Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 14 June 2016

KEMANA PERGINYA PEGUAM PAS YANG BIJAK PANDAI ITU?

Sebelum ini riuh rendah 1Malaysia, mengenai Parti Amanah Negara yang memasang bendera berlainan dengan logonya:

DPP 

Ada peluanglah PMIP menang kalau Amanah dilucutkan kelayakannya bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.

Namun harapan kecewa!

Semalam SPR mengeluarkan kenyataannya, seperti yang diterbitkan dalam Facebook rasmi Parti Amanah Negara:


KENYATAAN MEDIA
Bil.23/2016

*PEMASANGAN BENDERA PARTI YANG BERBEZA WARNA DENGAN LOGO PARTI BUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA.*

Berhubung aduan yang telah dibuat oleh parti PAS kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.067 Kuala Kangsar terhadap parti Amanah yang di dakwa memasang bendera yang berbeza warna dengan logo rasmi yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR ingin menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kesalahan di bawah Undang-Undang Pilihan Raya.

Setiap parti yang telah mengemukakan simbol parti termasuk bentuk dan warna kepada SPR untuk kelulusan bagi penggunaan dalam pilihan raya. Parti yang memohon juga telah menghantar dua (2) versi warna, satu yang berwarna dan satu lagi dalam hitam putih.

Versi ini juga telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan menjadi rujukan SPR sebelum diluluskan. Ini adalah selaras dengan *Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya (PPPR) 1981.*

Harus diingat, bagi penggunaan bendera sesuatu parti, tiada keperluan bagi kelulusan diperolehi daripada SPR.

Bagi bendera sesebuah parti politik atau pertubuhan ianya telah diluluskan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan sekiranya ada kesalahan dan sebagainya berkaitan bendera parti yang diluluskan oleh ROS, ianya adalah tertakluk kepada *Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966* dan bukan di bawah undang-undang berkaitan pilihan raya.

Oleh itu, tidak timbul isu penggunaan bendera yang berlaina warna dengan logo yang didaftarkan kerana apa yang dipaparkan dalam web adalah versi warna bagi simbol parti secara am sahaja dan bukan simbol parti dan bentuk penggunaannya termasuklah pada bendera Amanah .

Dalam pada itu harus diingat juga, penggunaan bagi kertas undi juga tiada cetakan warna yang digunapakai bagi simbol parti seperti dalam web SPR. Ianya hanya mengguna warna hitam dan putih sahaja.

Pihak SPR berkuasa untuk memantau atas penyalahgunaan simbol parti secara sendiri dan bukan ke atas penyalahgunaan bendera parti kerana bidangkuasa yang berbeza antara simbol dan bendera parti.

Keadaan ini adalah berlainan dengan calon Bebas yang tiada simbol parti, maka penggunaan simbol yang telah diberikan semasa hari cabutan kedudukan dalam kertas undi hendaklah dipatuhi sepenuhnya kerana ia adalah simbol yang telah diluluskan oleh SPR di bawah PPPR 1981 dan tidak boleh dipinda. Ia mestilah sama dengan simbol yang telah diperuntukan. Sekiranya tidak mematuhinya, tindakan akan diambil bagi pematuhannya.

SPR berharap semua pihak jelas dengan kenyataan mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

*DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH*
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KUALA KANGSAR
Tarikh: 13 Jun 2016

Dikeluarkan oleh;
Mohd Sabri Abdullah
PRO SPR

Berikut adalah bendera dan logo Parti Amanah Negara yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.




Siasatlah dahulu, sebelum buat kecoh. Jangan memalukan parti sendiri. Kesian Kak Long.

Ha Ha!

Cer jawab soalan ini:

Kemana perginya semua peguam PAS yang bijak pandai itu?




7 comments:

  1. Peguam pas standard walaun tolol mcm tuang presideng hadi ah wang al dedaki.
    Ngadu domba mcm bangang,siap masuk vuletin vutama tv3suku ooo..
    Paspispus dan kebahalolan berpisah tiada

    ReplyDelete
  2. Salam

    Parti lawan pas,seperti PKR,DAP DAN aMANAH,cukup bertimbang rasa,tak rasa nak,bawa ka ros/spr,tentang parti PAS.parti islam semalaysia.kenapa PAS,KENAPA TAK p.i.s.

    umno.:united malays national organisation
    dap:democratic action party
    pkr:parti keadilan rakyat
    mca:malaysian chinese organisation:
    mic:malayan indian congress.
    pan:parti amanah negara:
    pbb:parti bersatu bumipUtra:
    pbs:parti bersatu sabah"

    BILA SAMPAI PADA PARTI ISLAM SEMALAYSIA,dah jadi P.A.S,SEPATUTNYA P.I.S.

    parti2 lain selain pas tak terfikir,nak mainkan issue yg non-issue ni.Hanya buang masa sahaja.Banyak issue rakyat dan rasuah pemimpin perlu diketengahkan.

    sekian

    ReplyDelete
  3. Tak dak benda lain nak tulis, PAS tu dah lama bertapak tak ada masalah pun.

    ReplyDelete
  4. pemimpin datang pemimpin pergi...
    bagaimana acuan pemimpin bagitulah hasil nya terhadap kumpulan atau parti...
    kepimpinan terdahulu tidak mencampak kan kehuruharaan terhadap parti seperti yg jadi sekarang..
    rasa macam ada unsur diktator ...semua cakap nya kena guna...jika terus begini...tak lama la hayat parti tersebut

    ReplyDelete
  5. Mmg Pas dah lama bertapak, tapi lagi lama lagi ngong....

    ReplyDelete
  6. Biasanya PIS hanya guna logo sahaja. Tak nak ka guna bendera PIS yang ala-ala UMNO tu...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.