Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 20 January 2016

SIBUK NAK JATUHKAN NAJIB, TETIBA ANAK SENDIRI TOK-TOK KETUA NAK JATUHKAN

Nampaknya geng Pahlawan Bugis bangkit membalas serangan!

Tudia! Menteri yang buat program nikah kahwin di US dan Peranchis turut sama gerombolan yang mahu Mukhriz turun!

Ceritanya hangpa baca sendirilah di sini atau di mana-mana media.


Ini bukan cobaan beb!

Bukan juga pertama kali depa melawan Mukhriz. Tahun lepas depa lawan juga. Tapi tak berjaya menjatuhkan anak Chedet. Ada ceritanya di sini.

Adakah gerombolan ini "acting alone?" 

Tengok muka menteri penggemar sukan golf yang duduk sebelah tok ketua itu pun kita dah tahu jawapannya.

Kalau depa "acting on their own" maka kita boleh kata Zambery telah melantik dirinya sendiri menjadi MB Perak. 

Isy! Apesal melalut ke Perak pulak ni...

Hahaha...

Dulu Perak MBnya ahli PAS yang disokong si kafir komunis DAP dan PKR. Yang menjatuhkan MB PAS ialah UMNO dengan sokongan 2 orang ADUN PKR.

PAS marah betul.

Sekarang MB yang nak dijatuhkan ialah UMNO. Yang menjatuhkannya juga UMNO. 

Err...Adakah PAS tolong UMNO menjatuhkan MB UMNO?

Weh! Tak payahlah PAS nak memihak kepada pemberontak yang nak merampas kuasa ni. Ingat UMNO nak lantik PAS jadi MB ke? MB cara rampasan kuasa?

Jap...Jap...Sebelum sokong rampasan kuasa tu, elok le rujuk kitab dulu - ikut syarie ke tak ikut syarie?

Macam kes MB Selangor, kan?

Yang ini pulak penyokong Mukhriz.


Kita tunggu episod seterusnya.

*Nanti Yong cerita bab DAP komunis/Kristian pulak.

3 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Ingat Najib Razak nak bagi peluang kepada PAS ke? Mimpilah... Hahaha..

    Cerita cepat Yong pasai Komunis tue... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. mungkin depa dah dpt derma dr najib kot?

    mukhriz kena ler pulak counter derma. dpt kontrak PETRONAS yg papa beri cukup kot utk derma kat seluruh Kedah...?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong

    Timbul pertanyaan, kenapa ia berlaku sekarang? Tidak lain adalah kerana strategi serampang banyak mata. Selain bertujuan menghukum Tun M secara tidak dapat tanduk telinga dipulas, perkara ini sudah tentu dapat memadam atau menyejukkan isu-isu lain yang hangat diperkatakan (setidak-tidaknya buat sementara waktu), antaranya seperti TPPA, 1MDB, RM2.6 bilion, kejatuhan nilai ringgit, semakan bajet dan banyak lagi. Tentu ada mastermind yang telah memberikan idea ini, most probably penasihat dari zon timur tengah juga.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.