Yang ajaib di Malaysia bukannya penemuan ubat penyakit kanser, atau hidangan nasi dagang terpanjang di Dunia, tetapi permainan politik.
Azmin selama ini dikecam oleh segolongan netizens kerana pendiriannya yang dilihat menentang gerakan Pakatan Harapan. Tetapi malam tadi dalam permainan yang direkanya sendiri, Azmin mengisytiharkan half-time. Ajaibnya Dr Rani turut sama duduk di bench team sebelah sini, walaupun sepatutnya dia berada di sebelah sana.
DR RANI SEDANG MEMANCING UNDI? (FMT) |
Mungkin Dr Rani ingin mengingatkan Azmin, melalui kehadirannya, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor masih wujud, dan partinya (PMIP) adalah sebahagian daripada komponen itu.
Tetapi semasa half time, Azmin u-turn sementara Dr Rani masih tersangkut di roundabout kerana mengkagumi permainan presidennya sendiri.
AMANAH IKUT DAP (MALAYSIAKINI) |
Dengar baik-baik. Siapa musuh Presiden PMIP?
Buat apa melangut kat roundabout lagi?
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH (FMT) |
Jom melangkah!
yang gatal mulut cakap sedang kaji untuk bergabung tu apa hal dah ada jawatan dah pandai pakai neck tai mulut brbau petai
ReplyDeletedap pun nak undi melayu umno yong oiii...xkan itu pun yong x faham...mula2 melalui projek melati tapi gagal...projek dyana pun gagal...projek a samad said gagal....projek pasma gagal...projek g18 gagal...projek pan pun terang2 gagal...now projek cikdet plak..tapi awal2 dah nampak tanda2 kegagalan dari 1.2mil tandatgn smpi la kes muhyiddin x lama lagi....so jgnla nampak sebelah jer tapi yg sebelah lagi buat derk...be fair to urself
ReplyDeleteTak payah la melalut di sini. Cerita mengarut ini kita dah dengar. Jaga kain awak tu, takut terlucut.
DeleteHarum Manis dah nak guguq tu .Tadah je raga takut berkecai .
ReplyDelete