

    Tak terjawab Yong. Kihkihkih.

    ReplyDelete
  5. pok amai2, belalang muka presideng

    perut dh buncit baru nk bersanding

    ReplyDelete
  6. Assalam Yong..

    Kalau sape2 boleh ingat ni kali ke berapa dah sebenarnya..? Kalau yg saya ingat ni dah kali yg ke 128 isu UG dibangkitkan oleh PAN tapi rupa2nya sampai ke saat ini masih x nampak bayangan jgk..

    Apa yg saya boleh simpulkan ialah isu UG inilah satu2nya talian hayat utk PAN terus hidup di persada politik tanahair walaupun DAP dah membantu sepenuhnya tapi PAN terpaksa berbalik jugak pada isu UG utk kelangsungan hidup PAN..

    X tahu program2 apa yg dirancangnya utk rakyat.. Perlembagaan sendiri pun masih tak siap2.. tapi nasib baik DAP ada maka bolehlah gunakan lambang DAP jika nak bertanding dlm PRU nanti.. pasti sesuai prinsip perlembagaan DAP dgn prinsip hidup para pemimpin PAN!!

    ReplyDelete
  7. Ada sesiapa nampak kebaikan yang akan akan dinikmati oleh rakyat dan negara apabila sibodoh bekerjasama dengan si penyamun? Itulah ibarat yang boleh kita lihat dari kerjasama antara PAS dan UMNO. Dua parti politik yang bekerjasama kononnya bukan untuk tujuan politik. Logik ke perkara tu? kalau UMNO dan PAS tu pertubuhan dakwah, den boleh terima gak yang kerjasama mereka itu tak ada muslihat politik tetapi kedua2nya parti politik yang karat dan nak buat kerjasama dalam hal2 bukan politik? Sounds lika a scam to me!

    Lagi satu, PAS nak bekerjasama dengan UMNO untuk hal2 berkaitan Islam, kebajikan rakyat, sosial serta hubungan kaum kat Mesia ni? Bukan ke UMNO tu lah menjadi punca berlakunya permusuhan kaum dan agama kat Mesia ni? Bukankah UMNO ni yang menerajui kerajaan yang sentiasa menzalimi rakyat dan menindas keadilan sosial? Bukankah UMNO ni lah parti yang sarat dengan rasuah serta salah guna kuasa, yang tidak memungkinkan mereka inginkan negara yang bersih, bebas dari salahguna kuasa dan terutamanya mengamalkan sistem keadilan yang tidak mengenal pangkat, kedudukan atau kaum?

    PAS fikir dengan bekerjasama dengan UMNO akan membawa perubahan kepada rakyat dan negara? Itu seperti yakin bahawa mimpi basah diwaktu malam adalah jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara! Atau yakin bahawa Raja Bomoh berupaya menyelamatkan ekonomi negara serta menjadikan malaysia negara maju menjelang 2020! Maju apa? Maju dengan tahyul? Maju dengan angan2? Maju sebab dapat pakai kot sambil bersongkok? Pemimpin PAS ni semuanya tak lulus SRP ke dulu? Nak bekerjasama dengan UMNO ni pun nak disalahkan DAP dan amanah gak ke? Hujah lain tak dak sebab otak dah duduk kat siku dan lutut?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  8. pok amai amai
    belalang makan cacing
    tepuk biar pandai
    ramai melayu kena kencing

    pok amai amai
    belalang meompat atas tanah
    tepuk biar pandai
    lemah iman sebab istiqomah

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.