Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 19 January 2016

TERBAIK DARI SEKOLAH FACEBOOK BUAT KETUA PENERANGAN PAS

Facebook ini seperti sebuah sekolah. Di sekolah ada budak cerdik dan ada budak bodoh. Budak bodoh sudah tentu pemikirannya bodoh-bodoh belaka. Kadangkala dangkal sampai tahap fitnah. 


Hahahahaha!

Tentulah pemikiran si Facebooker di atas tak sampai ke tahap Facebooker berikut:

24 mins · 

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasrudin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada Ketua Menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini, Nasrudin menyebut,

"saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasrudin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng.Kenapa Nasrudin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya?

Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasrudin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim Guan Eng dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10 ribu?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

Bukankah menarik balik beserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf?

Adakah pengakhiran kes tersebut membawa kesan segera yang positif?

Ini pula posting seorang Facebooker muda:

20 mins · 



Menurut Facebooker tersebut, ceramah di atas diadakan di gelanggang takraw Sg Acheh, P Pinang, pada malam 18 Jan 2016, berkenaan isu saman Nasrudin Hassan lawan Lim Guan Eng. 

Biar gambar berbicara.

Tak terkata apabila melihat sambutan bagi sebuah parti yang telah berusia lebih 60 tahun.

Pemimpin wajib menilai pemikiran mereka yang melayari facebook ini. Nilai dengan akal, bukan siku dan lutut. 

Walau bagaimanapun kamu bebas untuk percaya yang bodoh atau yang cerdik. 

Logiknya, kalau kamu percaya yang bodoh, maka kamu terus bodoh.

Kenyataan Lim Guan Eng: http://www.roketkini.com

Kenyataan Nasrudin: http://www.harakahdaily.net

2 comments:

  1. Biasala dasar cakap putar belit oranmg tu untuk memperlihatkan kejagohan diri. Bila tampil di TV 3/4 tak sebut pun keterpaksaan beliau menarik balik sebahagian dari artikel kerana tuduhan yang tidak berasas. Dah tu cakap besar lagi bahawa beliau tidak meminta diselesaikan kes di luar mahkamah dan bersedia dibicarakan. Ni perangai macam melepaskan anjing tersepit la....Tak apalah kita tunggu dan lihat saja nasibnya dalam PRU akan datang jika masih berani bertanding di Temerloh.

    ReplyDelete
  2. Berpolitik tapi tak ada hikmah. Rindu kita pada sikap dan sifat yg ditunjukkan oleh arwah TGNA. Kekadang kira tengok sifat / sikap pemaaf orang Cina serta tidak angkuhnya mereka menyebabkan kita malu. Sepatutnya PAS berjiwa besar dan tunjukkan tauladan yg terbaik spt sirah dan akhlak Rasul kita tetapi ... hancur/hangus sama sekali.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.